Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
Auto Terkini

#ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!

Han OthmanBy Han Othman08/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BUDI95 - isi RON95 guna Setel di Petronas

BERMULA 30 September lalu, semua rakyat Malaysia sudah boleh menikmati harga petrol RON95 serendah RM1.99 seliter melalui program subsidi BUDI95.

Inisiatif itu dilaksanakan bagi memastikan hanya warganegara menerima manfaat subsidi, sekali gus meringankan beban kos sara hidup.

Setel: Cara Paling Mudah Isi Minyak?

Logo BUDI95

Kami di PanduLaju juga mencuba sendiri beberapa stesen sekitar Lembah Klang seperti Petron, Caltex, Shell termasuk PETRONAS.

Petron tiada aplikasi khas, dan pengguna hanya perlu menyemak kelayakan BUDI95 sama ada di kaunter pembayaran atau terminal pam. Bayaran petrol pula boleh dibuat secara tunai, kad debit atau kredit, atau e-dompet.

Shell pula dalam proses membangunkan aplikasi sendiri, manakala Caltex pula antara stesen minyak yang memiliki aplikasi khas (CaltexGO) untuk mengisi minyak terus dari pam, tetapi perlu dipautkan terlebih dahulu dengan TNG eWallet.

Di PETRONAS pula, aplikasi Setel memang dibangunkan khas untuk mengisi minyak terus dari telefon pintar. Malah Setel juga berfungsi sebagai e-dompet yang mana kita boleh menambah dan menyimpan kredit terus dari akaun perbankan atau TNG eWallet peribadi.

Setel bukan saja memudahkan kami mengisi minyak terus dari pam menggunakan telefon pintar (termasuk menyemak status kelayakan BUDI95), tetapi juga boleh digunakan untuk membeli barangan di Kedai Mesra.

Kami dapati cara pembayaran minyak menggunakan aplikasi Setel adalah paling senang dan lancar kerana semua boleh diuruskan terus daripada telefon pintar tanpa perlu pergi ke kaunter atau mengimbas sebarang kad pada mesin pam.

Guna Setel isi petrol RON95 subsidi RM1.99 seliter di Petronas

Kenapa Mudah?

Ini kerana maklumat kelayakan BUDI95 dalam MyKad sudah siap disahkan dalam Setel ketika kali pertama mendaftar. Jadi tidak perlu berulang kali mengimbas kad pengenalan setiap kali mahu mengisi petrol.

Apa yang bagus, proses mengisi minyak lebih cepat dan kami bukan saja dapat menikmati harga subsidi petrol RON95, malah dapat juga mengumpul mata ganjaran.

Saya dah guna Setel ni, memang mudah dan cepat. Sekali verify MyKad, lepas tu isi minyak pun lancar.” – Liyana, Head of Marketing PanduLaju

Lagi satu, pengguna baharu boleh daftar akaun Setel dengan kod c-5etel untuk menerima pulangan tunai (cashback) RM5. Siapa nak bagi kan?

Perhatian! 300 liter diberikan bukan percuma dan perlu dibayar (RM1.99/liter) tau! Itu cuma had liter ditetapkan Kerajaan untuk setiap warga Malaysia yang layak setiap bulan. 😅

Cara Nikmati RON95 RM1.99/liter di Stesen PETRONAS

Bagi melayakkan diri, anda perlu:

  • Semak kelayakan di laman rasmi www.budi95.gov.my atau aplikasi Setel
  • Sahkan MyKad sama ada di stesen minyak atau terus dalam aplikasi Setel
  • Selepas disahkan, harga subsidi RON95 RM1.99/liter akan terus dinikmati setiap kali mengisi minyak, sama ada di pam atau kaunter
  • Maklumat subsidi BUDI95 akan dipaparkan pada resit pembayaran, manakala baki kelayakan bulanan (300 liter) dikemas kini secara automatik selepas setiap pengisian
  • Perhatian! Baki kelayakan tidak akan dibawa ke bulan berikutnya
BUDI95 - isi RON95 guna Setel di Petronas
Buka aplikasi SETEL dan KLIK menu BUDI95 atas untuk semak kelayakan
BUDI95 - isi RON95 guna Setel di Petronas
Anda layak jika keluar paparan ini
BUDI95 - isi RON95 guna Setel di Petronas
Pilih nombor pam
BUDI95 - isi RON95 guna Setel di Petronas
Pilihan minyak akan terpapar
BUDI95 - isi RON95 guna Setel di Petronas
Pilih RON95
BUDI95 - isi RON95 guna Setel di Petronas
Masukkan amaun minyak
BUDI95 - isi RON95 guna Setel di Petronas
Pam mula diaktifkan
BUDI95 - isi RON95 guna Setel di Petronas
Mula isi minyak
BUDI95 - isi RON95 guna Setel di Petronas
SETEL!

Bantuan di Stesen dan Talian Khidmat Pelanggan

Kepada mereka yang masih kurang yakin, staf PETRONAS sedia membantu di stesen. Pengguna juga boleh menghubungi talian khas BUDI Madani RON95 di 1300-88-9595 atau layari www.mymesra.com.my untuk maklumat lanjut.

Ringkasan Penting BUDI95 di PETRONAS

  • Harga subsidi: RM1.99/liter (warganegara Malaysia sahaja)
  • Harga pasaran: RM2.60/liter (bukan warganegara dan syarikat besar)
  • Kelayakan: 300 liter sebulan, dikemaskini automatik selepas isi minyak
  • Saluran semakan dan sahkan MyKad: budi95.gov.my atau aplikasi Setel
  • Baki kelayakan tidak dibawa ke bulan berikutnya

Penjimatan subsidi RON95 diberikan sebenarnya bukan 6 sen seperti yang salah faham sesetengah orang, tetapi 61 sen (RM2.60 – RM1.99).

Ya, bermula hari ini, semua rakyat Malaysia sudah boleh isi minyak RON95 dengan lebih jimat di semua stesen PETRONAS. Pastikan MyKad disahkan lebih awal untuk pengalaman tanpa gangguan, dan kalau nak paling mudah, Setel je!

Komen Abang Gan

Cara Isi Minyak Guna Kad Debit/Kredit di Terminal Pam PETRONAS
Isi RON96 guna BUDI95 di pam minyak stesen Petronas.
Paparan skrin sebelum buat bayaran
Isi RON96 guna BUDI95 di pam minyak stesen Petronas.
Sentuh kad debit
Isi RON96 guna BUDI95 di pam minyak stesen Petronas.
Notifikasi MyKad akan dipapar
Isi RON96 guna BUDI95 di pam minyak stesen Petronas.
Masukkan MyKad untuk semak kelayakan
Isi RON96 guna BUDI95 di pam minyak stesen Petronas.
Keluarkan MyKad
Isi RON96 guna BUDI95 di pam minyak stesen Petronas.
Jika layak, teruskan dengan pembelian
Isi RON96 guna BUDI95 di pam minyak stesen Petronas.
Pilih amaun
Isi RON96 guna BUDI95 di pam minyak stesen Petronas.
Angkat nozel dan isi
Isi RON96 guna BUDI95 di pam minyak stesen Petronas.
Transaksi selesai. Amaun isian akan dipapar pada skrin.
Isi RON96 guna BUDI95 di pam minyak stesen Petronas.
Ambil resit

 

apa nak buat Auto Terkini BUDI95 Isi Minyak dengan Setel Petronas Setel Stesen Minyak Petronas Subsidi RON95
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.