Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Perincian Kecil yang Mampu Tukarkan 10 Kereta Jadi Hebat
Autotainment

Perincian Kecil yang Mampu Tukarkan 10 Kereta Jadi Hebat

Han OthmanBy Han Othman04/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SETIAP perincian kecil kereta sentiasa ada sebab dan alasannya. Kenapa direka sebegitu? Apakah fungsinya? Apakah sekadar suka-suka? Ya, anda mungkin tidak pernah terfikirkan, tetapi tidak bagi pengeluar-pengeluar automobil di luar sana kerana setiap rekaan ada sebabnya tersendiri.

Jadi, hargailah kereta anda sewajarnya! 🙂

1. TUIL GEAR LOTUS EXIGE SPORT 350

exposed-gear-lotus-exige-sport-350
Lihat, tuil gear terdedah Exige Sport 350 nampak cool bukan? Namun, cool bukanlah satu-satnya alasan kenapa Lotus mereka tuil gear sebegitu. Ia dikatakan menjimatkan berat hingga 3kg yang membantu kepada pengurangan berat total kenderaan.

2 . TAKOMETER LEXUS LFA

tachometer-lexus-lfa
Kini beberapa kereta sudah mula menggunakan kluster tolok digital dan Lexus tidak terkecuali mengadaptasikannya pada model LFA. Namun, alasan Lexus menggunakan tolok digital ialah rev LFA terlalu pantas hingga menyukarkan jarum mekanikal memberikan bacaan tepat.

3. RIM FORD MUSTANG SHELBY GT350R

rim-ford-mustang-shelby-gt350r
Rim gentian karbon Shelby GT350R bukan saja tampak cool, tetapi juga sangat ringan dengan berat cuma 8.2kg setiap rim. Ford mendakwa dapat mengurangkan berat tanpa pegas (unsprung weight) hingga 27kg dan inersia putaran kira-kira 40 peratus. Hasilnya, pecutan dan pengendalian kereta jadi lebih baik.

4. BOLT PAGANI HUAYRA

bolt-pagani-huayra
Selain dibina untuk menjadi kereta terpantas di dunia, Pagani Huayra juga dibina untuk bekerja dengan penuh seni. Misalnya bolt diperbuat daripada titanium yang diperkuat dan ringan, serta tertera logo Pagani. Memang art!

5. LUBANG KUNCI PORSCHE 911

porsche-keyhole
Bagi pemandu yang tidak biasa dengan Porsche, anda tentu kecewa apabila mendapat tahu kunci perlu dimasukkan sebelah kiri roda stereng (untuk kereta pandu kiri). Kenapa tidak dimasukkan sebelah kanan seperti kereta lain? Menurut Porsche, lubang kunci sengaja direka sebelah kiri supaya pemandu dapat terus menukar gear sebaik sahaja menghidupkan kereta. Ini dapat menjimatkan masa!

6. LAMPU DEPAN DODGE CHALLENGER SRT HELLCAT

dodge-challenger-srt-hellcat-headlamp
Enjin Hellcat cukup berkuasa dan bagi mendapatkan semua kuasa itu, banyak campuran petrol dan udara perlu disuapkan ke dalam enjin. Jadi, bagi mendapatkan lebih suapan udara, jurutera Dodge menambah ambilan udara-ram menerusi lampu depan bahagian pemandu.

7. LAMBANG CHEVROLET CAMARO Z/28

flowtie-chevrolet-camaro-z28l
Sama seperti Hellcat, Camaro Z/28 mempunyai trik aero tersembunyi yang anda tidak perasan. Lambang Chevy di tengah membenarkan lebih udara masuk, sekali gus menambah baik sistem penyejukan enjin.

8. PILAR A HONDA NSX

honda-nsx-pillar-a
Kecenderungan pengeluar meningkatkan kekuatan bumbung membuatkan pilar A nampak lebih ‘gemuk’ berbanding sepatutnya, sekali gus menjejaskan visibiliti pemandu melihat ke luar. Namun bagi NSX baharu, Honda menggunakan proses rumit terkini dipanggil 3DQ untuk membentuk pilar A yang kuat dan nipis berbanding rekabentuk kereta sport biasa.

9. RUANG ENJIN MAZDA MX-5

mazda-mx5-engine-bay
Hampir setiap kereta baharu yang dijual hari ini didatangkan dengan penutup enjin. Tujuan dilakukan adalah supaya ruang enjin tampak bersih, termasuk mengurangkan kebisingan, tetapi pada masa sama berat juga bertambah. Disebabkan itulah Mazda memutuskan tidak memuatkan penutup enjin pada MX-5.

10. SPOILER CHEVROLET CORVETTE Z06

spolier-chevrolet-corvette-z06
Fungsi spoiler bagi sesetengah kereta hanya sekadar kosmetik semata-mata. Namun, bagi kereta seperti Corvette Z06, spoiler belakang adalah penting untuk menguruskan aliran udara. Malangnya, kehadiran spoiler Corvette Z06 mengganggu pandangan belakang pemandu. Chevrolet mengatasinya dengan menghasilkan spoiler dengan seksyen tengah terbuka yang tidak menghadang laluan pandangan belakang.

SUMBER: RoadAndTrack

10 perincian kecil jadikan kereta lebih baik 10 perincian kecil kereta autotainment Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

13/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

12/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

12/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

12/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Alpinestars Supertech R10
Aksesori

Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

By Shazwan Hisam08/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.