Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Budak 9 Tahun Maut Dilanggar Hilux Ketika Melintas
Auto Terkini

Budak 9 Tahun Maut Dilanggar Hilux Ketika Melintas

FarahBy Farah19/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan maut dilanggar sebuah Toyota Hilux ketika melintas jalan di KM 83 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Peria, Kuala Krai, kira-kira 2.40 petang semalam.

Mangsa, Mohammad Elis Adam Abdullah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Sementara, pemandu Hilux yang merupakan warga emas berusia 66 tahun tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad, berkata siasatan awal mendapati setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang berada di bahu kiri jalan dipercayai dari kedai mahu pulang ke rumahnya di seberang jalan.

“Mangsa dikatakan terus berlari dan melintas di hadapan Toyota Hilux berkenaan.

“Oleh kerana jarak terlalu dekat, pemandu Toyota Hilux tidak sempat mengelak dan menekan brek lalu melanggar mangsa yang pada ketika itu sedang melintas,” katanya.

Dalam kejadian itu, Hilux tersebut dari arah Gua Musang menghala ke Kota Bharu.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

BACA>>> Haqiem Stopa Kena Saman Memandu Tanpa Lesen
BACA>>> Cikgu Pergi Tandas, Pelajar Sekolah Memandu Terlajak Masuk Longkang!

SUMBER: BH ONLINE

hilux kanak-kanak maut
Farah

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
    Auto Terkini

    BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

    14/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia โ€“ 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    By Shazwan Hisam13/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.