Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Brembo Labur RM205j untuk Buka Kilang Pengeluaran Baharu di Thailand
Auto Terkini

Brembo Labur RM205j untuk Buka Kilang Pengeluaran Baharu di Thailand

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/03/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BREMBO membuka kilang pengeluaran pertama di Thailand yang melibatkan jumlah pelaburan kira-kira 40 juta Euro (RM205.4 juta) sebagai satu strategi perniagaan dan peluang pengembangan baharu di rantau Asia Tenggara.

Kilang baharu itu akan menghasilkan sistem dan komponen brek untuk pengeluar-pengeluar motosikal di Thailand, bermula dengan pengeluar berjenama Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Fasiliti terbaharu itu dibangunkan di hab industri motosikal Thailand iaitu di wilayah Rayong arah selatan Bangkok. Sebaik memulaka operasi sepenuhnya, kilang Brembo itu akan menyediakan kira-kira 150 peluang pekerjaan baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Brembo, Daniele Schillaci berkata:

Pembukaan kilang pengeluaran baharu di Thailand adalah langkah penting dalam strategi pengembangan global kami. Kami mengukuhkan kedudukan dalam segmen utama dua roda dan peranan Brembo sebagai pembekal solusi untuk pelanggan yang beroperasi di negara itu. Dengan pelaburan ini, kami membuka langkah untuk mengembangkan bisnes kelak di rantau ASEAN.”

Majlis pecah tanah pembinaan kilang baharu itu dibuat pada 16 Februari lalu dan fasiliti itu dijangka beroperasi bermula suku pertama tahun 2025.

Kilang dengan keluasan 17,000 meter persegi itu akan didirikan di atas tanah berkeluasan 40,000 meter persegi dan boleh dikembangkan kepada 95,000 meter persegi pada masa akan datang.

Brembo sudah mengambil alih SBS Friction di Denmark dan J.Juan di Sepanyol antara tahun 2020 dan 2021. Ini membolehkan Brembo menawarkan rangkaian produk untuk segmen roda dua. Bisnes komponen motosikal menyumbang kira-kira 13 peratus daripada hasil pendapatan keseluruhan Brembo.

SUMBER: Brembo

autoterkini Brembo buka kilang Thailand Daniele Schillaci J.Juan roda2 SBS Friction
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.