Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Bozena Riot – Kenderaan Anti Rusuhan dengan ‘Tembok Besi’ Setinggi Hampir 4 Meter
Autotainment

Bozena Riot – Kenderaan Anti Rusuhan dengan ‘Tembok Besi’ Setinggi Hampir 4 Meter

Han OthmanBy Han Othman04/04/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLIS anti rusuhan atau di Malaysia lebih dikenali sebagai Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mungkin sudah boleh berkira-kira untuk menaik taraf jentera baru yang boleh digunakan untuk membantu mereka menangani situasi kecemasan dan berbahaya akibat rusuhan.

Dipanggil Bozena Riot, kenderaan taktikal ialah hasil rekaan sebuah syarikat Slovakia, Bozena yang sebelum ini terkenal dengan kepakaran menghasilkan jentera menyahaktif periuk api dan bom, termasuk kenderaan pembinaan.

TEMBOK BESI 3.7 METER

Bersama roda kecil dan senjata mudah gerak, penampilan Bozeno Riot tidak ubah seperti trak tentera di medan perang. Bezanya, mesingan digantikan dengan senapang air bertekanan tinggi. Malah bahagian depan kenderaan dipasang ‘tembok besi’ yang membolehkan anggota bertugas berlindung.

Tinggi perisai besi ialah 3.7 meter atau 12 kaki, manakala lebar boleh diunjurkan daripada 4.6 meter (15 kaki) kepada 7.3 meter (24 kaki). Kelebaran tersebut dikatakan cukup untuk menyekat keseluruhan laluan dan jalan raya utama dalam bandar.

Keseluruhan badan Bozena Riot direka supaya kalis peluru dan api sepenuhnya, termasuk tingkap dan kaca kebal di beberapa bahagian yang digunakan untuk meninjau situasi semasa dan sebagai tempat membaling gas pemedih mata serta menggunakan senjata api.

Bahagian tengah Bozena Riot dilengkapi platform kecil berperisai yang boleh dinaikkan setinggi 4.6 meter (15 kaki) dan boleh dipasangkan dengan lampu silau, meriam pemedih mata dan meriam air. Semua alatan dan bahan itu dimuatkan bersama dalam tangki khas yang ditunda di belakang kenderaan.

Pemandu pula duduk dalam kabin berperisai dan siap dengan fungsi video yang merakamkan situasi yang berlaku di sebalik ‘tembok besi’.

GERAKAN KETAM

Dilengkapi sistem stereng roda-empat, kenderaan ini mampu membelok dalam ruang sempit, termasuk bergerak mengiring seperti ketam. Malah, kenderaan sama versi dron turut dikeluarkan dan boleh dikawal menggunakan peranti kawalan jauh dengan jarak 1.6km.

Bagaimana pula kekuatan Bozena Riot? Kenderaan ini mampu bertahan dan berdiri teguh menentang daya tolakan 100 manusia, termasuk digunakan untuk mengetepikan sebarang objek besar di hadapan yang menghalang laluan. Apabila anggota bertugas perlu ke depan, perisai ‘tembok besi’ boleh diangkat ke udara. Bonzena Riot sebenarnya pertama kali didedahkan kepada umum pada 2010. Kemudian, kenderaan itu terus menerus menerima aneka pengemaskinian dari semasa ke semasa.

GALERI

SUMBER: Bonzena

autotainment Bozena Bozena Riot kenderaan anti rusuhan polis anti rusuhan Unit Simpanan Persekutuan (FRU)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.