• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Bozena Riot – Kenderaan Anti Rusuhan dengan ‘Tembok Besi’ Setinggi Hampir 4 Meter

Bozena Riot - Kenderaan Anti Rusuhan dengan 'Tembok Besi' Setinggi Hampir 4 Meter

April 4, 2017 By AO Leave a Comment

34
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS anti rusuhan atau di Malaysia lebih dikenali sebagai Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mungkin sudah boleh berkira-kira untuk menaik taraf jentera baru yang boleh digunakan untuk membantu mereka menangani situasi kecemasan dan berbahaya akibat rusuhan.

Dipanggil Bozena Riot, kenderaan taktikal ialah hasil rekaan sebuah syarikat Slovakia, Bozena yang sebelum ini terkenal dengan kepakaran menghasilkan jentera menyahaktif periuk api dan bom, termasuk kenderaan pembinaan.

TEMBOK BESI 3.7 METER

bozena-riot-1
bozena-riot-2

Bersama roda kecil dan senjata mudah gerak, penampilan Bozeno Riot tidak ubah seperti trak tentera di medan perang. Bezanya, mesingan digantikan dengan senapang air bertekanan tinggi. Malah bahagian depan kenderaan dipasang 'tembok besi' yang membolehkan anggota bertugas berlindung.

Tinggi perisai besi ialah 3.7 meter atau 12 kaki, manakala lebar boleh diunjurkan daripada 4.6 meter (15 kaki) kepada 7.3 meter (24 kaki). Kelebaran tersebut dikatakan cukup untuk menyekat keseluruhan laluan dan jalan raya utama dalam bandar.

Keseluruhan badan Bozena Riot direka supaya kalis peluru dan api sepenuhnya, termasuk tingkap dan kaca kebal di beberapa bahagian yang digunakan untuk meninjau situasi semasa dan sebagai tempat membaling gas pemedih mata serta menggunakan senjata api.

Bahagian tengah Bozena Riot dilengkapi platform kecil berperisai yang boleh dinaikkan setinggi 4.6 meter (15 kaki) dan boleh dipasangkan dengan lampu silau, meriam pemedih mata dan meriam air. Semua alatan dan bahan itu dimuatkan bersama dalam tangki khas yang ditunda di belakang kenderaan.

Pemandu pula duduk dalam kabin berperisai dan siap dengan fungsi video yang merakamkan situasi yang berlaku di sebalik 'tembok besi'.

GERAKAN KETAM

bozena-riot-7
bozena-riot-5
bozena-riot-6

Dilengkapi sistem stereng roda-empat, kenderaan ini mampu membelok dalam ruang sempit, termasuk bergerak mengiring seperti ketam. Malah, kenderaan sama versi dron turut dikeluarkan dan boleh dikawal menggunakan peranti kawalan jauh dengan jarak 1.6km.

Bagaimana pula kekuatan Bozena Riot? Kenderaan ini mampu bertahan dan berdiri teguh menentang daya tolakan 100 manusia, termasuk digunakan untuk mengetepikan sebarang objek besar di hadapan yang menghalang laluan. Apabila anggota bertugas perlu ke depan, perisai 'tembok besi' boleh diangkat ke udara. Bonzena Riot sebenarnya pertama kali didedahkan kepada umum pada 2010. Kemudian, kenderaan itu terus menerus menerima aneka pengemaskinian dari semasa ke semasa.

GALERI

bozena-riot-6
bozena-riot-2
bozena-riot-9
bozena-riot-1
bozena-riot-8
bozena-riot-3
bozena-riot-7
bozena-riot-4
bozena-riot-10
bozena-riot-5

SUMBER: Bonzena

Artikel Berkaitan

34
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Bozena, Bozena Riot, kenderaan anti rusuhan, polis anti rusuhan, Unit Simpanan Persekutuan (FRU)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
  • #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!
    #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my