Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bos Besar Mahu Hafizh ke MotoGP 2018, Tetapi Perlu Yakinkan Rakan Kongsi
Auto Terkini

Bos Besar Mahu Hafizh ke MotoGP 2018, Tetapi Perlu Yakinkan Rakan Kongsi

ZYBy ZY21/02/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MASIH lagi hangat pasal Hafizh Syahrin, yang bakal menjadi pelumba Malaysia dan Asia Tenggara pertama layak berlumba dalam kelas premier MotoGP. Anak muda Selangor itu khabarnya berjaya meyakinkan pengurus pasukan Monster Yamaha Tech 3, Herve Poncharal untuk merekrutnya sebagai pelumba penuh musim ini bagi menggantikan kerusi ditinggalkan pelumba pasukan itu, Jonas Folger yang diserang penyakit sindrom Gilbert.

Selepas tamat sesi ujian di Litar Buriram, Thailand baru-baru ini, Hafizh memberikan impak menakjubkan dengan menamatkan saingan keseluruhan di kedudukan P22, di depan Karel Abraham dari pasukan Angel Nieto dan pelumba rookie lain seperti Xavier Simeon (Reale Avintia). Malah, beliau berjaya mencatatkan masa dengan perbezaan 1.7 saat di belakang catatan masa terbaik Dani Pedrosa daripada pasukan Repsol Honda.

“Ia kejutan yang bagus. Anda mesti ingat, Hafizh tidak bersedia kerana dia dalam persiapan untuk projek Moto2. Tapi Razlan Razali (CEO SIC) bersetuju untuk menyakinkan kami dengan pelumbanya (Hafizh) sepanjang ujian tiga hari ini. Saya juga mahu berterima kasih kepada dia. Menyertai MotoGP memang impian setiap pelumba,” katanya.

Namun, buat masa ini keputusan sama ada Hafizh bakal bertanding dalam saingan MotoGP musim 2018 masih belum dimuktamadkan.

“Saya mahu kekalkan beliau dalam musim 2018, tetapi saya perlu yakinkan rakan kongsi lain. Buat masa sekarang tiada apa diputuskan, tapi saya tidak dapat sembunyikan fakta betapa saya sangat kecewa jika kami tidak dapat mencapai persetujuan. Saya rasa kami sudah jumpa pelumba yang menepati apa kami cari. Selepas Jonas Folger menarik diri, inilah penyelesaian terbaik yang kami ada,” kata Poncharal lagi.

Siri ujian pra musim ketiga dan terakhir MotoGP akan berlangsung 1 Mac ini di Qatar. Apakah Hafizh turut bersama nanti, sama-sama kita nantikan berita seterusnya.

SUMBER: MotoGP

Auto Terkini Hafizh Syahrin Herve Poncharal Moto MotoGP MotoGP 2018 pescao roda2
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
Auto Terkini

BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

14/07/2026
Auto Terkini

Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Roda4

Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

By Shazwan Hisam13/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.