Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BMW Motorrad Vision K18, Projek One Off Inspirasi Dunia Penerbangan
Auto Terkini

BMW Motorrad Vision K18, Projek One Off Inspirasi Dunia Penerbangan

Abang HirataBy Abang Hirata20/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BMW Motorrad memperkenalkan BMW Motorrad Vision K18 di Tasik Como, Itali sebagai motosikal visi yang menampilkan tafsiran baharu terhadap prestasi, kemewahan dan dinamik pemanduan.

Model konsep one off itu dibangunkan dengan fokus terhadap prestasi jarak jauh, penampilan dramatik dan pengalaman pemanduan yang lebih emosional.

Enjin 1,800cc 6 silinder sebaris

Nadi utama Vision K18 ialah enjin enam silinder sebaris berkapasiti 1,800cc yang menjadi asas kepada keseluruhan pembangunan motosikal ini.

Antara pendekatan utama yang digunakan:

  • Perkadaran motosikal dibentuk mengikut kedudukan enjin
  • Teknologi enjin dipamerkan secara terbuka sebagai elemen visual
  • Prestasi diterjemahkan sebagai elemen kejuruteraan yang boleh dilihat secara langsung
  • Keseluruhan rekaan dibangunkan bermula daripada rangkaian kuasa tersebut

Gayaan motosikal yang sangat panjang turut dibangunkan berdasarkan falsafah tersebut.

Garis flyline pula diinspirasikan daripada pesawat berkelajuan tinggi seperti Aérospatiale/BAC Concorde bagi menghasilkan penampilan yang tetap kelihatan pantas walaupun ketika pegun.

Inspirasi dunia penerbangan

BMW Motorrad menjelaskan model enam silinder semasa mereka berada dalam segmen jelajah dan dibangunkan untuk menawarkan keyakinan serta keselesaan bagi perjalanan jarak jauh.

Disebabkan itu, Vision K18 menggunakan bahasa reka bentuk memanjang dan dramatik yang diinspirasikan daripada dunia penerbangan jarak jauh.

  • Permukaan badan besar diinspirasikan daripada pesawat berkelajuan tinggi
  • Komponen teknikal sengaja keluar/ditonjolkan daripada bentuk utama badan
  • Kontras visual dihasilkan antara permukaan kemas dan elemen mekanikal terbuka

Identiti enjin enam silinder turut diterjemahkan menerusi beberapa elemen khas seperti:

  • Enam saluran kemasukan udara
  • Enam muncung ekzos
  • Enam lampu LED hadapan

BMW Motorrad turut menggunakan panel badan buatan tangan serta suspensi yang boleh direndahkan secara hidraulik bagi menonjolkan karakter eksklusif dan futuristik motosikal konsep ini.

Kerja tangan dan teknologi moden

BMW Motorrad menyatakan elemen emosi serta kualiti Vision K18 terhasil daripada gabungan kerja tangan tradisional bersama teknologi moden.

Sebahagian panel badan aluminium dibentuk secara manual menggunakan teknik planished, termasuk panel sisi tanpa sambungan sepanjang lebih dua meter yang direka seolah olah dihasilkan daripada satu bahagian tunggal.

Selain itu, Vision K18 turut menggunakan:

  • Gabungan aluminium dan karbon tempa
  • Kemasan khas menggunakan teknik flame spraying
  • Permukaan logam cerah yang diinspirasikan daripada manifold ekzos Formula 1 era klasik

Beberapa komponen teknikal turut ditayangkan secara terbuka seperti:

  • Saluran kemasukan udara utama bersaiz besar
  • Suspensi boleh laras secara hidraulik
  • Lampu hadapan dengan sistem penyejukan aktif

BMW Motorrad menjelaskan antara cabaran terbesar pembangunan Vision K18 ialah memastikan penyelarasan tepat antara komponen teknikal kompleks dengan elemen buatan tangan berkemahiran tinggi.

The Heat of Speed

Satu lagi elemen penting pada Vision K18 ialah idea visual yang dinamakan The Heat of Speed.

Konsep itu menggunakan kesan kabur haba bagi menggambarkan kuasa enjin enam silinder sebaris dalam bentuk yang lebih emosional dan mudah dirasai secara visual.

BMW Motorrad turut memilih suasana landasan kapal terbang sebagai pentas utama motosikal konsep ini bagi:

  • Mencerminkan inspirasi dunia penerbangan
  • Menonjolkan tema kelajuan tinggi
  • Menggambarkan keupayaan perjalanan jarak jauh

Konsep Full Force Forward

Falsafah Full Force Forward diterjemahkan menerusi:

  • Perkadaran yang menonjolkan pergerakan ke hadapan
  • Bentuk condong ke bawah seperti pesawat berlepas
  • Gayaan berbentuk anak panah
  • Penampilan seperti pelari pecut di blok permulaan

Bagi menghasilkan garisan belakang yang sangat rendah dan rata, BMW Motorrad menukar kedudukan kotak udara serta tangki bahan api.

Bahagian belakang pula direka sangat lebar dengan rangka karbon yang menempatkan enam muncung ekzos bagi menyerlahkan lagi proporsi radikal motosikal ini.

Di bahagian hadapan, udara disalurkan melalui enam saluran ke penapis udara utama di bahagian tengah. Rekaan itu turut menjadi sebahagian daripada identiti visual utama Vision K18.

BMW BMW Motorrad BMW Motorrad Vision K18
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda City Facelift Baharu Tertiris, Apa Yang Baru?

    19/05/2026
    Auto Terkini

    Chery Buka Pusat Pameran Butik Baharu di Pavilion Bukit Jalil

    19/05/2026
    Auto Terkini

    PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester 5W-40 Rasmi Dilancar, Definisi Baharu Minyak Enjin Skuter Prestasi Tinggi

    19/05/2026
    DBKL dakwa tiga 'ulat parkir' dalam 'Ops Jaga' di ibu kota
    Auto Terkini

    ‘Ulat Parkir’ Kena Penjara, Denda Hingga RM2,500

    19/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.