Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW M3 CS Adunkan Prestasi dan Praktikaliti – 453hp, 280kmj
Roda4

BMW M3 CS Adunkan Prestasi dan Praktikaliti – 453hp, 280kmj

Han OthmanBy Han Othman09/11/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DIBIKIN untuk menawarkan adunan prestasi tinggi dan praktikal harian, BMW M3 CS menampilkan enjin 6-silinder 3.0L TwinPower Turbo berkuasa 453hp dan tork 600Nm. Bersama paduan transmisi 7-kelajuan Klac Ganda M, model edisi khas ini mampu memecut 0-100kmj sepantas 3.7 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 280kmj.

BMW M3 CS ini lebih ringan 50kg berbanding model standard berikutan penggunaan material plastik gentian karbon yang diperkuat. Material ringan itu digunakan pada bahagian bonet dan bumbung, serta seksyen besar badan. Ini bukan saja membuatkan M3 CS ringan, malah merendah pusat graviti (CoG) kereta ini. 

BACA >>> BMW M3 Sport Evolution (1990) Seperti Baru Keluar Kedai, Cuma Gerak 119km

Mengenai modifikasi prestasi, pemandu diberikan ciri Suspensi M Adaptif, Diferensial M Aktif dan ekzos sport dual saluran dengan empat ekor paip. Model berkenaan juga dilengkapkan dengan spoiler belakang baharu, difuser belakang daripada M4 GTS, dan rim aloi tempa 20-inci yang dibalut tayar Michelin Pilot Super Sport.

Ruang kabin pula mengetengahkan kerusi sport kulit Merino dua-tona dan aksen Alcantara. Ciri menarik lain adalah seperti sistem audio Harman Kardon, plat sil pintu istimewa, dan sistem infotainment dengan navigasi GPS. Pengeluaran dihadkan kepada 1,200 unit seluruh dunia dan tiada maklumat harga didedahkan setakat ini.

GALERI

SUMBER: Car Scoops

BMW BMW M3 CS Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Opel Bekerjasama Dengan Leapmotor Untuk EV Baharu!

09/05/2026
HEV

Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

08/05/2026
Auto Terkini

Lexus TZ, BEV Berkotak Dengan 3 Baris Kerusi, Jarak 530 km

08/05/2026
Roda4

Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey Cipta Rekod di Nürburgring!

08/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
Nissan Gravite CNG 2026
Roda4

Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

By Abang Hirata07/05/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

By Syafie06/05/2026
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

By Shazwan Hisam30/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.