Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BMW M3 Sport Evolution (1990) Seperti Baru Keluar Kedai, Cuma Gerak 119km
Auto Terkini

BMW M3 Sport Evolution (1990) Seperti Baru Keluar Kedai, Cuma Gerak 119km

Han OthmanBy Han Othman28/04/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DENGAN meter baru saja mencecah 119km, BMW M3 Sport Evolution (1990) ini memang seperti baru keluar dari bilik pameran. Entah apa perasaan si tuan kereta yang sanggup pula menunggu selama 27 tahun semata-mata untuk tidak memandu kereta antara terbaik pada zaman tersebut.

Kemuncak E30 ini akhirnya berakhir di tangan pengedar kereta terpakai BMW, Enthuasist Auto Group (EAG) di Cincinnai Ohio. Menurut pihak laman web Car Scoops, iklan kereta itu pertama kali dilihat pada lewat malam semalam dengan nota kaki, ‘Sila Hubungi untuk Harga’, tetapi menjelang pagi, terus saja iklan itu ditulis sebagai ‘Jualan Ditangguhkan’ yang menandakan sudah ada pembeli berminat.

Tidak pasti sama ada EAG berjaya menjual kereta itu dengan pantas ataupun sedang berunding dengan pihak tertentu. Boleh jadi juga kereta sport itu ditayangkan sekadar untuk mengiklankan bisnes syarikat tersebut.

MUNGKIN LEBIH AS$200,000

EAG sebelum ini pernah menjual E30 M3 (1988) berkapasiti 2.3L dengan perbatuan 13,590km pada harga AS$199,990 (RM869,457). Jadi, jika tetapan harga berasaskan model tersebut, bolehlah kita bayangkan berapa pula harga diletakkan untuk E30 M3 berenjin 2.5L kategori rare ini dengan perbatuan yang boleh diibaratkan keluar saja bilik pameran, terus disimpan dalam garaj.

Tidak banyak model edisi khas bagi unit E30 M3 yang dihasilkan BMW sepanjang pengeluaran 1988 hingga 1991. Tetapi, siri paling berkuasa dan istimewa semestinya Sport Evolution yang anda sedang baca dan lihat ini.

Apa tidaknya, cuma 600 unit dikeluarkan di seluruh muka Bumi ini yang dimuatkan enjin 2.5L 4-sebaris dengan dibekalkan beberapa ciri naik taraf seperti nozel khas yang memancitkan minyak di bawah piston untuk penyejukan.

PRESTASI DAN CIRI TREK

Kuasa asas jentera ini ditingkatkan kepada 235hp pada 7,000rpm, manakala tork maksimum dilembutkan berbanding Evolution II, iaitu 240Nm pada 4,750 rpm.

Penambahbaikan paling ketara ialah penerapan ciri trek, antaranya mengekalkan kaca tipis seperti Evolution II, but dan bampar ringan, salur penyejuk menggantikan lampu kabus M3 biasa, tayar 225/45 16, apron depan dan spoiler belakang dengan penyambung boleh laras, gril diprofilkan semula, dan fender depan lebar

Kereta ini juga duduk 10mm lebih rendah berbanding M3 normal dengan rim jejari silang wana hitam bersaiz 16-inci. Di pasaran, selain warna Brilliant Red (merah), E30 M3 ini turut ditawarkan dalam warna Jet Black (hitam).

TIADA AIRCON, TINGKAP KUASA?

Menjengah ruang dalaman, model Sport Evolution jelas menampilkan ciri sebuah kereta trek dengan menyingkirkan beberapa elemen selesa seperti lampu peta, cermin kuasa, bumbung suara, komputer on-board, dan penyaman udara. Semua elemen itu dihilangkan untuk mendapatkan berat kereta yang lebih ringan.

Bagaimanapun, seperti anda lihat, model ini didatangkan dengan tingkap elektrik yang sebenarnya boleh ditambah sebagai opsyen. Sementara itu, kemasan kulit baldu membaluti roda stereng, tombol gear dan brek tangan, bersama kerusi sport Recaro dan plak khas yang menjadi sebahagian daripada pakej ditawarkan.

Persoalan sekarang, berapa ‘meninggal’ harga yang anda sanggup letak untuk kereta tua yang terperangkap dalam mesin masa ini? 😛

GALERI

SUMBER: Car Scoops

BMW BMW E30 BMW M3 E30 BMW M3 Sport Evolution BMW M3 Sport Evolution (1990) kereta rare Kereta Sport Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

27/06/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

26/06/2026
Autotainment

Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

26/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Auto Terkini

KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

By Abang Hirata24/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.