Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BMW Emas Kena Sita Sebab Silau Sangat
Auto Terkini

BMW Emas Kena Sita Sebab Silau Sangat

Han OthmanBy Han Othman21/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG pemandu BMW X5 M di Jerman yang menyalut keretanya dengan pembalut keemasan ditahan polis kerana keretanya itu terlalu menyilau mata dan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Walaupun terkenal sebagai negara yang maju dalam industri automotif, faktanya pihak berkuasa Jerman tidak terbuka dalam hal kustom kenderaan. Sebarang kenderaan yang melakukan modifikasi atau pengubahsuaian daripada rekabentuk dan pendaftaran asal akan segera mendapat perhatian polis.

BMW X5 M ’emas’ itu ditahan dalam satu operasi sita di bandar Düsseldorf. Polis mendakwa, kereta itu berbahaya dipandu siang hari kerana cahaya matahari yang terpantul dari badan kereta boleh menjejaskan pemandu lain.

BACA >>> Perkhidmatan Basikal Elektrik Uber Bakal Tembus Eropah, Bermula di Jerman

Ini bukan insiden pertama. Awal tahun ini, sebuah Porsche Panamera juga pernah ditahan atas kesalahan sama, juga kerana menggunakan warna emas sebagai kemasan badan kereta. Pemilik hanya boleh memiliki semula keretanya itu selepas menanggalkan kemasan tersebut.

Menurut polis lagi, X5 M itu turut didapati mengubah suai sistem ekzos dan menggelapkan lampu belakang. Bagaimanapun, pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) itu, yang berasal dari Kosovo, mendakwa tidak tahu yang polis Jerman begitu tegas dalam isu berkenaan. Malangnya, nasi sudah menjadi bubur.

BACA >>> Baru Lulus Ujian Memandu Tidak Sampai Sejam Sudah Kena Gantung Lesen

Di Jerman, mana-mana kereta yang didapati tidak selamat berada atas jalan, boleh disita serta merta ke balai polis dan pemandu perlu mencari kenderaan lain untuk pulang ke rumah.

SUMBER: CarScoops

Auto Terkini BMW X5 M Jerman Polis Jerman
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.