Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW 3 Series Generasi ke-7 Kini di Malaysia, Harga RM328,800
Roda4

BMW 3 Series Generasi ke-7 Kini di Malaysia, Harga RM328,800

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW 3 Series kini bersedia membuka halaman baharu menerusi pengenalan generasi ketujuh sedan sport premium itu yang terkenal dengan ciri pemanduan sempurna yang diwarisi sejak lebih 45 tahun.

Pengenalan 3 Series baharu ini menerapkan karakter unik tersendiri menerusi rekabentuk menarik, dan pemanduan dinamik berserta gabungan teknologi dan inovasi termaju.

ENJIN 2.0L TURBO PALING BERKUASA

BMW 3 Series serba baharu didatangkan dengan enjin 2.0L Turbo TwinPower yang mampu menghasilkan kuasa 255hp dan tork 400Nm @ 1,550-4,400rpm bersama padanan transmisi 8-kelajuan Steptronic Sport yang memberikan keyakinan memecut 0-100kmj sepantas 5.8 saat.

BACA >>> BMW 3 Series (2019) Muncul di Paris dengan Imej Lebih Segar

PILIHAN SATU MODEL, HARGA

BMW 3 Series ditawarkan dalam lima warna: Portimao Blue (biru), Black Sapphire (hitam), Alpine White (putih), Mineral Grey (kelabu), dan Sunset Orange (jingga) bersama kemasan upholsteri hitam premium, Cognac Leather Vernasca dan trim kabin ‘Aluminium Tetragon’.

BMW 330i M Sport kini boleh dilihat dan ditempah di bilik pameran BMW seluruh Malaysia pada harga jualan RM328,800.

BACA >>> BMW X7 (2019) yang Serba-Serbi Besar dan Mewah

SEDAN SPORT YANG EKSPRESIF

Dimensi BMW 3 Series kini lebih luas dengan saiz panjang 4,709mm (bertambah 76mm), lebar 1,827mm (+16mm) dan tinggi 1,435mm (+16mm), sekali gus meningkatkan keselesaan buat penumpang belakang. Jarak roda juga bertambah 41mm menjadi 2,851mm, dan fizikal lebih ringan 25kg berbanding generasi terdahulu.

Penampilan diserlahkan dengan gril ginjal @ kidney klasik bersaiz besar dan lebar yang diapit lampu depan kembar LED dengan teknologi Bi-LED. Lampu belakang tiga dimensi (3D) tirus bentuk L memberikan imej elegan dan mewah.

BACA >>> Jaguar XE 300 Sport (2019) Perkenal Enjin Turbo Baharu Versi Dipertingkat – 295hp

Karakter unik dapat dilihat menerusi kehadiran spoiler aerodinamik dan dwi ekzos 90mm. Padanan pakej khas M Sport untuk pasaran Malaysia menguatkan gaya sporty dengan bunga tayar luas meningkatkan kelincahan dan ketajaman pengendalian.

Kaliper biru M pada brek M Sport menyempurnakan imej signatur BMW M Sport, yang juga dapat dilihat pada rim aloi ringan M dwi tona 18-inci, Double Spoke 790M Orbit Grey.

KABIN INTUITIF DAN FUNGSI KONEKTIVITI SEMPURNA

Ruang kabin BMW 3 Series dilengkapkan stereng kulit M Sport dengan ciri multifungsi dan pedal syif. Gaya kabin menumpukan kepada pengalaman pemanduan sport. Ciri moden baharu diketengahkan ialah pakej langganan aplikasi BMW Connected Package Professional dengan teknnologi BMW Intelligent Personal Assistant dan BMW Digital Key.

BMW Intelligent Personal Assistant ialah ciri pintar untuk kawalan navigasi, penyaman udara dan muzik dalam kereta (in-car) yang boleh diakses menggunakan arahan suara. Ia juga boleh menjelaskan pelbagai fungsi kereta dengan memberikan kemas kini status seperti paras minyak selain mengesan amaran bahaya.

BACA >>> #KLIMS2018: Debut Lexus UX dan ES Generasi Ke-7, Lancar 2019!

BMW Digital Key digunakan untuk membuka dan mengunci kereta dengan meletakkan telefon pintar Android Samsung pada hendal pintu, yang mana kereta akan diakses menggunakan teknologi Near Field Communication (NFC). Kereta juga boleh dihidupkan dengan meletakkan telefon pintar pada ruang khas yang turut berfungsi sebagai pengecas.

BMW Live Cockpit Professional pula menampilkan paparan kustom dan paparan berpandukan situasi pada kluster instrumen digital 12.3 inci dengan Paparan Kawalan 10.25 inci. Operasi intuitif boleh dipilih dengan sentuhan jari pada Paparan Kawalan, iDrive Controller, butang stereng dan juga arahan suara. Semua fungsi menerima sokongan operasi baharu dinamakan Sistem Operasi BMW 7.0.

BANTUAN PARKIR

BMW 3 Series baharu juga didatangkan dengan Bantuan Parkir secara menegak atau sisi.  Sistem intuitif ini akan memberi amaran awal 50 meter sebelum ruang parkir dan kemudian sistem mengendalikan stereng apabila lokasi ditemui.

BACA >>> Mercedes-Benz S-Class Baru – Definisi Sedan Mewah Sebenar, Harga Bermula RM700k

PENGALAMAN PEMILIKAN

  • Waranti perbatuan tanpa had 5 tahun daripada BMW dan program servis berjadual percuma.
  • Program waranti tayar 2 tahun/24 bulan daripada BMW untuk tawaran servis ‘Run Flat Tyre’.
  • Bantuan tepi jalan dan panggilan hotline kemalangan daripada BMW.
  • Aplikasi mudah alih BMW Group Loyalty+ – BMW White Card
  • Servis atas talian daripada BMW
GALERI

 

Auto Terkini BMW BMW 3-Series BMW Group Malaysia (BGM) Roda4 Sedan Sport Mewah
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Loke: Tidak Perlu Hukuman Mati Bagi Kesalahan Mabuk, Dadah

    13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    13/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    13/04/2026
    Guru terlanggar pelajar SMK Tanjung Mas
    Auto Terkini

    Guru Direman Dua Hari Kes Rempuh Pelajar dalam Kawasan Sekolah

    13/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.