• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #KLIMS2018: Debut Lexus UX dan ES Generasi Ke-7, Lancar 2019!

#KLIMS2018: Debut Lexus UX dan ES Generasi Ke-7, Lancar 2019!

November 22, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

235
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JANGAN lepaskan peluang mengunjungi reruai Lexus Malaysia pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018. Divisyen mewah di bawah Toyota Motor itu mempamerkan dua model paling seksi dan menggiurkan, kenderaan utiliti sukan (SUV), Lexus UX dan sedan, Lexus ES generasi ke-7.

Lexus turut mempamerkan model konsep istimewa, LS+.

BACA >>> Lexus UX (2019), Cubaan Pengeluar Mewah Masuki Segmen Crossover Bajet

Berikut perincian mengenal UX dan ES, termasuk LS+ yang baru saja debut di KLIMS 2018:

LEXUS UX

LEXUS UX-8
LEXUS UX-12
LEXUS UX-3
  • UX ialah singkatan kepada perkataan 'Urban Crossover'.
  • SUV kompak ini dibangunkan berasaskan platform Global Architecture - Compact (GA-C), menyumbang kepada kekuatan casis dan pusat graviti rendah dengan menawarkan pengendalian dinamik dan sporty.
  • Dari segi rekabentuk, personaliti seksi diserlahkan menerusi rekaan gril spindel dan garis bumbung rendah seperti gaya coupe sport.
  • Rekabentuk lampu belakang unik dipadankan spoiler ala kereta lumba menyedengan memberikan daya bawah (downforce) tambahan dan kestabilan selain meningkatkan nilai estetika.
  • Kabin lebih segar menerusi material baharu seperti sentuhan tekstur kertas Jepun Washi bersama kerusi kemasan kulit upholsteri Sashiko.
  • Padanan kluster meter digital penuh 7 inci dan paparan EMV 10.3 inci di konsol tengah, menawarkan kawalan mudah pada sistem navigasi, sistem audio Premium Lexus dengan 8 pembesar suara dan fungsi lain.
  • Dijana enjin 2.0L berkuasa 169hp. SUV ini dipadankan sistem transmisi pertama Lexus yang menawarkan kemudahan pemanduan dunia nyata. Kotak gear baharu ini menggunakan gear satu mekanikal untuk pecutan mula sebelum fungsi diambil alih CVT. Ini memberikan pemanduan lebih senyap dan penjimatan bahan api mengagumkan.
  • UX dipasangkan segudang ciri keselamatan aktif baharu di bawah Lexus Safety System+, terdiri: Sistem Pra Perlanggaran (PCS), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Tukar Lorong (LDA) dan Sistem Lampu Tinggi Adaptif (AHS).

LEXUS ES

LEXUS ES (2019)-1
LEXUS ES (2019)-4
LEXUS ES (2019)-5
  • ES generasi ke-7 dibangunkan semula untuk tampil lebih elegan, tajam dan sporty. Seperti model Lexus lain, padanan gril spindel menyerlahkan penampilan depan ES.
  • Trenkuasa serba baharu 2.5L bersama transmisi automatik 8-kelajuan automatik memberikan hantaran kuasa linear dan pecutan senyap sesuai dengan status sedan mewah itu.
  • Sistem maklumat kenderaan dipaparkan menerusi skrin EMV 12.3-inci dan kombinasi meter 7-inci TFT digital penuh. Paparan dongak (HUD) ialah paling besar dalam kelas bagi meminimumkan pergerakan mata ketika pemanduan.
  • Penyandar kerusi penumpang belakang kini boleh laras secara elektrik, manakala kawalan pelindung matahari, sistem audio dan penyaman udara tersedia menerusi butang sentuhan pada perehat tangan.
  • ES turut dilengkapi pakej keselamatan Lexus Safety System+.

BACA>>>Lexus ES (2019) JDM Lancar di Jepun dengan Ciri Cermin Sisi Digital


LEXUS LS+

Lexus turut mempamerkan model konsep Lexus LS+. Rekabentuk futuristik model konsep ini diserlahkan menerusi garis tajam bersama ciri keselamatan berinovasi. Paling utama ialah sistem pemanduan automatik. Dibangunkan berasaskan Konsep Pengurusan Keselamatan Bersepadu membolehkan pengguna menikmati mobiliti selamat dan pemanduan lancar.

BACA >>> Lexus LC 500 Kini di Malaysia, 8 Unit Sudah Dijual - Harga Hanya RM940,000

Menggunakan AI dan pelbagai data canggih, jentera konsep ini dirancang untuk masa depan yang memberikan pemanduan selamat dan cekap di lebuh raya.  Menggunakan aplikasi Peneman Lebuh Raya, sistem pemanduan automatik akan membantu pemandu ketika mahu menukar lorong, memotong atau memandu.

GALERI

RERUAI LEXUS

LEXUS UX
LEXUS ES
LEXUS ES (2019)-2
LEXUS ES (2019)-3
LEXUS ES (2019)-5
LEXUS ES (2019)-4
LEXUS ES (2019)-1

Related

235
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: KLIMS 2018, Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS), Lexus, Lexus ES, Lexus LS+ Concept, Lexus Malaysia, Lexus UV, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev