• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / BMW X7 (2019) yang Serba-Serbi Besar dan Mewah

BMW X7 (2019) yang Serba-Serbi Besar dan Mewah

October 22, 2018 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGELUAR kenderaan premium dari Jerman, BMW mendedahkan kenderaan utiliti sukan (SUV), X7 (2019) yang kali ini tampil dengan tiga baris tempat duduk, sekali gus menjadi model BMW pertama menawarkan konfigurasi seperti itu. Selain kapasiti dalaman luas, X7 juga dipasangkan gril signatur 'buah pinggang' terbesar dalam semua famili BMW lain.

X7 (2019) memiliki dimensi badan 5,151mm panjang, 2,000mm lebar dan 1,805mm tinggi. Sekali pandang, nampak seperti setiap orang dalam SUV itu, sama ada pemandu atau penumpang, akan dihidangkan keselesaan maksimum dengan ruang dalaman yang cukup luas. Daripada kombinasi trim kulit dan kayu, hingga kemasan bumbung sued, kawalan penyaman udara 4 zon, sistem bunyi Harman Kardon dan skrin infotainment berserta instrumen bersaiz 12.3 inci.

BACA >>> 10 Fakta Pantas | BMW Concept X7 iPerformance Debut di Malaysia, Asia Tenggara!

X7 (2019) menawarkan tiga opsyen enjin yang setiap satu dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan dan teknologi AWD pintar xDrive, terdiri daripada:

  • 3.0L enam sebaris (335hp)
  • 4.4L twin turbo V8 petrol (456hp)
  • Dua 3.0L enam sebaris diesel (256hp - standard, dan 400hp - lebih berkuasa)

Varian hibrid plug-in (PHV) akan diperkenalkan kemudian.

X7 (2019) akan menjengah bilik pameran di Amerika Syarikat (AS) pada Mac tahun depan, sebelum disusuli pasaran rantau lain. Di atas jalan, SUV saiz penuh mewah ini akan berentap dengan pesaing seperti Mercedes-Benz GLS, Audi Q7, dan Range Rover.

BACA >>> 7 Fakta Pantas - BMW X5 (2019) yang Serba Mewah dan Betul-Betul Lasak

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BMW, BMW X7 (2019), Jerman, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV mewah, SUV Saiz Penuh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • #TahukahAnda: Kenapakah Lintasan Pejalan Kaki Ada Warna Putih dan Kuning?
    #TahukahAnda: Kenapakah Lintasan Pejalan Kaki Ada Warna Putih dan Kuning?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev