Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PREVIU: BMW 220i Coupé (2014)
Roda4

PREVIU: BMW 220i Coupé (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/04/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads
5D3_0449
Kredit Foto: Aaron Lee/Impressions Studio

5D3_0892      5D3_0882

BARU saja melancarkan model X5 awal April lalu, BMW Malaysia terus agresif menerusi pengenalan dua model baharu, BMW 220i Coupé dan 428i Convertible pada acara BMW Malaysia Open di Royal Selangor Golf Club, Kuala Lumpur.

Sebagai pengganti 1 Series Coupé, 220i Coupé menawarkan ruang kabin lebih luas, enjin berkuasa dan penampilan sporty. Berbanding model terdahulu,  coupe ini muncul lebih panjang (4,432mm) dan lebar (1,744mm), iaitu lebih panjang 72mm dan lebar 26mm. Aspek penampilan menyerlahkan karakter tersendiri yang mampu memberikan pengalaman pemanduan menyeronokkan buat si pemandu. Rekaan lampu belakang bentuk L dipadankan bersama lampu LED yang membuatkan coupe ini tampak menyerlah ketika malam.

DALAMAN MEWAH

Memasuki ruang kabin, kemewahan jelas terserlah dengan penggunaan material berkualiti tinggi. Lebih bersifat ergonomik, papan pemuka dan stereng dibalut dengan kemasan kulit Satin Silver.

5D3_0879  5D3_0888

5D3_0768 5D3_0746 5D3_0751 5D3_0752

Tempat duduk sport dan lapisan bumbung dipadankan upholsteri Sensatec bagi meningkatkan lagi estetika sporty coupe. Ciri hiburan pula hadir bersama BMW Radio Profesional dengan monitor paparan bersaiz 6.5 inci dan sambungan Bluetooth, USB dan sistem bunyi hifi.

TWINPOWER TURBO

Sebalik bonet, 220i Coupé dikuasakan enjin 2.0L 4 silinder bersama teknologi BMW TwinPower Turbo dengan kuasa 184hp dan tork 270Nm. Kelajuan maksimum mencecah 230kmj, manakala pecutan statik hingga 100kmj mengambil masa 7 saat sahaja. Pemilik turut diberikan opsyen memasang suspensi M Sport, termasuk penambahan rim aloi ringan Star-spoke 17-inci dan kemasan luaran hitam berkilat (high gloss).

Selain menawarkan pemanduan menyeronokkan, 220i Coupé juga tidak melupakan aspek kecekapan bahan api menerusi ciri BMW EfficientDynamics dan bantuan sistem Start-Stop. Walaupun dijana enjin bersesaran tinggi, penggunaan bahan api hanya mencatatkan sekitar 6L per 100km. Pemilik juga mampu  menikmati tahap ekonomi bahan api menerusi penggunaan mod ECO PRO.

Dijual pada harga RM259,800 (tidak termasuk insurans), ia ditawarkan dalam tiga warna menarik; hitam, kelabu, putih dan biru. Manakala BMW 220i Coupé Sport pula ditawarkan dalam warna perak, merah dan oren dengan tambahan harga RM20,000.

5D3_0688  5D3_0698

5D3_0702 5D3_0708 5D3_0721 5D3_0728

SPESIFIKASI
ENJIN 2.0L 4-silinder bersama teknologi BMW TwinPower Turbo
KUASA MAKSIMUM 184hp
TORK MAKSIMUM 270Nm
0-100KMJ 7 saat
KELAJUAN MAKSIMUM 230kmj
CIRI Papan pemuka dan stereng kemasan kulit Satin Silver, sistem Start-Stop dan ciri BMW EfficientDynamics.
HARGA RM259,800 (tidak termasuk insurans) | RM279,800 (versi Sport)

BMW 2-series BMW 220i Coupe BMW 4 series BMW Group Malaysia BMW Malaysia BMW Open Malaysia 2014
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.