Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinMotor: Kawasaki ER-6N Tukar Jadi Street Tracker Gaya Buas
Bikin Auto

#BikinMotor: Kawasaki ER-6N Tukar Jadi Street Tracker Gaya Buas

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAWASAKI ER-6N adalah antara model naked bike kategori mampu milik yang sesuai buat penunggang bandar kerana mudah dikendalikan untuk meredah waktu puncak dengan trafik sesak.

ER-6N dipacu enjin dwi-silinder sebaris 649cc dengan casis yang dikategorikan sebagai bagus. Cuma rekabentuk saja mungkin nampak hambar. Agak sukar melihat model ini dalam versi kustom di jalan raya walaupun banyak dijual di Malaysia.

BACA >>> 5 Motosikal Naked Middleweight Pilihan dengan Bajet RM30k

Bagaimanapun di Indonesia, bengkel Studio Motor mencuri perhatian ramai apabila memberi nafas baharu pada ER-6N dengan mengubah imej standard kepada gaya street tracker moden.

Studio Motor yang terletak di ibu kota Jakarta ini dikenali kerana menghasilkan sejumlah motosikal kustom dan menyediakan beberapa unit rekaan mereka untuk disewa.

BACA >>> #TahukahAnda: Street Tracker, Dari Trek Kotor ke Jalan Raya

Bagaimanapun, unit yang anda lihat ini bukan motosikal sewa, tetapi ER-6N (2015) milik seorang pelanggan dari Bandung di Jawa Bara yang mana jarak antara kediamannya dan bengkel Studio Motor kira-kira 150km. Bukannya dekat.

Pemilik motosikal ini meminta pasukan kustom di Studio Motor menghasilkan jentera gaya street tracker dengan menggunakan frem monokok. Langkah pertama modifikasi adalah menggantikan fork standard Kawasaki kepada fork terbalik (USD) Öhlins yang diambil daripada model Ducati dan diubah suai supaya serasi. Monoshock belakang juga ditukar kepada Öhlins.

ER-6N ini menerima sepasang kaliper Brembo dan dua unit cakera brek baharu jenama Sunstar untuk roda depan. Sistem brek belakang pula menggunakan cakera tunggal dengan kaliper Brembo.

Rim asal 17 inci (depan dan belakang) digantikan dengan rim TK Racing 18 inci untuk roda depan dan 17 inci di belakang. Tayar menggunakan jenis dual-sport Shinko E805 yang sesuai untuk tunggangan atas pelbagai rupa bumi.

Pemilik motosikal ini juga tidak memerlukan dos tambahan kuasa daripada enjin asal. Apa yang ditukar cuma sistem ekzos keluli tahan karat baharu dengan konfigurasi 2-1 yang sudah ditala untuk memaksimumkan prestasi enjin.

Semua fairing asal ditanggalkan. Tangki minyak monokok baharu dicipta, manakala ekor belakang menggunakan material aluminium. Tambahan lain adalah pelana nipis dan set lampu belakang LED yang diikat pada subfrem kustom. Malah, bateri dan komponen elektronik lain disorok rapi di bawah subfrem ini.

Dua unit lampu LED bentuk bulat ditempatkan di tengah dua batang fork yang berfungsi sebagai lampu utama. Bar hendal asal ditukar kepada bar lebar, termasuk grip terotel baharu. Uniknya, lampu signal belok direka pada hujung hendal, manakala silinder brek jenis Nissin.

Instrumen meter dan suis asal ER-6N dikekalkan. Madgad depan dan kowl radiator dikustomkan. Studio Motor kemudian meminta Komet Studio menyempurnakan jelmaan street tracker ini dengan warna kelabu gelap kusam dengan diberikan aksen hitam.

BACA >>> #BikinMotor: Honda Monkey dengan Enjin CBR250R Ini Hasilkan Kuasa 45hp!

GALERI

SUMBER: BikeExif | StudioMotor | Facebook | Instagram

bikin motor Kawasaki Kawasaki ER-6N roda2 street tracker
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.