Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinMotor: Builder PhD Ini Reka Sendiri Motosikal Ekstrem Ikut Prinsip Kejuruteraan
Bikin Auto

#BikinMotor: Builder PhD Ini Reka Sendiri Motosikal Ekstrem Ikut Prinsip Kejuruteraan

AryonBy Aryon21/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA ramai pembina aka builder motosikal seluruh dunia. Tetapi tidak ramai mampu menghasilkan sebuah jentera ekstrem yang di luar batas pemikiran manusia normal seperti apa dilakukan Jack Watkins dari Poland ini.

Watkins mengaku yang dia asalnya seorang peminat kereta dan minat membikin motosikal baru bermula beberapa tahun lalu ketika dalam proses mendapatkan lesen menunggang.

“Pelajaran pertama itulah tunggangan pertama aku. Aku sangat terkejut bila tau betapa lajunya motor. Aku mula seronok. Sejak detik itu, aku jatuh cinta dengan motosikal. Sekarang ada empat motor dalam garaj,” katanya.

Namun, pada masa sama Watkins mendakwa dia tidak pernah puas dengan motosikal yang dibelinya. Perasaannya sentiasa tidak konsisten dengan motosikal standard.

Menurutnya, ada masa tertentu dia benar-benar tertarik dengan fungsi dan reliabiliti sesebuah motosikal. Pada masa sama dia juga menyedari faktor kos membuatkan sesebuah motosikal nampak serupa satu sama lain dan itu sangat membosankan.

Stellan Egeland dari bengkel SE Service di Sweden ialah builder yang mencetuskan ilham kepada Watkins untuk membikin motosikal sendiri. Egeland ialah juara Kejuaraan AMD Dunia 2009 menerusi model BMW Harrier yang tampil dengan hab stereng dan suspensi radikal.

“Ia menarik perhatian aku disebabkan penyelesaian teknikal yang di luar kebiasaan. Sebagai pereka mekanikal, aku mula siasat perincian. Dalam detik tertentu, aku sedar yang aku boleh buat sendiri. Aku ada pengalaman merekabentuk jentera berat. Gaya atau teknologi ini agak biasa bagi aku,” kata Watkins.

BACA >>> #BikinMotor: Kos Ubah Suai Kawasaki Ninja 250 Ini Cecah Harga Motor 4-Silinder!

BUILDER ADA PHD

Jangan tidak tahu, Watkins bukan calang-calang builder. Dia ialah pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dalam kejuruteraan mekanikal, yang juga pensyarah dan saintis di Universiti Teknologi Gdańsk, Poland. Dia juga ada pengalaman mengetuai projek tempatan dengan 30 jurutera. Hebatkan?

Jentera dinamakan Watkins M001 itu bermula daripada sifar dengan menganalisis faktor kinematik dan daya, termasuk melakukan analisis menggunakan FEA (Analisis Elemen Terbatas). Hasilnya ialah apa yang anda lihat pada gambar di bawah ini.

Watkins M001 dibina berasaskan motosikal polis, BMW R 1150 RT.

BACA >>> #BikinMotor: Honda Astrea 800 Jadi Super Cub Jepun, Kenapa Perlu Bayar Lebih?

Sejak awal, aku mahu bikin motosikal yang mampu berfungsi sepenuhnya dengan semua lampu, brek, tangki minyak munasabah -boleh isi 16 liter- dan posisi menunggang selesa untuk penunggang.

“Aku luang banyak masa mengkaji material sesuai dan mengenal pasti jumlah skru diperlukan. Ada hampir 300 komponen unik untuk motosikal ini. Setiap satu ada lukisan teknikal industri untuk dikongsi sesama pembekal. Setiap komponen dihasilkan bengkel profesional berdasarkan maklumat teknikal terperinci.

“Pemasangan akhir disokong bengkel tempatan, MotoSpec milik Mateusz Kozlowski. Dia sokong aku dengan ruang dan alatan.

“Aturan pelana, bar hendal, dan peg kaki disiasat setepatnya. Selepas itu, aku tahu berapa banyak ruang yang tinggal untuk ciri asas lain. Jadi aku susunkan segalanya di dalam -bateri, enjin, tangki, relay- letakkan ia dalam fikiran sebagai idea umum untuk frem bukan tradisional.

“Langkah akhir ialah bermain dengan perincian rekabentuk kecil untuk buatkan ia menarik pada pandangan mata. Ya, ia mengambil masa, tetapi aku sekarang benar-benar tahu tentang macam mana nak bikin motor,” kata Watkins panjang lebar.

BACA >>> #BikinMotor: Honda Cross Cub 110 Edisi Pergi Memancing

GALERI

 

SUMBER: UltimateMotorcycling

Bikin Auto bikin motor BMW R 1150 RT Jack Watkins Modifikasi SE Service Stellan Egeland
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Civic Dengan Aksesori Mugen Baharu, Rim FS10, Performance Damper

    09/06/2026
    Nissan Frontier Ultimate Build 2026
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build Tunjuk Keupayaan Overlanding dengan Enjin 3.8L V6

    05/06/2026
    Zeekr 9X by MANSORY
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, SUV Ultra Mewah Jadi Lebih Ganas dengan Rim 24 Inci, Pintu ‘Suicide’!

    05/05/2026
    Ducati Multistrada V4 Rally DFM
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Ducati Multistrada V4 Rally DFM, Kustom dari Kilang Macam Kereta Mewah!

    22/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.