Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinKereta: Integra DC2 Type R vs Civic EK9 Type R
Bikin Auto

#BikinKereta: Integra DC2 Type R vs Civic EK9 Type R

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Ini pertempuran modifikasi antara Mugen dan Spoon dalam cabaran Type R tulen! Peminat JDM biasanya akan menjadikan model prestasi Type R lewat 90-an dan awal milenia seperti DC2 (Integra) dan EK9 (Civic) sebagai jentera impian.

Model prestasi pacuan roda depan (FWD) itu sentiasa jadi kegilaan peminat Honda sedunia. Casis ringan dan seimbang serta lambakan alat ganti dan komponen aftermarket membuatkan dua model tersebut kekal menjadi buruan ramai walaupun bukan dalam bentuk ‘R’ yang asli.

BACA >>> Mainan Tomica Toyota Celica Buat Ketua Jurutera Type R Jatuh Cinta Pada Kereta

1. CIVIC EK9 TYPE R

Dipadukan sistem pengendalian dan talaan casis tepat, termasuk rev tinggi dan trenkuasa terbaik, semua itu adalah apa yang sedia didambakan peminat JDM.

Memiliki DC2 Type R warna Phoenix Yellow (kuning) seakan masih tidak cukup buat Shyam Sookram. Lalu dia memilih aksesori Mugen tulen untuk kemasan luaran dan dalaman. Kit aero premium itu dipadukan bersama cermin Ganador dan rim TE37 perak.

Enjin B18C masih lagi dipertahankan, tetapi diberikan beberapa penambahbaikan seperti melakukan proses gilap port & polish pada kepala silinder, naik taraf piston dan penggunaan rod sambungan Eagle. Bahagian atas enjin menggunakan komponen Spoon Sports.

Satu-satunya komponen yang hilang ialah kotak udara Spoon dan kevlar ambilan (arm intake). Sebaliknya, Shyam memilih mengekalkan komponen asal kilang dengan penapis udara buatan Jepun.

Transmisi  manual 5-kelajuan masih dikekalkan dan dinaik taraf menerusi pemasangan klac dan roda tenaga (flywheel) Spoon. Rim Volk Racing TE37 dipadankan dengan brek depan Spoon Sports. Dari luaran, antara komponen dapat dilihat ialah kemasan Mugen seperti bampar depan, skirt sisi dan spoiler.

Jika diteliti lebih dekat, ada padanan Mugen unik iaitu campuran solid komponen Spoon Sports. Mungkin bukan satu kebiasaan untuk melihat campuran Mugen dan Spoon. Dalam kabin, Shyam memilih kerusi depan Type Rx dengan kemasan kuning terang dan kerusi belakang Rx.

BACA >>> Honda Civic Type R TC yang Dibikin untuk Perlumbaan Sahaja!


2. INTEGRA DC9 TYPE R

Sementara itu, Adam Elghriany tidak menunggu lama apabila mengetahui kawannya mahu menjual EK9 Type R. Inginkan penampilan lincah dan abadi, Adam memilih Spoon Sports dan mendapatkan semua kit badan yang dimahukan daripada divisyen permotoran itu. Daripada rim ringan hingga kaliper monoblok generasi pertama. Modifikasi awal hanyalah minor kerana Adam mahu mengekalkan keaslian hatchback 3-pintu itu.

Senarai panjang komponen bolt-on Spoon digunakan pada header, terotel badan, ambilan (intake) dan penapis Kevlar, radiator, hos dan banyak lagi. Padanan kombo kuning dan hitam begitu sinonim dengan EK9, manakala rim Spoon SW388 disertai dengan bonet gentian karbon asli, cermin sisi dan spoiler yang juga karbon. Pemisahan karbon tunggal dari katalog Spoon boleh dilihat pada bawah bampar depan menerusi pemilihan lip First Moulding.

Bagi merendahkan profil EK9, Adam menambah tiga varian koilover dan digabungkan dengan lengan kamber (camber arm) JUN depan dan belakang, bushing Hardcore dan Function 7 LCA untuk membantu pengendalian lebih baik.

BACA >>> Honda Civic EK2 – Pembuli Jalanan

SUMBER: SuperStreetOnline

Adam Elghriany bikinkereta Honda Honda Civic Honda DC2 Integra Type R Honda EK9 Civic Type R Modifikasi Mugen Restorasi Shyam Sookram Spoon
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Urban Automotive perkenal dua projek besar Land Rover Defender
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Urban Automotive Rai Ulang Tahun ke-10 dengan Dua Projek Besar Land Rover Defender

    20/07/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    22/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.