• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Honda Civic EK2 - Pembuli Jalanan

Honda Civic EK2 - Pembuli Jalanan

February 25, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

882
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Honda Civic EK2

POPULARITI Honda tidak lagi boleh di sangkal di negara kita. Tanpa mengira model, jenama ini adalah antara salah satu pilihan utama orang ramai.

Bagi kaki bikin kereta, model keluaran Jepun sering menjadi pilihan. Untuk paparan kali ini, kita akan merungkai tentang Honda Civic EK2 yang telah menerima pengubahsuaian sepenuhnya.

Empunya jentera, Anuar, pengubahsuaian bukan saja dilakukan pada ruangan luaran, malahan ‘jantung’ turut dipertingkatkan.

Honda Civic EK2

PRESTASI:

Enjin berkod K20A yang diambil terus dari model Integra DC5 Type R menjadi nadi utama Civic EK2. Palam pencucuh NGK Iridium digunakan untuk memberikan janaan kuasa lebih bertenaga.

Kelancaran penyampaian bahan api dari tangki utama ke enjin pula dibantu dengan pemasangan pam bahan api Walbro. Gas karbon monoksida hasil dari pembakaran dalam enjin pula ditolak keluar melalui manifold ekzos PLM yang disambung dengan paip berukuran 3 inci terus ke muffler ekzos J’s Racing.

Honda Civic EK2     Honda Civic EK2

Hasil bantuan kotak gear 6-kelajuan dari model DC5 Type R, ia turut menggunakan klac berprestasi tinggi Ogura bagi penghantaran kuasa lebih cekap. Unit ecu Hondata pula dipasang bagi memastikan pergerakan keseluruhan sistem enjin lebih lancar tanpa sebarang kesulitan.

Kalau kereta dah laju, mestilah perlu lebih stabil. Untuk itu, set suspensi boleh laras kustom jenama Tein dipasang pada keseluruhan penjuru jentera ini. Aspek keselamatan pula, sistem brek dinaik taraf dengan pemakaian set brek lengkap dari model EK9 depan dan belakang beserta pelapik yang mampu menahan peningkatan suhu maksimum.

Honda Civic EK2

DALAMAN:

Ruangan dalam dipadankan dengan tempat duduk Recaro, pelapik lantai, karpet, tombol gear dari model DC5 Type R dan papan pemuka serta ‘door trim’ dari model Civic EK9.

Deretan meter Defi ‘oil press’, ‘oil temp’ dan ‘water temp’ memenuhi segenap ruang papan pemuka yang berperanan membantu pemandu memantau keadaan enjin dengan lebih mudah.

Honda Civic EK2

LUARAN:

Penampilan luaran juga tidak kurang hebatnya. Ia menggayakan kit badan Mugen Aero 96 di mana hood hadapan menggunakan gentian karbon dari J’s Racing. Lebih tampak garang, ruangan roda diserikan dengan kehadiran rim Volk Racing TE37 berukuran 15 inci yang dibaluti tayar Nitto NT01 205/50R15 untuk depan serta tayar Toyo Proxes R888 195/55R15 di belakang.

Macam mana, rasa tergugat tak lepas melihat jentera ini? Kalau rasa tergugat, belilah satu dan bikin seperti ini!!!

FOTO Allen [email protected] Canyon

Honda Civic EK2 SPESIFIKASI

Honda Civic EK2

ENJIN K20A Integra DC5 Type R
MODIFIKASI ENJIN Hasport Engine mounts, PLM Exhaust headers, 3” straight flow, J’s Racing Muffler, NGK Iridium spark plugs, Walbro fuel pump
TRANSMISI Kotak gear Integra DC5 Type R 6-kelajuan
ELEKTRONIK Hondata, meter Defi ‘oil press’, ‘oil temp’ dan ‘water temp’
SUSPENSI Tein Adjustable (racing spec kustom)
SISTEM BREK EK9 + high temp pads
RODA Volk Racing TE37 15x8jj offset +27 (depan) 15x6.5jj offset +25 (belakang), tayar Nitto NT01 205/50R15 (depan) Toyo Proxes R888 195/55R15 (belakang)
DALAMAN Seat Recaro, karpet & floor mat, stereng, pedal, tombol gear (DC5), Dasboard & door trim Civic EK9
LUARAN Mugen Aero 96 body kit, J’s Racing gentian karbon hood
BENGKEL Izal Autoworks – Lot 920B, Jalan Besar, Kampung Bukit Lanchong, 40400 Shah Alam, Selangor.

Honda Civic EK2
Honda Civic EK2
Honda Civic EK2
Honda Civic EK2
Honda Civic EK2
Honda Civic EK2
Honda Civic EK2
Honda Civic EK2
882
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: DC5 Type R, Honda Civic EK2, Integra DC5 Type R, Modifikasi, Tuner

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my