Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinKereta: Honda Civic FK2 Type R yang Jarang Nampak, dan Bukan Biasa-Biasa
Bikin Auto

#BikinKereta: Honda Civic FK2 Type R yang Jarang Nampak, dan Bukan Biasa-Biasa

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKIN anda begitu kagum atau tergila-gilakan Honda Civic FK8 Type R apabila jentera itu sampai ke pelabuhan negara. Tetapi sebaik melihat harga, mak ai, terbeban jiwa dan raga. Jadi mari kita lihat satu lagi model dalam ahli keluarga ‘FK’ yang mungkin ada kurang perasan dengan kehadirannya.

Honda FK2 Type R yang kami paparkan dalam ruang Bikin Kereta kali ini memiliki bentuk badan berbeza berbanding saudara sefamili lain. Jika mengaku peminat setia Honda, pasti dapat melihat perbezaan yang dimaksudkan.

NADI K20C DINAIK TARAF

Nadi K20C yang bersemadi dalam bonet depan sebenarnya sudah cukup umph dengan padanan pengecasturbo. Namun, masih belum dapat memuaskan nafsu si tuan kereta. Maka proses pemasangan peralatan transformasi pun bermula, antaranya intercooler dengan hos, hos radiator, hos tambahan lain dab hos intake udara Forge menggantikan komponena asal.

Selain itu, kelihatan juga unit blow-off SSQV 4 HKS, kit penyejuk enjin Forge dan paip bawah Dream Automotive. Pelindung kepala silinder digantikan material gentian karbon, manakala gas hasil pembakaran dilepaskan melalui sistem ekzos keluli tahan karat J’s Racing yang direka khas untuk jentera tersebut.

BACA >>> #BikinKereta: Honda Civic EG8 dan yang Merah Mak Ngah

Tidak berhenti di situ, bahagian transmisi dipasangkan klac prestasi Xtreme dan LSD Cusco Type RS bagi memastikan kuasa enjin dapat dihantar tanpa sebarang masalah lag. Sistem elektronik dipetakan semula untuk menggandakan lebih prestasi.

Hah, macam mana? Sudah boleh bayangkan prestasi dihasilkan jentera ini?

Sistem brek turut tidak dipandang ringan. Bagi mendapatkan cengkaman lebih mantap, pad brek Bendix Metal King dipilih. Keselesaan pengendalian diserahkan kepada sistem suspensi boleh laras KW V3, manakala kekuatan casis dimantapkan dengan bar sway dan bar power brace di depan dan belakang berjenama Cusco.

IMEJ LUARAN BUKAN CERMINAN MARHAEN

Tidak mahu kelihatan ‘biasa-biasa’, luaran dipadankan dengan bonet gentian karbon kustom buatan TCR. Beberapa komponen lain turut menggunakan material gentian karbon daripada Honda Access. Lampu kabus dipinjam daripada Honda Access, manakala GT Wing keluaran khas Mugen.

BACA >>> Honda Civic Si Coupe, Versi 2 Pintu yang Menawan Tetapi….

Melengkapkan imej Type R, bahagian roda menggabungkan rim sport Volk Racing Grams Light G25 bersaiz 19 inci dengan balutan tayar Yokohama AD08R. Bahagian kabin pula pemilik memilih kerusi Mugen MSZ dengan tombol gear yang juga Mugen.

Pemilik jentera, Ridzuan Mohidin memberi kepercayaan penuh kepada pasukan JC Racing untuk mendapatkan hasil seperti yang dapat kita lihat pada gambar dipaparkan dalam artikel ini.

SPESIFIKASI

HONDA CIVIC FK2 TYPE R

MODIFIKASI ENJIN: Forge (intercooler, hos intercooler, hos radiator, hos kecil , hos intake udara), J’s Racing keluli tahan karat, ekzos, HKS 4 blow-off, kit pendingin minyak Forge, paip bawah Dream Automotive, intake udara Eventuri , pelindung kepala silinder gentian karbon
TRANSMISI: Klac Xtreme, Cusco LSD Type RS
SUSPENSI: Suspensi KW V3, Cusco (bar sway depan & belakang, power brace depan & belakang)
SISTEM BREK: Pad Bendix Metal King
DALAMAN: Kerusi Mugen MSZ, tombol gear Mugen
LUARAN: Hud depan gentian karbon kustom TCR, komponen gentian karbon Honda Access, lampu kabus Modulo Honda Access, Mugen GT Wing
RODA & TAYAR: Volk Racing Grams Light G25 19-inci, Yokohama AD08R

Teks: Faizal Shift
Foto: Kenny Yeoh@eosguy

GALERI
bikinkereta Civic FK2 Type R Honda Honda Civic Honda Civic FK2 Honda Civic FK2 Type R Honda Civic FK8 Type R Honda Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Nissan Frontier Ultimate Build 2026
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build Tunjuk Keupayaan Overlanding dengan Enjin 3.8L V6

    05/06/2026
    Honda V2H Stand
    Aksesori

    Honda V2H Stand: Peranti Bekalkan Elektrik daripada EV kepada Rumah

    22/05/2026
    Roda2

    Honda MSX125 Grom 2026 Eropah Dapat 3 Warna Baharu

    20/05/2026
    Foto acah Honda City facelift
    Auto Terkini

    Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

    20/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.