Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Bentley Hasilkan Mainan Garaj Kayu dan Kereta Mainan untuk Si Cilik
Aksesori

Bentley Hasilkan Mainan Garaj Kayu dan Kereta Mainan untuk Si Cilik

Abang HirataBy Abang Hirata18/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN mengeluarkan perabot berharga super mewah, Bentley juga ada satu lagi produk untuk diletakkan dalam rumah. Kali ini dinikin khas untuk si cilik.

Kepada pemilik Bentley, jika sudah berkereta dan memiliki perabot berjenama sama, apa kata kali ini belikan pula si kecil anda dengan kereta mainan Bentley, iaitu Wooden Toy Garagedan Continental Ride-On Car.

BACA >>> Bentley Home Newent Collection – Harga Perabot Jenama Mewah Ini Lebih RM50k!

1. BENTLEY WOODEN TOY GARAGE


Ini permainan biasa kanak-kanak yang memang mengasyikkan dan juga boleh dimain bersama kaum bapa. Permainan ini dipengaruhi ruang pameran Bentley.

Ada tiga tingkat yang terdiri daripada lif manual, pam minyak, stesen cucian, tempat mendarat helikopter untuk kanak-kanak berimaginasi dan membayangkan memiliki kenderaan Bentley. Ada juga lantai berputar bagi mempamerkan setiap sudut kereta mainan. Lif boleh digunakan untuk membawa naik atau turun kereta manakala tempat mendarat bagi menyambut tetamu kenamaan.

Bahagian depan perspex pula dengan corak yang diilhamkan daripada bentuk berlian Bentley dan logo jenama premium itu di bahagian tengah.

Kayu yang digunakan untuk permainan ini diiktiraf FSC (Forest Stewardship Council), iaitu badan antarabangsa yang mematuhi sepuluh prinsip agar hutan diurus secara lestari dan dan kesan persekitaran diminimumkan.

Permainan Wooden Toy Garage sesuai dimainkan kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas. Ia dibuat daripada material kayu dan perspex dengan ukuran 81cm (lebar) x 46cm (tinggi) x 43cm (dalam). Harga ditawarkan ialah £85 (RM459).

BACA >>> Bentley Mulliner Bacalar – Supercar Edisi Khas yang Cuma 12 Unit Dikeluarkan

2. BENTLEY CONTINENTAL GT RIDE-ON CAR

Ini satu lagi permainan menyeronokkan dan sesuai untuk kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun. Kereta tolak (push-car) ini diilhamkan daripada Continental GT dengan warna yang dipadankan seperti model tersebut. Ia dilengkapi dengan stereng yang berfungsi, hon dan pelbagai bunyi muzik. Kereta kayuhan kaki sebenarnya hampir menjadi permainan wajib untuk kanak-kanak di kebanyakan rumah.

Model permainan ini mempunyai perehat belakang dan fungsi anti terbalik (satu ciri penting) yang menjadikannya selamat untuk digunakan di dalam dan luar kediaman. Model ini turut dilengkapi ruang simpanan di bawah kerusi. Model ini perlu proses pemasangan dan dua unit bateri 1.5V AA bagi menghidupkan fungsi elektronik.

BACA >>> 13 Fakta Pantas: Ferrari F8 Spider Kini di Malaysia, Harga Mula RM1.2 Juta

Ada dua warna ditawarkan: Putih dan Dragon Red, manakala saiz badan berukuran 66sm lebar x 29sm tinggi x 30sm dalam. Satu lagi aspek menarik tentang model ride-on Continental GT ini adalah fungsinya sebagai pendedahan awal kepada model sebenar.

Ia satu penjenamaan bagus dalam menanam minat terhadap Bentley sejak kecil. Harga ditawarkan pula £95 (RM513) sahaja.

BACA >>> Bentley Flying Spur Guna 3km Benang untuk Kemasan Dalaman

aksesori Bentley Bentley Continental Ride-On Car Bentley Wooden Toy Garage kereta mainan Permainan
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    08/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    30/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.