Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Bentley Flying Spur Hybrid (2022) Tiba di Malaysia, Boleh Isi RON95, Harga Mula RM945k!
Roda4

Bentley Flying Spur Hybrid (2022) Tiba di Malaysia, Boleh Isi RON95, Harga Mula RM945k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/10/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BENTLEY Kuala Lumpur memperkenalkan sedan hibirid mewah, Bentley Flying Spur Hybrid (2022) yang ditawarkan pada harga RM945,000, tidak termasuk caj duti, cukai dan pendaftaran.

Flying Spur Hybrid (2022) dibangunkan berasaskan model generasi ketiga Flying Spur yang ditawarkan dalam dua varian, Azure dan S. Berikut perinciannya:

BACA >>> Bentley Residences: Pangsapuri Mewah Siap Lif Kereta, Harga Lebih RM18 Juta Seunit!
BACA >>> Bentley Tambah 100 Jurutera, Lebih Separuh untuk Bidang Elektrikal, Perisian dan UX/UI

TRENKUASA

  • Sedan itu adalah jenis hibrid plug-in (PHEV) kerana ada terminal untuk mengecas semula bateri sebelah kiri kenderaan.
  • Dipacu enjin 24-injap 2.9L (2,894cc) V6 TFSI (turbo kembar) DOHC dengan motor elektrik yang menghasilkan output kuasa 536hp dan tork 750Nm.
  • Sistem transmisi dual-klac (DCT) ZF 8-kelajuan dengan sistem pacuan semua roda (AWD).
  • Secara berasingan, enjin petrol menghamburkan kuasa 410hp dan tork 550Nm, manakala unit motor mengekstrak kuasa 134hp dan tork 400Nm.
  • Bateri digunakan jenis litium-ion 18kWh yang memerlukan 2.5 jam untuk dicas penuh (menggunakan pengecas pantas) dan 6.15 jam jika dicas di rumah (berbeza mengikut negara).
  • Masa pecutan 0-100kmj sepantas 4.3 saat. Kelajuan maksimum 285kmj yang setanding trenkuasa W12 dan V8.
  • Trenkuasa hibrid menawarkan jarak pemanduan lebih 800km (dengan isian tangki minyak dan bateri penuh). Kapasiti tangki minyak 80 liter dan boleh isi petrol jenis RON95.

MOD PEMANDUAN

  • Ada tiga mod E pemanduan: EV Drive, Hybrid Mode dan Hold Mode.
  • EV Drive akan aktif apabila kereta dihidupkan dengan memaksimumkan pemanduan elektrik. Mod ini sesuai untuk pemanduan dalam bandar.
  • Kluster instrumen memaparkan pelbagai maklumat, termasuk operasi berasaskan kuasa elektrik (EV) ketika kuasa regenratif dijana semula atau tenaga digunakan. Begitu juga paparan trenkuasa pembakaran dalaman.
  • Skrin unit infotainmen turut menunjukkan aliran kuasa menerusi paparan data statistik, paras bateri, jarak pemanduan dan maklumat pengecasan bateri, serta turut dipaparkan pada kluster instrumen pemandu dan paparan dongan (HUD).

LUARAN

  • Model Flying Spur Hybrid (2022) sedikit berbeza. Antaranya ditampal lencana Hybrid pada fender depan, empat muncung ekzos dan slot pengecasan bateri bertutup sebelah kiri fender belakang.
  • Dilengkapi kabel mengikut kesesuaian pasaran yang memudahkan kereta dicas di kediaman pemilik atau terminal pengecasan awam.
  • Teknologi LED untuk lampu utama jenis matriks dengan lampu siang (DRL) dan lampu belakang. Fungsi Bantuan Lampu Suluh Tinggi Automatik (HBA) hadir sebagai ciri standard.
  • Ada tiga pilihan rim: 20 inci (standard), 21 inci atau 22 inci.

DALAMAN

  • Menggunakan material menawan dengan rekabentuk kontemporari yang mengetengahkan kepakaran dan inovasi kabin mewah.
  • Ada 15 pilihan warna material kulit (lima standard, 10 opsyen) dengan pilihan lapan dekorasi mengikut cita rasa pemilik.
  • Unit infotainmen skrin sentuh 12.3 inci dengan navigasi HDD, dua slot kad memori SD, sambungan Bluetooth dan WiFi, slot cakera padat (CD) dan cakera video digital (DVD) serta radio digital.
  • Ada konektiviti Apple Car Play, radio satelit Sirius, pemacu keras 60GB, sistem telefon 4G, dan pencarian online POI.
  • Dilengkapi ciri keselamatan seperti beg udara untuk pemandu, penumpang, sisi dan tirai, fungsi pandang malam (night vision), pengecaman papan tanda jalan (RSR) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan beberapa lagi.

BACA >>> Bentley GT Mulliner Blackline – Pakej Gaya Misteri dengan Enjin 6.0L Turbo Kembar!
BACA >>> Rolls-Royce Black Badge Ghost Tiba Ke Malaysia, Harga Mula RM1.8j!

Bentley Bentley Flying Spur Hybrid Bentley Flying Spur Hybrid (2022) Bentley Kuala Lumpur Roda4 Sedan Hibrid Mewah Sedan Mewah Hibrid
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.