Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BBR Bikin Kit Turbo untuk Mazda Miata MX-5 – 248hp, 320Nm!
Roda4

BBR Bikin Kit Turbo untuk Mazda Miata MX-5 – 248hp, 320Nm!

Abang HirataBy Abang Hirata05/05/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA pelbagai jenis cita rasa seseorang individu. Ada yang sukakan kelajuan dengan kuasa pendesak seperti turbo atau supercaj, ada pula yang gemarkan kuasa pemasaan injap variabel seperti VTEC dan tidak kurang juga yang sukakan kuasa aspirasi natural (NA) seperti Campro.

Definisi kereta berprestasi juga pelbagai, tidak semestinya tertumpu kepada kuasa semata-mata tetapi boleh juga diluaskan kepada tahap pengendalian jitu seperti dimiliki jentera-jentera buatan Lotus atau Toyota GT-86. Mazda pula nampaknya sudah meninggalkan sekejap (atau terkubur?) teknologi wankel seperti terdapat pada model RX, dan kini sedang menumpukan kepada hal penambahbaikan teknologi enjin SKYACTIV.

BACA >>> #PanduUji: Mazda MX-5 Si Pencuri Hati

KIT TURBO UNTUK MAZDA MX-5

Kini semua model Mazda dilengkapi teknologi SKYACTIV daripada casis hingga enjin. Teknologi enjin SKYACTIV-G dengan mampatan tinggi memang hebat, tetapi kuasa dihasilkan mungkin belum memadai buat mereka yang gemarkan pemanduan jenis power-on-tap.

Menyedari hakikat tersebut, penala atau tuner terkenal Mazda, BBR memperkenalkan produk baharu, iaitu pakej Naik Taraf Pengecajturbo Tahap 1 untuk Mazda Miata MX-5 2.0 (model 2015 ke atas) yang mampu meningkatkan kuasa kepada 248hp pada 7,150rpm dan tork 320Nm (3,250rpm).

BBR sebenarnya sudah lama dalam kerja-kerja menaik taraf enjin turbo Mazda MX-5, iaitu sejak penghujung 1980 lagi. Jadi, menerusi pengenalan pakej tersebut, lengkaplah empat generasi MX-5 yang dikerjakan syarikat tuner tersebut.

Proses pembangunan naik taraf terbaru itu bukan kerja senang kerana sudah bermula sejak 2014 dengan model awal, Mazda3. Ujian demi ujian dilakukan untuk mendapatkan lebih kuasa, termasuk menggunakan sistem supercaj, tetapi semua itu tidak bersesuaian dengan karakter enjin SKYACTIV-G.

BBR turut menggunakan pengecas turbo skrol tunggal, tetapi masih gagal kerana rekabentuk unik pancarongga (manifold) Mazda dengan tata atur 4-2-1. Kemudian, BBR menggunakan pula teknologi pengecajturbo skrol-kembar dan akhirnya keputusan diperoleh memuaskan.

BACA >>> Mazda SkyActiv Generasi ke-2 – Enjin Tanpa Palam Pencucuh, Mampu Pergi 30km/liter

CIRI NAIK TARAF BBR TAHAP 1

  • Pecutan 0 – 97 kmj dikurangkan daripada 7.3 saat kepada 5 saat
  • 248hp pada 7,150rpm
  • Nisbah kuasa 233hp per tan berat
  • Tork 320Nm pada 3,250 rpm
  • Tekanan turbo 7 psi
  • Kelajuan maksimum dihadkan secara elektronik pada 250 kmj

PAKEJ NAIK TARAF TAHAP 1 BOLT-ON TURBO BBR

  • Pengecajturbo skrol-kembar hibrid TSX30-71R buatan khas, termasuk tetapan spesifikasi turbin jet (bespoke twin scroll hybrid TSX30-71R turbocharger including jet turbine specification fixings) BBR.
  • Manifold ekzos skrol-kembar buatan khas (bespoke cast iron twin scroll exhaust manifold) BBR.
  • Paip ekzos besi tahan karat (stainless steel downpipe) BBR
  • Intercooler aluminium ringan aliran-tinggi dengan paip ambilan kemasan hitam (high-flow lightweight front mounted aluminium intercooler with factory look black intake pipes) BBR.
  • Paip turbo silikon custom aliran-tinggi dengan pengapit hos besi tahan karat dan penyalut hitam unik (high-flow custom silicone turbo pipes in factory look black finish with stainless steel hose clamps and unique black coating) BBR.
  • Pelapik bateri aluminium ringan dengan kemasan hitam (lightweight aluminium battery tray) BBR.
  • Piston sirkulasi semula jenis injap buang (recirculating piston type dump valve) dengan kemasan hitam BBR.
  • Sensor suhu (temperature sensor) BBR/Bosch
  • Perisai haba pengecajturbo gentian karbon berkecekapan tinggi (high efficiency carbon fibre turbocharger heat shield) BBR.
  • Kit penapis udara K&N Typhoon aliran-tinggi (high flow K&N Typhoon induction kit) BBR.
  • Garis air dan minyak jenis besi tahan karat (stainless steel oil and water lines) BBR.
  • Perisian kalibrasi Starchip Ecutek RaceRom (Starchip EcuTek RaceRom calibration software) BBR.

Jika berminat, Pakej Tahap 1 ini ditawarkan pada harga £4,995 (RM28,175), cukai tambahan nilai (VAT). Buat mereka yang sukakan hasil kerja secara bikin sendiri (DIY), harga pakej ini adalah lebih rendah, iaitu £4395 (RM24,791).

Harga selepas tukaran ringgit memang tinggi, tetapi untuk pasaran Britain, harga tersebut boleh dikatakan mampu milik yang boleh diibaratkan seperti membeli peranti jenama Apple di Malaysia. BBR boleh dihubungi melalui talian + 44 (0) 1280 700700 jika ada yang berkenan mahu mengimport masuk ke pasaran tempatan.

BBR kit turbo kit turbo BBR mazda Mazda MX-5 skyactiv Tuner
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Opel Bekerjasama Dengan Leapmotor Untuk EV Baharu!

    09/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    08/05/2026
    Lexus TZ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Lexus TZ 2027 – SUV EV Mewah 6-kerusi dengan Jarak Pandu 530km

    11/05/2026
    Porsche Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey
    Roda4

    Porsche Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey Cipta Rekod Nürburgring!

    11/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie08/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda4

    Subaru Crosstrek 2026 Lancar di Malaysia – SUV Subkompak CBU dari Jepun, Harga RM190k

    By Han Othman06/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.