Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Porsche Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey Cipta Rekod Nürburgring!
Roda4

Porsche Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey Cipta Rekod Nürburgring!

Abang HirataBy Abang Hirata11/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Porsche Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey

KIT Manthey yang dibangunkan khas untuk litar lumba kini sudah tersedia untuk banyak model Porsche GT, dan buat kali pertama Porsche memperkenalkan kit untuk kereta sport elektrik Taycan Turbo GT dengan Pakej Weissach bagi memacu prestasi ke tahap lebih tinggi.

Pemandu ujian Porsche, Lars Kern berjaya mencatatkan rekod baharu di Nordschleife dengan Kit Manthey itu, yang bakal tersedia untuk pesanan bermula Jun tahun ini sebagai kit naik taraf untuk semua unit Taycan Turbo GT dengan Pakej Weissach.

Rekod Baharu Kelas Kereta Eksekutif Elektrik

Porsche Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey

Melalui ujian dilakukan di Litar Nürburgring Nordschleife sepanjang 20.832km, Porsche Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey berjaya mencatatkan masa pusingan 6:55.533 minit.

Catatan itu 9 saat lebih pantas berbanding rekod terdahulu bagi kelas kereta eksekutif elektrik. Selain itu, masa dicatatkan juga 12 saat lebih pantas berbanding rekod peribadi Lars Kern sebelum ini yang dilakukan pada Oktober 2023 menggunakan Taycan Turbo GT dengan Pakej Weissach tanpa Kit Manthey.

Keberkesanan kit itu terbukti apabila pemandu berjaya memacu kereta 14kmj lebih laju di bahagian antara selekoh Lauda Links dan Bergwerk berbanding pusingan rekod terdahulu.

Peningkatan Aerodinamik, Dinamik Pemanduan

Porsche Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey

Fokus utama pembangunan Kit Manthey adalah pada peningkatan daya mendap yang kini meningkat lebih tiga kali ganda berbanding model standard.

Pada kelajuan 200kmj, jumlah daya mendap dipertingkat daripada 95kg kepada 310kg, manakala pada kelajuan maksimum 310kmj, kit tersebut mampu menghasilkan sehingga 740kg daya mendap secara keseluruhan.

Porsche Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey

Komponen aerodinamik utama merangkumi sayap belakang baharu dengan plat sisi lebih besar, difuser depan  dioptimum, difuser belakang prestasi tinggi dengan sirip yang dipanjangkan, dan deflektor udara bawah badan lebih besar.

Selain itu, penggunaan cakera aero (aerodiscs) karbon pada roda belakang turut membantu meningkatkan kecekapan aerodinamik.

Trenkuasa

Porsche Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey

Sistem trenkuasa elektrik turut menerima talaan semula bagi meningkatkan output melalui pengoptimuman pada bateri voltan tinggi, unit kawalan, dan denyut inverter, arus nyah cas maksimum dipertingkat daripada 1,100amp kepada 1,300amp.

Semua itu menghasilkan peningkatan kuasa sistem 20kW (27 ps) menjadikan jumlah keseluruhan kepada 600kW (816ps).

Tork maksimum apabila menggunakan Kawalan Luncur pula meningkat 30Nm kepada 1,270Nm.

Apabila pemandu mengaktifkan Attack Mode, lonjakan kuasa tambahan sehingga 130kW (177 ps) tersedia untuk tempoh singkat, menjadikan output sementara meningkat kepada 730kW (992 ps) berbanding 700kW (952ps) pada model standard.

Komponen Mekanikal, Visual

Porsche Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey

Kit itu turut merangkumi penggunaan rim aluminium tempa 21 inci rekaan Manthey yang lebih ringan. Bersama penggunaan skru rim titanium, berat keseluruhan rim adalah 3kg lebih ringan berbanding rim standard.

Tayar sport litar yang sah digunakan atas jalan turut ditawarkan sebagai pilihan, dengan saiz 4sm lebih lebar di depan, dan 3sm lebih lebar di belakang.

Porsche Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey

Sistem brek pula menggunakan cakera lebih besar, bersaiz 440mm di depan, dan 410mm (belakang) bersama pad brek prestasi.

Bahagian luaran kereta dihiasi komponen gentian karbon terdedah seperti pada liang gerbang roda, skirt sisi yang dilebarkan, dan sayap belakang untuk menyerlahkan imej sukan lumba.

Porsche Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey

  • Output kuasa sistem: 600kW (816 ps)
  • Output kuasa Attack Mode: 730kW (992ps), dan tork 1,270Nm
  • Kelajuan maksimum: 310kmj
  • Daya mendap maksimum: 740kg pada halaju 310kmj
  • Penggunaan tenaga elektrik gabungan: 24.8kWj per 100km
  • Emisi CO2 gabungan: 0 gram per km
  • Saiz brek cakera: 440mm (depan), 410mm (belakang)
  • Rim: 21 inci aluminium tempa Manthey
Porsche Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey
Porsche Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey
Porsche Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey
Porsche Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey
Porsche Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey
Porsche Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey
Porsche Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey
Kit Manthey Lars Kern Manthey Manthey Kit Porsche Porsche Taycan Porsche Taycan Turbo Porsche Taycan Turbo GT Porsche Taycan Turbo GT with Manthey kit Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-60 3.3L MHEV Dilancar di Malaysia, Harga RM252k

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: GWM Haval H7 Hi4 PHEV Kini Debut di Malaysia, Kembar Haval Raptor di China

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.