Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Bagaimanakah Memilih Pengelap Cermin Kereta Terbaik?
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Memilih Pengelap Cermin Kereta Terbaik?

Han OthmanBy Han Othman27/04/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA banyak jenama, jenis dan harga pengelap cermin @ wiper di pasaran hingga membuatkan ramai kalangan kita keliru. Ada yang berjenama terkemuka dan ada pula yang tidak diketahui asal-usulnya. Ramai beranggapan pengelap mahal akan memberikan prestasi terbaik dan tahan lama, tetapi artikel di bawah ini mungkin membuatkan anda berfikir sebaliknya.

Pengelap berjenama mungkin berprestasi terbaik, tetapi itu bukanlah bermakna pengelap biasa tidak dapat melakukan apa yang mampu dilakukan pengelap ‘branded’. Kunci paling utama dalam topik kali ini, pastikan setiap pembelian berbaloi!

BACA >>> Mary Anderson – Bilah Pengelap Rekaan Wanita Ini Jadi Ciri Standard Kereta Moden

APAKAH BILAH PENGELAP CERMIN DEPAN TERBAIK?

1. Prestasi Hebat Apabila Baharu
Ujian pakar mendapati majoriti bilah pengelap, termasuk berharga murah, mampu melakukan tugas mengelap cermin depan dengan baik. Jadi, harga bukanlah petanda keberkesanan bilah pengelap baharu.

2. Prestasi Terbaik Sekurang-kurangnya 6 Bulan
Laporan anekdot daripada pengguna mendedahkan sesetengah jenama mampu bertahan lama. Tetapi ujian profesional menunjukkan kebanyakan bilah pengelap (tanpa mengambil kira harga) akan haus selepas 6 bulan.

3. Penyambung untuk Pemasangan
Penyambung jenis cangkuk paling banyak digunakan, tetapi sesetengah kenderaan menggunakan penyambung pin, tab-jepit (pinch-tab) atau bayonet. Kebanyakan bilah pengelap didatangkan dengan adapter. Pastikan anda periksa dahulu sebelum membeli.

KETAHUI KEPERLUAN SEBELUM MEMBELI

Apakah Saiz Diperlukan?
Sesetengah kenderaan menggunakan pengelap berbeza saiz bagi pemandu dan penumpang depan. Kedai-kedai aksesori kereta boleh membantu anda memilih jenis yang sesuai, atau anda boleh periksa sendiri pada buku manual pengguna. Jika membeli secara talian, sila periksa saiz pengelap berulang kali.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Buka Lampu Ketika Hujan Siang?

saiz-wiper
Apakah Jenis Bilah Pengelap Kereta Anda?
Banyak kereta baharu didatangkan dengan bilah pengelap gaya-rasuk (beam-style). Jadi, anda perlu menggantikan bilah pengelap lama kepada baharu daripada jenis sama juga. Ini kerana pengelap tradisional gaya-braket kemungkinan besar tidak padan.

Pengelap gaya-rasuk

Penyambung Mana Anda Ada?
Banyak kereta baharu menggunakan penyambung bilah pengelap jenis cangkuk (hook) yang mudah. Proses menggantikan bilah pengelap agak ringkas dan mudah dilakukan sendiri (DIY). Anda boleh merujuk cara pemasangan dalam laman web sama ada secara bergambar ataupun video.

Bagaimanapun, bukan semua bilah pengelap mudah digantikan kerana pelekap dan lengan yang lama digunakan membuatkan pengelap sukar ditanggalkan daripada pin dan selak. Tetapi jangan bimbang, kerana kedai aksesori biasanya boleh membantu anda memasang pengelap secara percuma. Kalau mereka masih berdegil meminta upah, sila libaskan pengelap itu ke leher mereka sambil berkata, takkan itu pun nak berkira?

jenis-jenis-penyambung-wiper
Apakah Perlindungan Silikon Diperlukan?
Bilah pengelap diperbuat daripada getah dan dapat bekerja baik dalam jangka masa lama. Malah, ujian kecekapan dan ketahanan menunjukkan pengelap terbaik ialah pengelap bilah getah standard.

Bagaimanapun pemandu off-road menggemari bilah pengelap silikon kerana mampu mengelap lumpur tebal dan kotor dengan lebih baik. Ramai pemandu yang tinggal di kawasan panas terik mengakui ketahanan pengelap silikon. Jadi, jika kereta anda perlu berdepan cuaca ekstrem, sama ada jalan biasa atau off-road, atapun selalu diparkir di kawasan terbuka, bilah pengelap silikon sangat berbaloi dibeli dan harganya selalunya lebih mahal.

silicone-wiper
Pengelap silikon

SARANAN KAMI

Sekilas pandang, pengelap getah sama ada gaya-braket atau rasuk sudah cukup untuk memenuhi keperluan kereta anda dengan harga yang berpatutan. Namun, dengan cuaca tropika di Malaysia yang kerap mengalami musim hujan dan panas sepanjang tahun, anda mungkin boleh berkira-kira membeli pengelap jenis silikon untuk lebih tahan lama. Tambahan lagi jika kereta anda kerap diparkir secara terbuka, terutama bagi penghuni apartment.

BACA >>> Bosch Malaysia Prihatin – Wiper Baharu Lebih Tahan Lasak Diperkenalkan

Anda mungkin berganggapan pengelap mahal mampu bertahan lebih lama, tetapi ujian pakar menunjukkan sebaliknya. Rata-rata pengelap kebiasaannya sudah tidak lagi dapat bekerja dengan baik selepas 6 bulan digunakan. Jadi, mengapa bayar lebih? Menabunglah untuk masa hadapan yang penuh gemilang!

autotainment cara pilih wiper kereta ganti pengelap cermin ganti wiper kereta pengelap cermin kereta tip automobil wiper
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Orang ramai di Kuala Lumpur
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

21/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

21/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

21/05/2026
Trivia Arsenal dan automotif
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 10 Trivia Pasal Arsenal dan Automotif yang Ramai Tidak Tahu

20/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
Foto acah Honda City facelift
Auto Terkini

Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

By Syafie20/05/2026
Denza B8 2026
PHEV

Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

By Syafie22/05/2026
Ferrari HC25 2026
Roda4

Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

By Abang Hirata18/05/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

By Shazwan Hisam25/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.