Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Audi S7, S6 Nardo Sport Edition 2025 dengan Enjin MHEV 2.9L, Sistem Kompresor Kuasa Elektrik (EPC)
Roda4

Audi S7, S6 Nardo Sport Edition 2025 dengan Enjin MHEV 2.9L, Sistem Kompresor Kuasa Elektrik (EPC)

Abang HirataBy Abang Hirata10/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WARNA Nardo Gray (kelabu) memang khusus untuk Audi. Walaupun asasnya nampak seperti warna konkrit atau Honda Cub lama, tetapi Audi berjaya mengolah warna kusam itu kelihatan cantik pada model kereta.

Dari situlah warna kelabu mula semakin popular dan dikeluarkan dalam pelbagai nama termasuk pelekat balutan kereta.

Audi S7 Nardo Sport Edition 2025
Audi S6 Nardo Sport Edition 2025

Terbaharu Audi of America memperkenalkan pakej Nardo Sport Edition untuk model liftback Audi S7 dan sedan Audi S6 edisi 2025.

Kedua-dua model itu ditawarkan dalam warna khas Nardo Gray, bumbung hitam, lampu gelap dan cermin sisi gentian karbon dengan perincian seperti berikut:

  • Pakej Hitam Kilat Tinggi dengan logo hitam itu juga didatangkan sekali.
  • Kedua-dua model menggunakan saiz rim 21 inci Audi Sport warna hitam kilat. Bezanya, S7 menggunakan rim corak V 5-bilah trapezoid, manakala S6 dengan corak V 5-bilah tebal.
  • Ruang kabin menggunakan pakej kulit eksklusif Audi warna Jet Gray (kelabu) dan Black (hitam) dengan sulaman dan tali keledar Crimson Red (merah). Pakej kulit turut membaluti kemasan upholsteri seperti papan pemuka, perehat tangan, dan konsol tengah, manakala S7 mendapat pelapik siling Black Dinamica.
  • Dijana enjin 2.9L TFSI biturbo V6 dengan output kuasa 444hp dan tork 600Nm yang dilengkapi sistem kompresor kuasa elektrik (EPC) berasingan dan dipadan bersama turbo untuk menajamkan lagi respons terotel.

TENTANG EPC

  • EPC diperkenal kali pertama di Amerika Syarikat menerusi Audi S7 dan Audi S6, terdiri daripada satu motor elektrik dengan turbin kecil yang membantu membina tekanan galak turbo pantas, menajamkan respons terotel dan mengurangkan jeda turbo.
  • Ketika enjin beroperasi pada halaju lebih tinggi, injap sistem EPC ditutup dan membiarkan laluan udara selari bergerak melalui enjin. Namun sistem EPC sentiasa beroperasi termasuk ketika melahu dan bersedia memberi respons apabila pemandu mahukan lebih kuasa.
  • EPC memanfaatkan sebaik mungkin sistem hibrid ringan (MHEV) 48V terbaharu Audi dan membekalkan tenaga elektrik yang dijana ketika pemanduan tanpa pacuan (coasting) dan pemulihan (recuperation) kepada bateri litium-ion 9.6Ah.
  • Dari situ, bateri membekalkan tenaga motor elektrik EPC untuk memacu turbin dan mempercepat peningkatan kuasa, sekali gus membantu respons enjin dan penghantaran daya kilas.
  • Kompresor menolak udara sejuk melalui dua badan terotel enjin dan kepada silinder dengan daya lebih tinggi.
  • Pada halaju lebih rendah, EPC berfungsi pada kelajuan hingga 70,000rpm dan membantu enjin beroperasi seperti enjin biasa tanpa pengecas turbo.
  • Keseluruhan sistem EPC hanya menambah berat 10kg dan mengurangkan masa respons kepada kurang 250 milisaat serta lebih pantas berbanding masa purata reaksi manusia.

Pakej Nardo Sport Edition untuk S7 berharga AS$11,200 (RM48,900) dan S6, AS$9,700 (RM42,350). Harga kereta dan pakej masing-masing pula dalam julat AS$105,000 (RM458,480) dan AS$95,000 (RM414,830)

Audi S7 Nardo Sport Edition
Audi S7 Nardo Sport Edition 2025
Audi S6 Nardo Sport Edition
Audi S6 Nardo Sport Edition 2025
Audi Audi S6 Audi S6 Nardo Sport Edition Audi S7 Audi S7 Nardo Sport Edition Liftback Roda4 Sedan
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.