Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Audi A6 Avant e-tron Concept Pamer Evolusi EV Gaya Wagon!
Auto Terkini

Audi A6 Avant e-tron Concept Pamer Evolusi EV Gaya Wagon!

Abang HirataBy Abang Hirata29/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENARIK mengenai Audi adalah bagaimana jenama itu kekal berdisiplin dengan rekabentuk berkotak dan bergaris. Dari satu generasi ke generasi, rekabentuk kenderaan Audi semakin tajam yang menyerlahkan ekspresi serius. Terbaharu, Audi memperkenalkan A6 Avant e-tron Concept dengan gaya menggagumkan untuk sebuah model wagon.

Dari segi sejarah, A6 bukan model baharu dan mula diperkenalkan sejak 1968 (dikenali sebagai Audi 100) hingga 1994, manakala model Avant dikeluarkan dari 1977.

Avant berasal daripada kata nama avant-garde dan slogan iklan Audi pada 1995 yang dinamakan pengeluar dari Jerman itu untuk model station wagon cantik.

Walaupun model konsep, Audi mendakwa A6 Avant e-tron Concept ialah model pameran yang berorientasikan pengeluaran. Sama seperti A6 e-tron Concept yang diperkenal pada 2021, model konsep itu menggunakan sistem pemanduan elektrik dengan Premium Platform Electric (PPE), dibangunkan bawah teraju Audi.

PPE dibangunkan bersama Porsche AG dan banyak lagi model berlainan segmen akan menggunakan platform tersebut. Model penegluaran Audi pertama menggunakan platform PPE akan diperkenalkan bermula 2023. Berikut apa dinyatakan Audi mengenai A6 Avant e-tron Concept:

  • Dari segi dimensi, mempunyai ukuran seperti A6 Sportback e-tron dengan panjang 4,968mm, lebar 1,951mm dan tinggi 1,433mm.
  • Garisan dan perkadaran elegan adalah previu kepada model. Audi akan datang selain bayangan rekabentuk menarik kenderaan kelas mewah dikuasakan elektrik.

  • Elemen utama seperti gril tunggal (Singleframe) dan lampu belakang bersambung menunjukkan kaitan dengan model elektrik e-tron.
  • Dari segi elektrikal, model ini dilengkapi sistem 800 volt dan kapasiti pengecasan hingga 270kW. Pengecasan pantas hanya mengambil masa 10 minit untuk pemanduan sekitar 300km!
  • Tempoh diperlukan itu hampir menyamai masa hentian biasa untuk mengisi minyak kereta enjin pembakaran dalaman (ICE).

  • Dalam masa tidak sampai 25 minit, bateri 100kWh pada boleh dicas dari 5 peratus hingga 80 peratus, manakala jarak pandu pula hingga 700km. Cukup sesuai untuk pemanduan jauh!
  • Prestasi juga hebat, dilengkapi dua motor elektrik berkuasa 350kW (467hp) dan tork 800Nm.
  • Varian aras mula mampu memecut 0-100kmj kurang 7 saat, manakala varian prestasi di bawah 4 saat sahaja! Prestasi model Sportback dan Avant biasanya tidak jauh beza.

Pengenalan A6 Avant e-tron Concept ini dijangka memberi nafas baharu dan masa depan sebuah wagon. Dalam era elektrik, wagon terus dihidupkan!

BACA >>> Untung Duduk dalam Kumpulan Sama, Ketua dari Audi Dilantik CTO Lamborghini
BACA >>> Audi RS Q e-Tron – Jentera Lumba Elektrik yang Dibikin untuk Rali Dakar

A6 Avant e-tron concept Audi Audi A6 Audi A6 Avant Audi A6 Avant e-tron concept Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Proton eMas 7 Premium Plus Rasmi Di Malaysia – Varian Tertinggi Dengan Jarak 450km

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.