Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Mana Satu Lebih Berbaloi, Wrap atau Cat Kereta?
Autotainment

#ApaNakBuat: Mana Satu Lebih Berbaloi, Wrap atau Cat Kereta?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/03/20234 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TREND wrap atau membalut kereta mengunakan pelekat vinil sebagai alternatif baharu menukar warna kini semakin disukai ramai berbanding mengecat di bengkel cat.

Teknik wrap kereta di Malaysia masih agak baharu walaupun kaedah mengubah warna kenderaan itu sudah wujud sejak 1950-an. Jika dibandingkan faktor kos, harga pelekat vinil adalah jauh lebih mahal berbanding cat dan kini harganya dikategorikan sebagai kompetitif.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Cuci Enjin Kereta Cara Selamat
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Cuci Kereta yang Betul

Persoalannya, mana satu kaedah menukar warna kereta yang lebih baik? Cat semula atau wrap? Kami kongsikan beberapa poin yang mungkin anda boleh pertimbangkan.

DEFINISI

Mengecat
  • Cat kereta digunakan untuk aspek kecantikan kenderaan dan perlindungan. Jenis cat paling banyak digunakan ialah cat lapisan poliuretana akrilik berasaskan air (water-based acrylic polyurethane enamel) kerana kurang mencemarkan alam sekitar.
  • Bagi mengecat sebuah kereta,  banyak lapisan cat berbeza diperlukan dengan kadar ketebalan 0.1mm, bermula cat primer, cat asas (base coat) dan disudahkan cat jernih (clear coat).

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Kemasan Krom dan Cat Kereta yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Simpan Kereta Jangka Masa Lama? Ikut 10 Tip Ini

Wrap
  • Metod ini adalah membalut luaran kereta dengan pelekat vinil. Pada pandangan mata kasar nampak seperti lapisan cat tetapi, sebenarnya bukan.
  • Ada pelbagai pilihan pelekat vinil satu warna atau pelbagai warna atau bercorak. Di luar negara, kos menggunakan pelekat vinil bercorak adalah lebih murah berbanding mengecat biasa. Malah metod ini seakann sudah jadi trend kalangan pemilik kereta mewah dan prestasi.

PERBANDINGAN

Proses Aplikasi

  • Jika memilih kaedah mengecat, pemilik perlu meninggalkan kereta dalam jangka masa tertentu kerana prosesnya memakan masa kerana melibatkan;
    • Kerja-kerja menanggalkan cat lama.
    • Memerlukan masa cat kering.
  • Masa menunggu setiap lapisan cat kering adalah sekitar 8 jam dan anggaran hari yang perlu kereta ditinggalkan di bengkal adalah kira-kira 1-3 minggu. Tempoh itu juga bergantung kepada beberapa faktor lain seperti menunggu giliran atau kerja cat kustom.
  • Proses wrap pula biasa mengambil masa 3 hari bekerja atau tambahan sehari dua mengikut kedai wrap. Proses agak muda,h iaitu kereta dicuci, dijemur atau dikeringkan seblum mula dibalut.
Kos
  • Ini soal yang agak subjektif kerana setiap bengkel cat pasti mengenakan harga berbeza disebabkan jenis kualiti cat, tahap kesukaran mengecat, berapa lapisan cat, upah dan faktor fasiliti atau lokasi premis.
  • Kos wrap juga bergantung kepada jenis pelekat vinil dipilih, mungkin juga saiz kenderaan atau tahap kesukaran membalut. Harganya masih subjektif.

Penyenggaraan

  • Selepas mengecat, pemilik perlu rajin menjaga kebersihan dan melindungi permukaan kenderaan seperti rajin mencuci, menggilap dan mengenakan salutan lilin tambahan untuk perlindungan berganda.
  • Jika malas cuci, cat kereta boleh menyerap bahan tercemar dengan partikel bersaiz mikro, sekali gus merosakkan warna cat dalam jangka masa lama. Jika dijaga baik, warna pasti kekal lama dan berbaloi.
  • Vinil (wrap) pula lebih mudah dijaga. Anda cuma perlu basuh dan lap guna kain basah. Ada material vinil yang menghalang habuk mikroskopik dan habuk tembusi lapisan pembalut vinil.
  • Pembalut boleh tahan lama jika menggunakan produk berkualiti tetapi akan sakit mata jika terkoyak.
Proses Tanggal
  • Jika mahu tukar warna lain untuk badan kereta yang sudah dicat, anda perlu bersabar kerana prosesnya mengambil masa lebih lama. Kereta perlu dihantar ke bengkel cat semula dan melalui proses sama seperti mengecat sebelum ini. Badan atau struktur kereta juga boleh rosak atau calar jika kerja-kerja menanggalkan cat dibuat secara kasar atau tidak cermat.
  • Bagi kereta wrap, proses menanggal pelekat lama tidak mengambil masa lama dan dikatakan tidak menjejaskan cat asal pada badan kenderaan anda.

KESIMPULAN

Nampaknya, cara wrap ada lebih banyak kelebihan berbanding mengecat,tetapi pilihlah apa yang anda suka mengikut kemampuan sendiri. Apa pun keputusan itu, jangan lupa daftar warna baharu kereta anda dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Tiada bayaran dikenakan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tukar Warna Kereta? Bagaimanakah Cara Daftar JPJ?
BACA >>> Miller: “Inilah Jentera Ducati Terbaik Pernah Dibina”

SUMBER: CarFromJapan | TheDrive

apa nak buat Cat Kereta kelebihan cat kelebihan wrap kosmetik kereta proses cat kereta wrap car wrap kereta wrap vs cat
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Orang ramai di Kuala Lumpur
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

    21/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

    21/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

    21/05/2026
    Trivia Arsenal dan automotif
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 10 Trivia Pasal Arsenal dan Automotif yang Ramai Tidak Tahu

    20/05/2026

    4 Comments

    1. Proton on 21/07/2021 15:01

      Keduanya ada kelebihan tersendiri.

      Reply
    2. Grace on 01/09/2023 19:54

      If you want a temporary change, cost-effectiveness, or a unique design, a car wrap may be the better choice. If you want unique & different texture-wrapped cars just to protect your car from scratches you can visit Satjapan, I recently purchased one ROVER Defender

      Reply
    3. joe on 06/02/2024 09:37

      hang cakap apa ni haa Grace

      Reply
    4. Carimportuk on 23/04/2024 23:54

      Very useful, thanks!

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.