Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Kunci Kereta Tidak Boleh Pulas, Bagaimanakah Mengatasinya?
Autotainment

#ApaNakBuat: Kunci Kereta Tidak Boleh Pulas, Bagaimanakah Mengatasinya?

Han OthmanBy Han Othman28/07/201919 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Apabila anda masuk dalam kereta dan cuba memulas kunci untuk menghidupkan enjin, tiba-tiba kunci tersekat. Situasi begini sudah tentu tidak berlaku jika anda memiliki kenderaan dengan ciri punat tekan-mula (push-start) atau kunci elektronik.

Tetapi, ramai kalangan kita masih menggunakan kunci kereta gaya lama yang perlu dipulas sebelum menghidupkan enjin. Sudah tentu anda tidak mahu terlalu memaksa kerana bimbang kunci patah atau merosakkan kereta.

Apakah yang anda boleh lakukan untuk membuatkan kunci tersebut boleh dipulas semula supaya enjin dapat dihidupkan?

BACA >>> #ApaNakBuat: 4 Tip Jaga Slot Kunci Motosikal, Pun Kena Servis Juga

HIDUPKAN KERETA APABILA ENJIN TERSEKAT

Kereta anda sebenarnya ada fungsi pengunci stereng (steering lock) sebaik saja anda mencabut keluar kunci daripada suis kunci atau ignition. Fungsi ini direka untuk mengelak pencuri membelokkan roda kereta. Sebenarnya, tiada ciri atau fungsi yang mampu menghalang tindakan seorang pencuri nekad. Tetapi, sekurang-kurangnya ciri seperti ini mampu menyusahkan dan melengahkan kerja-kerja jahat mereka.

Pengunci stereng siap terbina itu hanya akan berfungsi jika kereta dimatikan dalam posisi yang betul. Ini menghalang kunci kereta daripada membebaskan pengunci roda stereng, sekali gus pencucuhan tidak berlaku.

Bagaimana mahu membebaskan semula stereng yang terkunci? Dalam kes ini, cara mengatasinya ialah:

Apa yang perlu anda lakukan adalah memutarkan roda (sedikit saja) mengikut arah kunci dipulas untuk menghidupkan enjin, iaitu kanan. Dalam erti kata lain, cuma goyangkan sedikit stereng sambil memulas kunci dengan lembut. Sepatutnya anda sudah dapat menggerakkan kunci hingga tahap ignition. Jika ya, masalah anda selesai.

Tonton video di bawah untuk pemahaman lebih jelas. Lihat minit 1:35:

Diulangi, penyelesaian ini boleh digunakan untuk kenderaan dengan kunci kereta fizikal atau tradisional sahaja, iaitu kunci logam perlu dimasukkan dulu ke dalam suis pencucuh dan dipulas untuk menghidupkan kereta.

Jika anda menggunakan kunci elektronik, seperti punat tekan-mula (push-start), cara ini tidak akan menyelesaikan masalah. Ini termasuk sekiranya ignition kenderaan anda ialah jenis punat tekan-mula. Mahu tidak mahu, anda perlu bawa kereta ke bengkel ia melibatkan masalah elektronik.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Punat ‘Shift Lock’? Bilakah dan Bagaimanakah Menggunakannya?

CARA LAIN MEMULAS KUNCI?

Jika kereta autmatik, pastikan tombol gear automatik dalam posisi parkir (P).

PERIKSA GEAR!

Alasan lain kenapa ignition tidak dapat dihidupkan apabila kunci sudah dimasukkan dan dipulas pada posisi betul adalah kerana kereta anda dimatikan dalam gear.

Sesetengah kenderaan automatik tidak membenarkan kunci dicabut keluar melainkan kereta diparkir dalam posisi neutral (N) atau parkir (P). Tetapi, ada kereta yang tiada ciri keselamatan itu dan anda boleh mencabut keluar kunci walaupun kereta dimatikan dalam gear, misalnya Perodua Viva.  Jadi, sila pastikan kereta anda berada dalam mod P sebelum mematikan enjin.

Jika bukan kerana situasi seperti di atas, sila PERIKSA BATERI KERETA. Jika sudah mati atau kong, kunci yang digunakan sudah tentu tidak dapat menghidupkan kereta. Penyelesaiannya, dapatkan bateri baharu.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Perlu Tukar Bateri Kereta dan Perlukah Dicas Semula?

MASALAH LAIN KUNCI KERETA

Jika kunci kereta terlalu haus atau bengkok, atau tidak menggunakan kunci yang betul, sudah semestinya kunci itu tidak dapat dipulas untuk menghidupkan ignition. Jadi, pastikan dulu anda menggunakan kunci kereta yang betul. Bukan kunci motosikal atau rumah!

SUMBER: Thoughtco.com

apa nak buat autotainment kunci kereta kunci kereta tak boleh pusing kunci kereta tidak boleh pulas pengunci stereng
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026

19 Comments

  1. imran on 11/01/2018 15:04

    assalamualaikum..
    kereta sya saga flxmengalami msalah kunci kereta tak boleh nak cabut.. tetapi kereta boleh start mcm biasa.. tapi kunci still melekat tak boleh nak cabut wlaupun dh sembur anti karat..
    harap tuan dpt membantu..

    Reply
    • Sha on 30/03/2018 08:06

      Exora saya pun sama..bolh start, x boleh nk cabut..smlm saya pksa cabut.. boleh, pagi bila nk cucuk kunci susah sikit..n bila da smpi rumh, nk cabut xboleh.

      Reply
  2. Ijaa on 30/06/2018 12:44

    Thanks for the resolve! Sgt membantu

    Reply
  3. Mohd Radzi Bin Jaafar on 28/09/2018 08:55

    Kereta Axia, bagaimana sekiranya kita double park, kunci tak boleh cabut. Kita terpaksa tinggal kan kereta dalam keadaan N supaya orang boleh tolak untuk mengalihkan kereta kita.

    Reply
    • ABG GYL on 28/09/2018 12:01

      Letak P dulu, selepas itu cabut kunci. Untuk turun kepada N, sebelah tuil gear ada button. Tekang button itu dan tolak gear ke P

      Reply
  4. Rizalhjosman on 18/10/2018 03:05

    Assalamualaikum saya ada masalah dgn starter kereta gen2 saya.masalahnya starter hidup dgn tiba2 walaupun x pasang lg kunci Kereta.

    Reply
  5. Toksiak rizal on 18/10/2018 03:09

    Assalamualaikum saya nk tnya kenapa starter gen2 saya tiba2 hidup walaupun x pasang lg kunci

    Reply
  6. Azlyn Daniera on 28/12/2018 20:52

    Saga flx saya kunci tak boleh start enginee rumah kunci loose tak

    Reply
  7. Saharuddin on 09/04/2019 21:06

    Vw polo sedan saya slps buka stereng lock tp kunci x blh pusing utk start??
    Bantu saya

    Reply
  8. Dadungdrnr on 25/05/2019 21:31

    Bagaimana pula dgn masalah saya.. Kunci kereta saya patah? Harap di bantu

    Reply
  9. Mohammad aleyas on 09/09/2020 01:51

    Kereta Mercedes benz s320 kunci tak boleh pulas.bagai mana hendak atasinya

    Reply
  10. Nakal on 27/11/2020 22:55

    Kereta lambogini x boleh pulas kunci, macam mana nak mengatasi

    Reply
  11. Rizal on 07/03/2021 13:07

    Lock stering wira sya boleh buka tp nk pulas utk on n start tk boleh,nk buat mcm mne ya?

    Reply
  12. Arie Lasso on 04/04/2021 09:38

    Proton persona saya masuk kunci boleh tapi tak boleh start ,macam kena lock ..tapi bukan steering lock..enjin tak boleh start..

    Reply
  13. Jong on 13/04/2021 04:15

    Nak tanya buss lever gear auto myvi lgibest baru saya tukar tapi masalah dcni bila on engin ok tetapi bila off engin kunci tidak boleh cabut walaupun sy da letak ke mod P. So sy terpaksa cabut kepala betri baru boleh cabut kunci

    Reply
  14. Nizam on 30/09/2021 09:33

    Steering tak bole lock?enjin dah off tapi steering tak dapat lock.kereta Isuzu D-max

    Reply
  15. Suwardi on 06/04/2022 10:05

    Kereta persona kunci tak boleh pulas.

    Reply
  16. Broeess on 24/03/2023 11:01

    Assalamualaikum Abang Gan, saya nak bagi tahu masalah saya tapi ini berkenaan slot kunci kereta saya, saya tak tahu sama ada yang lain pernah hadapi masalah seperti saya, masalah dia adalah, kunci kereta boleh cuck di slot kunci dan berada di bahagian lock, tetapi bila saya pulas ke Ac dan kunci jadi mcm senang pusing tetapi seakan “loose” longgar sangat, sebabnya dari ‘lock” ke “AC” jadi pulas terus ke “ON” dan “start” dalam keadaan sangat loose ibarat kunci tu tak ada stop disetiap gerigi bahagian slot kunci tu, dan apa yang berlaku ialah, kereta memang tak dapat start, dan bila saya pulas kunci semula ke bahagian lock, kereta tak jadi fully lock dan ibarat slot kunci berada dalam keadaan “AC’ dan ini menyebabkan radio kereta masih lagi on. saya agak terkejut sebab saya tak pernah hadapi masalah seperti ini dan bila saya search solution, kebanyakannya semua masalah kunci tersekat, batry kong, streng terlock, tapi masalah saya bukan seperti itu dan masalah saya seperti saya bagitahu, dan berkemungkinan kah di bahagan slot untuk masuk kunci kereta itu yang ada masalah ? boleh saya tahu apa solution dia, terima kasih

    Reply
    • Azhan O on 13/10/2024 12:52

      Macam dah loose sangat tu. Kena buat kunci baru. – admin

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

By Shazwan Hisam04/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.