• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Apakah Punat 'Shift Lock'? Bilakah dan Bagaimanakah Menggunakannya?

#TahukahAnda: Apakah Punat 'Shift Lock'? Bilakah dan Bagaimanakah Menggunakannya?

March 2, 2017 By AO 11 Comments

33.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAGI pemandu kereta transmisi automatik, anda tentu perasan punat kunci syif atau shift lock (selepas ini akan dirujuk sebagai shift lock) yang terletak di sebelah tombol gear. Jangan terkejut kerana memang ada sesetengah pemilik kereta automatik yang langsung tidak tahu fungsi butang tersebut walaupun sudah memandu bertahun-tahun. Sebenarnya apakah fungsinya? Bilakah perlu menggunakannya? Dan bagaimanakah pula mahu menggunakannya?

Begini...

APAKAH SHIFT LOCK?

Shift lock ialah ciri keselamatan baharu yang dibangunkan jurutera automobil selepas mengambil kira banyak insiden kecuaian pemandu. Ada dua insiden yang kerap berlaku pada pemilik kereta automatik tanpa fungsi shift lock:

  • Pemandu panik kerana kereta tiba-tiba tidak dapat dihidupkan, sedangkan keretanya itu dimatikan dalam gear sama ada D atau R. Enjin kereta automatik cuma dapat dihidupkan dalam posisi N atau P.
  • Pemandu menyangka kenderaan dimatikan dalam P, tetapi sebenarnya dalam N. Apabila dihidupkan, gear terus ditarik ke bawah (di bawah P ialah R) kerana mahu mengundur , tetapi kereta sebenarnya dalam D dan bergerak ke hadapan. Kemalangan pun berlaku.

BACA >>> Standard Baharu Kunci Kereta Telefon Pintar akan Tingkatkan Sekuriti Kenderaan

Jadi, shift lock direka untuk mengatasi dua insiden di atas yang membabitkan isu keselamatan. Jadi bagi kereta moden hari ini, ada tidak perlu lagi risau kerana kereta anda mesti dimatikan dalam P sebelum kunci boleh dicabut.

PUNAT SHIFT LOCK?

Punat shift lock (ada juga ditulis shift lock release) berfungsi melepaskan transmisi anda daripada P. Ini kerana dalam situasi tertentu anda perlu meletakkan gear dalam N, misalnya kereta anda perlu ditunda akibat kerosakan seperti bateri mati atau kong. Di sinilah fungsi punat shift lock diperlukan. Cara menggunakannya seperti berikut:

* Model kereta: Perodua Axia SE

Enjin dimatikan dalam P.
Cabut kunci kereta.
Tekan punat shift lock tanpa melepaskannya dan pada masa sama tarik tombol gear.
Letakkan pada posisi N. Lepaskan punat.
Jangan lupa rilis atau free-kan brek tangan
Cuba tolak kereta untuk memastikan ia berada dalam kedudukan N atau neutral.

INFO TAMBAHAN


Punat shift lock bagi sesetengah kereta memerlukan anda menggunakan pin atau pemutar skru mata rata untuk meriliskannya. Anda boleh balut atau lapik pemutar skru dengan kain untuk mengelak kesan calar pada konsol gear.

BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahu Gear Automatik Anda Rosak

33.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, fungsi punat shift lock, kunci anjakan, punat shift lock, shift lock, tahukah anda, tip automobil

Comments

  1. Siakapkeli says

    March 2, 2017 at 4:04 PM

    Wow harini baru tahu cmni rupenya pakai benda ni..haha..Mula2 dulu ingatkan shift lock tu guna untuk lock gear tu dari tertukar mase tgah drive. Contoh macam tgah drive pastu tetiba anak tertekan gear sampai jd R, so bleh lock pakai shift lock ni..haha..tq share 🙂

    Reply
  2. Jim Mim Ya Lam says

    March 3, 2017 at 10:14 AM

    Trm ksih, info yg bermanafaat buat semua pengguna kereta auto......

    Reply
  3. Hans says

    January 17, 2019 at 12:17 PM

    kereta sy bmw E90..auto. gear dlm P tetapi tak boleh digerakkan ke R atau N.
    ape patut sy lakukan

    Reply
    • Perosak minda says

      July 7, 2019 at 9:06 AM

      Beli kereta baru.

      Reply
    • DadTheFixer says

      September 1, 2019 at 10:49 PM

      Tekan brek dulu baru shif g R atau N

      Reply
  4. Nazawuj says

    September 19, 2019 at 7:01 PM

    Tq info..dh pening fikir camana cara nk parking kalau kena block kereta lain

    Reply
    • AO says

      September 20, 2019 at 6:26 PM

      Kena try tolak dulu kot kereta yang block tu memang dah free gear.

      Reply
  5. Ina says

    October 22, 2019 at 10:59 PM

    Kalau dah tekan butang lock kt gear skali tolak gear..tpi still bunyi masa nk klua drp keta..kenape ye?kereta kalau tolak mmang dh free gear..tapi nk klua drp pintu berbunyi mcn tk complik ttup la contohnya

    Reply
  6. Attariq says

    July 25, 2020 at 10:23 AM

    Lampu kereta dah buka tapi lampu pada konsol gear masih tak menyala apakah problem nya

    Reply
  7. din says

    January 3, 2022 at 12:34 AM

    bos mau tanya , kalau double park nissan sylphy , masuk gear N , lepas tu nk cabut kunci boleh ke… ada cara

    Reply
    • AO says

      January 5, 2022 at 7:53 PM

      Boleh cuba sendiri

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • 4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
    4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
  • Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
    Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
  • Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
    Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
  • Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
    Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my