• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: 4 Tip Jaga Slot Kunci Motosikal, Pun Kena Servis Juga

#ApaNakBuat: 4 Tip Jaga Slot Kunci Motosikal, Pun Kena Servis Juga

July 23, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

276
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIDAK ramai pemilik sedar ada beberapa komponen kecil motosikal mereka perlu diberikan perhatian dan bukan hanya enjin. Salah satunya, slot kunci motor.

Risiko yang mungkin dihadapi jika tidak diselenggara, slot kunci boleh jadi longgar, kunci mudah tercabut atau kunci. Bagi mengelak situasi sedemikian, rajinkan diri lakukan servis sendiri supaya bahagian slot kunci terjaga baik.

Tip penyelenggaraan pula mudah sahaja, cuma mengambil masa beberapa minit. Pilihannya, rajin atau malas saja.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Mudah Serikan Semula Warna Cat Motosikal yang Sudah Pudar, Kusam

1. PASTIKAN PENUTUP KUNCI DITUTUP SELEPAS KUNCI DICABUT

Kebanyakan model motosikal keluaran 2012 ke atas dilengkapi ciri pengatup kunci. Sesetengahnya didatangkan dengan pengatup automatik yang tertutup sendiri apabila kunci ditanggalkan.

Fungsi pengatup ini berfungsi mengelak air atau debu memasuki slot kunci selain tujuan keselamatan. Ingat, air dan debu yang masuk dalam slot kunci boleh menyebabkan masalah karat dan rosak.

2. GUNA CECAIR PELINCIR

Sesekali lincirkan slot kunci guna cecair atau penyembur khas supaya dapat berfungsi normal dan dalam kondisi baik.

BACA >>> 5 Tip Elak Motosikal Kena Curi yang Mesti Mat Motor Buat!

3. KUNCI TERSEKAT? JANGAN PAKSA!

Jangan sekali-kali paksa apabila kunci tersekat kerana berisiko membuatkan slot kunci rosak dan longgar. Jika tersekat, cuba sembur cecair pelincir atau titiskan sedikit minyak. Tunggulah beberapa minit sebelum pusingkan sekali lagi kunci pada posisi ON dan OFF. Ingat, jangan pakai minyak terpakai.

4. ELAK GUNA RANTAI KUNCI BERAT

Rantai kunci aka keychain memudahkan pemilik mencari kunci dalam beg, atau sekadar hiasan. Tetapi elakkan guna rantai kunci berat kerana boleh menyebabkan slot kunci jadi longgar.

BACA >>> Penyamun Berleluasa, Motor Simpan dalam Rumah Berpagar, Ada Jaga Pun Tak Selamat

SUMBER: Suzuki.co.id

Related

276
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apanakbuat, Auto Terkini, autotainment, cuci kunci motor, Kunci Motor, Slot Kunci Motosikal, tip motosikal, Tip Servis Slot Kunci Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev