Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Lakukan 10 Tip Ini Jika Kereta Tiba-Tiba ‘Breakdown’!
Autotainment

#ApaNakBuat: Lakukan 10 Tip Ini Jika Kereta Tiba-Tiba ‘Breakdown’!

Han OthmanBy Han Othman26/10/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEDANG seronok memandu dan menyanyi mengikut alunan lagu penyanyi kegemaran di radio, hidung terhidu bau hangit memasuki ruang kabin. Lebih panik, kelajuan kereta pula mula perlahan secara drastik dan akhirnya berhenti begitu saja. Kereta tiba-tiba ‘breakdown’!

Peluh mula menitik di dahi dan membasahi badan. Siang mula hampir berganti malam. Aduh, apa nak buat ni? Macam-macam perasaan ada. Stres, takut, risau, dan panik, semua bercampur dalam satu perasaan yang tidak keruan.

Sekarang, tarik nafas. Bawa bertenang, kami akan beritahu 10 tip yang perlu anda lakukan jika kereta tiba-tiba rosak ketika memandu:

1. JAGA PENYENGGARAAN KERETA

senggara-kereta
Ini bukan apa yang anda perlu buat ketika kereta sudah rosak. Ini cuma nasihat awal, iaitu tolong pastikan kereta anda disenggara berkala mengikut jadual dan tempoh servis ditetapkan. Walaupun sudah diservis, sebelum bergerak (terutama perjalanan jauh), sila pastikan penyejuk (coolant) dan bendalir pencuci (washer) mencukupi atau tambah apabila kurang. Mana tahu ada kebocoran.

Isian minyak enjin pula mesti berada pada paras maksimum, manakala kondisi tayar perlu selamat dengan mengepam angin pada tekanan ideal.

2. PAKAI JAKET KESELAMATAN

jaket-pemantul-cahaya
Seeloknya anda menyimpan jaket keselamatan dengan reflektor, termasuk baju hujan dalam kereta. Dua benda ini bukanlah berharga mahal, tetapi sangat berguna apabila berlaku kecemasan. Jaket reflektor dipakai supaya kelibat anda dapat dilihat pengguna jalan raya lain, terutama malam atau cuaca gelap. Baju hujan pula berguna apabila kereta rosak ketika hujan. Jadi, tidak perlu lagi basah kuyup dan menggigil kesejukan, terutama apabila kerosakan disebabkan tayar pancit yang memerlukan anda menukar tayar kereta sendiri.

BACA >>> 11 Aksesori Wajib Ada Dalam Kereta Anda, Berserta Infografik

3. CAS TELEFON BIMBIT

caj-telefon-bimbit
Telefon bimbit yang dicas penuh amat bermakna kerana anda boleh membuat panggilan kecemasan dengan memberitahu seseorang mengenai lokasi terkini anda. Sila bersiap sedia dengan pengecas kereta atau pengecas bateri mudah alih atau powerbank.

4. NYALAKAN LAMPU AMARAN BAHAYA

lampu-amaran-bahaya
Jika perasan kelajuan kereta anda mula perlahan secara tiba-tiba, segera aktifkan lampu amaran bahaya sebagai amaran kepada pengguna jalan raya lain. Biarkan menyala walaupun kereta sudah berhenti atau diparkir tepi jalan.

5. TOLAK KERETA JIKA MAMPU


Jika kereta terkandas di tengah jalan, cuba tolak ke tepi jalan. Itupun jika anda mampu melakukannya. Tolak menggunakan bahu kiri sambil tangan kiri mengawal stereng. Jika tidak mampu, cepat lambaikan tangan minta bantuan. Jangan risau, kebiasaannya, ada ramai penunggang motosikal baik hati yang akan cuba membantu anda.

6. BERHENTI DEKAT TELEFON KECEMASAN

telefon-kecemasan
Di lebuh raya, jika anda rasa kereta anda memberikan tanda-tanda awal akan mula rosak dan berhenti bila-bila masa, segera cari dan berhenti berhampiran telefon kecemasan (berwarna oren). Boleh saja guna telefon bimbit sendiri. Tetapi telefon kecemasan yang disediakan pihak lebuh raya boleh menghubungkan anda terus kepada operator yang tahu apa perlu anda buat, termasuk mengesan lokasi anda berdasarkan identiti telefon.

7. KELUAR IKUT PINTU KIRI

keluar-kereta
Jika anda pemandu, sila keluar dari kereta anda menerusi pintu penumpang depan, atau sebelah kiri. Ini kerana laluan kanan terdedah kepada risiko dilanggar dari belakang. Cuba berdiri jauh dari kereta bagi mengelak sebarang kemungkinan buruk

8. DUDUK DALAM KERETA

duduk-dalam-kereta
Jika rasa terancam, terutama jika kereta rosak di kawasan pedalaman, atau hutan, atau jalan raya yang kurang pengguna jalan raya, anda boleh duduk sahaja di dalam kereta dan kuncikan pintu. Jangan lupa dail 999 untuk minta bantuan.

9. PASANG PEMANTUL SEGITIGA

reflektor-segitiga

Buka but kereta dan cari segitiga amaran. Pasangkan pada jarak 20-30 meter dari jarak kereta anda, ataupun bersamaan jarak 5 buah kereta. Ini ialah langkah awal mencegah kereta anda dirempuh dari belakang.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Segi Tiga Amaran yang Perlu Anda Tahu (Berapa Jauh Perlu Letak?)

10. TELEFON TRAK TUNDA

tunda-kereta
Tahukah anda, ada dua pihak yang menawarkan khidmat tunda percuma jika kereta anda rosak? Pertama, pihak pengeluar, tetapi tundaan percuma itu terhad ke mana-mana pusat servis terdekat. Kedua, syarikat insurans. Cara ini lebih fleksibel kerana anda diberikan khidmat tunda percuma dalam jarak 60km atau lebih (berbeza mengikut polisi) dan boleh memilih sama ada menghantar ke pusat servis yang menjadi panel syarikat insurans atau bengkel pilihan sendiri.

Jadi, tidak perlu tergesa-gesa apabila dihurung abang-abang kereta tunda yang mendesak anda supaya segera menunda kereta. Bawa bertenang!

baju pemantul cahaya bantuan kecemasan lebuh raya jaket keselamatan kereta breakdown kereta rosak tepi jalan kereta terkandas tepi jalan telefon kecemasan tip automobil
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

14/04/2026
Auto Terkini

Nissan Skyline Bakal Kembali!

14/04/2026
Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026
Honda City Turbo II (kiri) dan Honda Super-N 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Kei-car EV, Honda Super-N 2026 Diperkenal, Harga RM106k Sahaja!

13/04/2026

1 Comment

  1. kucing pink on 09/02/2017 16:51

    kalau kereta rosak dekat2 rumah…bolehlah terus call insuran.insuran pun cover dlm area 25 km sahaja…

    pengalaman saya dah 4 kali kereta rosak,kereta sendiri dan naik kereta kawan2…yg terbaru,kereta xleh start di melaka….nak tow ke kl anggaran rm700 ,mungkin lebih.belum lagi kos nanti kene “ketuk” ngan workshop…beribu2 lemon duit melayang.kereta xleh tinggal kat melaka,apa2 pun kene bawak balik kl gak malam tu,atas sebab2 tertentu.waktu tu malam pukul 8 lebih…waktu bergerak pantas…kene cepat2 formulakan apa yg perlu dibuat,plan A plan B….

    saya mcm agak kereta tu bukan rosak teruk,cuma acah2 rosak,something wrong with the computer system, so saya usahakan carik pomen in call yg 24 hours…nak dekat sejam menggoogle dan call hampir 8 no…akhirnya dpt pomen.tunggu 45 min pomen sampai…check2 cakap alternator problem mcm x caj…dia kata kereta boleh gerak tapi mungkin x lama..atas keyakinan yg kereta tu sebenarnya x rosak(cuma hang je lah mcm konsep komputer hang),sbb mmg maintain servis semua check selalu,kami pun bergerak bawak kereta perlahan2,tak pasang aircond dan radio,sbb taknak melasak kereta…no plus,plusronda mmg kene standby,alhamdulliah 3 jam bawak kereta sampai kl…esok kereta boleh start mcm biasa…x rosak apa pun,takde tulis error itu ini pelbagai..

    ada sekali…kereta kawan x bleh start di parking midvalley,masatu malam balik midnite movie,hampir jam 3 pagi.kami carik teksi nak balik sampai kene kejar2 anjing…zaman tu takde grabar..hehehee.kami tinggalkan kereta di sana…esoknya kami dtg….kereta boleh start…takde problem…ni kereta myvi

    pokoknya mmg jgn panik,dan selesaikan secepat mungkin especially kalau waktu malam….kalau berseorangan stay safe,saya nak rekemen website ni http://www.masauto.com.my ….mereka ada agen workshop dan pomen diseluruh negeri,juga ada servis 24 jam untuk kereta rosak..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

By Abang Hirata10/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.