• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Tentang Segi Tiga Amaran dan Berapa Jauh Perlu Letak dari Kenderaan?

#TahukahAnda: Tentang Segi Tiga Amaran dan Berapa Jauh Perlu Letak dari Kenderaan?

July 10, 2017 By AO 3 Comments

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA terlihat segi tiga amaran (warning triangle) di atas, apakah maksudnya?

A. Ada kerosakan atau kemalangan di hadapan.
B. Ada kerja-kerja membaiki jalan di hadapan.
C. Ada acara khas di hadapan.
D. Ada laluan sehala di hadapan dan anda tidak dibenarkan lalu.

Jawapan yang betul ialah A. Segi tiga amaran cuma digunakan apabila sesebuah kenderaan itu rosak atau mengalami kemalangan, atau daripada pemandu lain yang membantu kenderaan yang sedang bermasalah.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tayar Pecah Ketika Memandu? 7 Tindakan Ini Mampu Selamatkan Nyawa

APAKAH SEGI TIGA AMARAN?

Segi tiga amaran ialah gajet segi tiga sama sisi berukuran kira-kira 600mm yang diperbuat daripada material reflektif merah. Ia biasanya diletakkan pemandu di sisi jalan sebagai tanda amaran kepada pengguna jalan raya lain bahawa kereta mereka atau pemandu lain sedang rosak atau mengalami kemalangan.

Foto di bawah ini ialah contoh segitiga amaran dengan reflektif merah yang turut disertakan segi tiga jingga di bahagian dalam untuk lebih kejelasan semasa hari siang.

BERAPA JAUH PATUT LETAK?

Segi tiga amaran sepatutnya diletakkan kira-kira 45 meter (147 kaki) dari belakang kenderaan yang rosak atau kemalangan. Anda boleh dirikan di sisi laluan yang sama dan mudah dilihat pengguna jalan raya.

Di Malaysia, kebanyakan kereta baharu sudah siap disertakan dengan segi tiga amaran sebagai kit kecemasan. Namun, membawa gajet itu dalam kereta bukanlah satu kemestian. Bagi kereta yang tiada gajet ini, anda mungkin perlu membelinya di mana-mana kedai aksesori kereta atau dapatkan di pusat servis pengeluar kenderaan anda.

Di beberapa negara Eropah seperti Austria, Sepanyol, Perancis, Belgium dan Itali, membawa dan memasang segi tiga amaran apabila diperlukan adalah diwajibkan, dan pemandu boleh dikompaun jika kenderaan mereka yang rosak atau kemalangan tidak memasang alat tersebut.

BACA >>> #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

Berikut adalah bagaimana segi tiga amaran di simpan di belakang but kereta.

segi-tiga-amaran-5
segi-tiga-amaran-2
segi-tiga-amaran-3
segi-tiga-amaran-4
segi-tiga-amaran-6
2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, berapa jauh letak segi tiga amaran, gajet keselamatan kereta, segi tiga amaran, tahukah anda, warning triangle

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my