Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#ApaNakBuat: Apa Perlu Buat Jika Membonceng Motosikal (Jangan Malu Peluk Pinggang)
Roda2

#ApaNakBuat: Apa Perlu Buat Jika Membonceng Motosikal (Jangan Malu Peluk Pinggang)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM banyak kes kemalangan melibatkan motosikal, pembonceng lebih berisiko tinggi untuk maut. Ini kerana pembonceng biasanya tidak tahu apa berlaku di depan dan tidak bersedia dengan sebarang kebarangkalian yang berlaku. Posisi pembonceng juga mampu mempengaruhi pengendalian motosikal.

BACA>>>8 Tip Penting untuk Pembonceng Motosikal

Kami akan berkongsi beberapa tip yang perlu dilakukan anda sebagai pembonceng supaya pengalaman bermotosikal anda dan penunggang jadi lebih selesa. Jika tidak mahu kena tinggal atau tidak diajak lagi ikut konvoi, sila patuhi tip di bawah ini:

1. PAKAI PAKAIAN SESUAI DAN SELAMAT


Jika tidak pasti, buat tinjauan sendiri tentang jenis pakaian yang sesuai dipakai. Sekurang-kurangnya, kalau terjatuh, sut menunggang itu mampu melindungi badan daripada tercedera. Keselamatan pembonceng sama penting seperti penunggang. Jangan sekadar menyarung kemeja-T dan berselipar.

2. MAKLUMKAN APABILA INGIN NAIK MOTOSIKAL


Komunikasi sangat penting. penunggang dan pembonceng perlu ada prosedur. Penunggang mesti beritahu sama ada dia sudah bersedia atau pembonceng sendiri maklumkan kalau dia sudah sedia naik dan duduk atas pelana. Ada banyak cara boleh dibuat, sama ada menepuk bahu atau secara lisan.  Sekurang-kurangnya penunggang dapat bersedia. Jangan main terjah atau lompat saja.

BACA >>> #ApaNakBuat: 2 Cara Mudah Periksa Absorber Belakang, Perlu Ganti Baharu atau Tidak?

3. TEGAKKAN KAKI

Kaki tidak seharusnya memijak permukaan jalan, dan mesti diletakkan atas peg kaki.

4. PELUK ERAT


Peluk pinggang penunggang . Ini secara tidak langsung membolehkan kita melayan  pergerakan tubuh penunggang. Posisi ini memberi keselesaan kepada penunggang kerana mereka tahu bagaimana untuk mengendalikan motosikal. Jika motosikal ada penyandar belakang, bolehlah duduk bersandar dengan selesa. Tanpa posisi duduk betul, pembonceng akan hilang keseimbangan dan mempengaruhi pengendalian jentera .

5. JANGAN SENTAP KALAU DISURUH UNTUK BERANJAK SEDIKIT

Situasi ini biasanya berlaku jika membonceng motosikal jenis sportbike kerana bahagian punggung akan berada sedikit ke belakang hingga pembonceng terpaksa duduk lebih belakang.

BACA >>> 5 Tip Bawa Pembonceng dengan Selamat dan Selesa

6. BERSEDIA APABILA MEMBREK

Apabila penunggang membrek keras, helmet anda dan pembonceng mungkin berlaga dan ini bukan masalah besar. Cuma sebagai pembonceng, anda perlu bersedia jika berlaku situasi seperti itu. Kebiasaannya penunggang lebih selesa jika pembonceng guna dada dan bersandar, tetapi pembonceng pula lebih selesa menahan tangan pada tangki minyak depan (untuk sportbike).

7. WASPADA DENGAN EKZOS

Bercakap tentang keleitihan, ingatlah anda sekarang duduk di atas jentera berenjin. Ada bahagian komponen panas di mana-mana, terutama ekzos! Jangan biarkan kasut menyentuh bahagian tersebut apabila duduk.

8. LIPAT PEG KAKI SELEPAS MENUNGGANG


Ini perkara penting yang kerap pembonceng lupa. Selepas selesai membonceng dan turun dari motosikal, teruslah melipat peg kaki supaya tidak  mengganggu penunggang apabila meneruskan perjalanan. Pandai buka, mestilah pandai tutup.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Membaca Tayar Motosikal Anda?

9. TIDAK SALAH PELUK SESAMA JANTINA


Sesetengah orang mungkin bermasalah ketika memboncengkan penumpang lelaki. Rasa kekok, janggal dan segan apabila dipeluk di pinggang. Faktanya, cara itu lebih selamat berbanding meletakkan tangan atas bahu. Sekali lagi diingatkan, anda sekarang sedang duduk atas jentera berenjin yang sedang bergerak.

Jadi, tidak perlu bimbang dikecam bukan-bukan kerana keselamatan lebih penting! Ingat peluk pinggang, bukan berpelukan sambil bercumbuan!

SUMBER: Revzilla

pembonceng penumpang motosikal TahukahAnda tip
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    30/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    24/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.