• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / 5 Tip Bawa Pembonceng dengan Selamat dan Selesa

5 Tip Bawa Pembonceng dengan Selamat dan Selesa

January 29, 2018 By ZY 2 Comments

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MELAINKAN motosikal anda memang jenis tiada pelana belakang, secara normal, mana-mana penunggang motosikal pasti tidak terlepas daripada membawa pembonceng sama ada adik beradik, ibu bapa, isteri, rakan ataupun makwe.

Namun ingat, ketika bermotosikal, bukan pembonceng saja perlu bertanggungjawab, penting juga si penunggang seperti anda menjamin keselamatan dan keselesaan orang di belakang. Jika kerap membawa pembonceng, ataupun anda jenis pembonceng tegar, semua tip di bawah ini elok dipraktiskan.

* Dalam situasi tip di bawah ini, anda adalah sebagai penunggang yang akan membawa pembonceng. 

1. PAKAI SUT, KELENGKAPAN SESUAI

Mungkin tudung sis ni sudah cukup keras. Husnuzon...

Selalu diperhatikan, hanya penunggang saja lengkap bertopi keledar, jaket dan kasut. Tetapi si pembonceng pula hanya bertopi keledar sekadar cukup syarat. Ingat, tidak kira penunggang atau penumpang, kedua-duanya terdedah kepada bahaya dan berisiko kemalangan.

Mengenakan kelengkapan menunggang seperti jaket dan seluar tebal seperti jeans turut membantu keselesaan pembonceng. Kenapa? Bergantung kepada rekabentuk motosikal, pembonceng mudah terdedah kepada kotoran jalan (untuk motosikal yang sudah di'sunat'kan ekor) atau asap ekzos (jika motosikal 2-lejang), termasuk bahang haba ekzos atau kenderaan lain ketika berhenti di lampu isyarat.

2. NAIK DAN TURUN MOTOR DENGAN BETUL

Pastikan pembonceng menunggu pada jarak bersesuaian, kalau tidak saja-saja melekat kaki di muka

Jika pembonceng tiada pengalaman bermotosikal, luangkan sedikit masa untuk terangkan cara naik dan turun motor anda itu. Sesetengah motosikal ada rekabentuk dan ketinggian berbeza, serta ada pula dilengkapi aksesori tambahan seperti kotak barang atas (top box) dan sisi (side pannier). Semua perkara itu boleh mengubah cara naik dan turun pelana.

Bagaimanapun, ada dua tip penting yang boleh digunakan tidak kira apa jenis motosikal:

  • Pembonceng boleh naik apabila anda sudah siap sedia duduk atas pelana, dan dia mesti turun dahulu sebelum anda.
  • Pembonceng harus beri ruang yang cukup untuk anda naik dan turun daripada motosikal.

Tip kedua itu penting jika pembonceng ialah kaum hawa sama ada emak, adik perempuan, nenek, teman wanita atau skandal. Kalau diabaikan, Silap haribulan, kaki kita boleh melibas muka mereka. Hah, tidak pasal-pasal boleh terputus sudah kasih dan sayang. Kalau muka kawan (yang tak reti hulur minyak motor), mungkin tak apa lagi 😉

3. PAUTAN PEMBONCENG

Pembonceng sportbike digalakkan menahan tangan pada tangki minyak.

Cara pegangan pembonceng mungkin sedikit rumit, bergantung status hubungan dia dengan anda, dan posisi menunggang motosikal. Sebolehnya, pembonceng disarankan memeluk penunggang sekitar pinggang. Tidak perlu terlalu erat seperti memeluk teddy bear hingga hilang fokus dek kegelian. Cukup saja meletakkan tangan di sisi perut penunggang.

BACA >>> Minyak Naik Lagi? Ikut 5 Tip Jimat Minyak Ini, Khas Buat Penunggang Motor Kuasa Tinggi

Jika perut terlalu besar untuk dipaut (maaf jika terasa), pembonceng boleh cuba berpaut kepada lingkaran tali pinggang seluar penunggang. Jika penunggang memakai beg galas atau beg pinggang, boleh juga dijadikan tempat berpaut.

Jika pembonceng tidak selesa melakukan sentuhan fizikal, biarkan mereka berpaut pada bar besi belakang atau meletakkan tangan di atas riba sendiri. Tetapi, anda mesti ambil berat tip nombor empat di bawah.

4. ELAK SEBARANG GERAKAN MENGEJUT

Awas, dilarang meniru aksi ini!

Bukan saja memberi impak kepada prestasi motor, berat badan pembonceng turut memberi kesan kepada imbangan dan agihan berat jentera.

Jadi, anda perlu mengubah cara menunggang supaya seiring agihan berat, yakni tidak memulas terotel mendadak, ataupun membrek dan membelok secara mengejut supaya pembonceng tidak menggelungsur. Ini bukan saja menimbulkan ketidakselesaan kepada anda dan pembonceng, tetapi dalam situasi cemas, cara membuta-tuli anda itu berisiko menyebabkan penumpang di belakang tercampak dari motosikal.

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Perkara Tentang Karakter Sportbike yang Perlu Anda Tahu

Harus diingatkan juga, situasi yang dirasakan pembonceng ketika membelok tidak sama seperti anda rasa sebagai penunggang. Mereka berada dalam keadaan yang lebih menakutkan. Kesannya, mereka mungkin secara spontan melakukan pergerakan tidak diingini yang boleh mengganggu kestabilan ketika membelok.

Misalnya, tindakan cuba menegakkan badan boleh menjejaskan titik graviti, suspensi dan cengkaman tayar belakang. Jadi sebagai penunggang, cuba kekang nafsu anda untuk meratah selekoh. Ingatlah, orang tersayang di belakang.

5. UBAH TETAPAN MOTOR

Ada kala lebih elok ubah kepada pengangkutan lain seperti trektar atau kereta kebal.

Bergantung kepada jenis motosikal dan fizikal pembonceng, kehadiran sesiapa saja yang duduk di belakang memang mampu memberikan impak ketara dari segi prestasi kuasa dan pengendalian. Sekiranya sering membawa pembonceng, anda disarankan mengubah tetapan asal motosikal untuk meningkatkan prestasi kuasa dan pengendalian.

Salah satu cara, meningkatkan tekanan angin tayar belakang. Bergantung kepada berat penumpang dan jenis motosikal, tekanan angin dinaikkan lebih kurang 1 hingga 5 psi. Ini kerana kekurangan tekanan daripada tambahan berat boleh menyebabkan tayar bergoyang, sekal gus menjejaskan kestabilan menunggang.

BACA >>> 8 Tip Penting Buat Pembonceng Motosikal

Jika motosikal dilengkapi suspensi belakang boleh laras, tingkatkan tetapan prabeban 1 atau 2 poin lebih tinggi, bergantung kepada tambahan berat pembonceng supaya tidak menjejaskan cengkaman roda depan ketika memecut.

Dari segi kuasa pula, terutama motosikal berkuasa rendah, modifikasi paling mudah adalah meningkatkan nisbah gegancu atau sprocket asal dengan menggunakan saiz lebih besar di belakang. Perlu jelas, peningkatan nisbah sprocket akan menyebabkan penurunan kelajuan maksimum, tetapi kuasa pikap (torque) meningkat. Ini sangat penting supaya motor anda tidak perlu merangkak ketika mendaki bukit dengan pembonceng yang sedang keliru di belakang.

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: angin tayar pembonceng, pembonceng motorsikal, tip membonceng, tips bawa pembonceng, tips bawa penunggang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev