Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»5 Tip Jimat Minyak Khas Buat Penunggang Motosikal Kuasa Tinggi
Auto Terkini

5 Tip Jimat Minyak Khas Buat Penunggang Motosikal Kuasa Tinggi

ZYBy ZY07/12/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

“NAIK LAGI?!”

Bukan pemandu kereta saja terkesan, penunggang motosikal juga ada yang turut terasa kesannya dengan kenaikan harga minyak. Lebih-lebih lagi kalangan pemilik jentera berkuasa tinggi (250cc ke atas) yang perlu menunggang jarak jauh ke pejabat. Namun, sebelum anda menghabiskan wang ringgit untuk dapatkan gajet dan bahan kimia penjimat minyak yang belum tentu berkesan, cuma dulu 5 tip di bawah, dan lihat sejauh mana penjimatan bahan api yang berjaya anda lakukan.

1. KURANGKAN KELAJUAN MAKSIMUM


Setiap motosikal sudah siap ditala dari kilang untuk memberikan kelajuan maksimum tertentu yang sepadan kuasa dan tujuan. Walaupun motosikal anda mampu memecut selesa di lebuh raya hingga 130kmj, dan boleh mencapai kelajuan 10-20kmj lebih tinggi, tetapi lebih lama terotel diperah, semakin rendah kadar efisien bahan api. Ini kerana anda memaksa enjin membakar lebih bahan api daripada tahap kecekapan yang diuji.

Mendisiplinkan diri dengan mengurangkan kelajuan maksimum bukan saja menjimatkan bahan api, tetapi anda juga dapat mengurangkan risiko saman.

2. KURANGKAN MEMECUT


Setiap kali memecut, anda memaksa bahan api mengalir masuk lebih banyak ke dalam enjin untuk mencapai kelajuan tinggi dalam masa singkat. Setiap jenis enjin motosikal ada karakteristik berbeza, contohnya enjin 2-silinder 250cc mempunyai tork dan daya pecutan lebih rendah berbanding enjin 1-silinder dengan sesaran sama. Memecut jentera 2-silinder untuk mengejar jentera 1-silinder hanya memaksa enjin motosikal anda bekerja lebih keras, sekali gus merugikan bahan api.

Tambahan pula keadaan lalu lintas dalam bandar yang melibatkan banyak situasi henti-gerak (stop n’ go). Jadi, tidak perlu tergopoh-gapah untuk selalu memecut di hadapan penunggang lain kerana anda mungkin perlu juga berhenti di simpang jalan atau lampu isyarat dan seterusnya bersama penunggang lain itu.

BACA >>> 10 Sportbike Paling Jimat Minyak di Malaysia [SIRI 1]

3. KURANGKAN GUNA BREK

Nak lagi jimat? Jangan guna tayar belakang.

Jangan salah faham pula. Kurangkan penggunaan brek di sini bermaksud, perlahankan kelajuan motosikal lebih awal dengan tidak mengekori kenderaan hadapan terlalu rapat.  Longgarkan pulasan terotel lebih awal, di mana kombinasi kedua-dua teknik itu membolehkan anda tidak menggunakan brek untuk perlahankan motosikal, seterusnya mengurangkan pecutan tidak perlu.

Tip ini turut terpakai ketika mengambil selekoh. Lepaskan terotel perlahan-perlahan sebelum memasuki selekoh dan gunakan brek enjin serta momentum kelajuan untuk keluar selekoh dengan lancar.

4. CEPAT GUNA GEAR TINGGI


Sesetengah penunggang jentera berkuasa tinggi gemar mengekalkan gear rendah bagi mengekalkan tork (pikap). Tetapi tahukah anda, menggunakan gear lebih rendah bermakna anda menambah kekerapan kitaran lejang dan meningkatkan rev enjin yang mana setiap putaran dan kitaran lejang pastinya membabitkan pembakaran bahan api.

Sebaliknya, menukar gear tinggi secepat mungkin membenarkan enjin berkerja pada kitaran lejang lebih perlahan dan mengurangkan kadar pembakaran. Cuma jangan pula berdegil mahu tetap menggunakan gear tinggi ketika memecut atau memotong kenderaan lain. Gunakan gear yang sesuai mengikut situasi.

5. RENDAHKAN EGO

Jangan perlekeh mat kapcai pakai fullface. Dekat rumah ada superbike, mana hangpa tahu!

Jika anda terbeban menunggang jentera berkuasa tinggi ke pejabat setiap hari, kurangkan ego dan bertukarlah kepada motosikal lebih praktikal seperti kapcai atau skuter. Itu tidak bermakna anda perlu beli motosikal baru pula. Mungkin boleh pinjam atau bertukar sementara dengan rakan atau saudara mara yang tidak menunggang kapcai atau skuter sebagai kenderaan seharian.

Abaikan juga hasutan yang memaksa anda berlumba jalanan. Nampak kapcai ‘tanpa penunggang’ mengekor rapat di belakang? Biarkan saja mereka memotong. Tidak perlulah nak buktikan siapa lebih laju kalau minyak naik beberapa sen pun bajet minyak sudah kena catu. 😛

BACA >>> 10 Sportbike Paling Jimat Minyak di Malaysia [SIRI 2]

autotainment harga minyak naik harga minyak naik lagi motosikal Mototainment roda2 tip jimat minyak tips jimat minyak
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Roda2

TPM Rasmi Route 77 Harley-Davidson KL Dengan Barisan Touring, Cruiser 2026

25/04/2026
Auto Terkini

Youtuber Bangladesh Maut, Pegawai Tentera Pandu Mabuk Di MEX

24/04/2026
Auto Terkini

Hyundai Staria Electric dan Limousine 2026 Lancar di Korea, Dalaman Dengan Kerusi Kapten!

23/04/2026
Roda2

Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

23/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

By Shazwan Hisam17/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Helmet YOHE lancar di Malaysia
Aksesori

YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

By Syafie21/04/2026
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Morbidelli F252 2026
Roda2

Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Jetour T2 RHD
Auto Terkini

Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

By Syafie17/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.