![]()
JENAMA motor Amerika Syarikat (AS), Harley-Davidson Malaysia akhirnya mendedahkan barisan penuh model 2026 untuk pasaran tempatan, merangkumi kategori Grand American Touring, Cruiser dan Custom Vehicle Operation (CVO).
Pelancaran ini berlangsung di Route 77 Harley-Davidson Kuala Lumpur, dengan fokus utama kepada model baharu seperti Street Glide Limited, Road Glide Limited serta barisan CVO premium yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Harga Bermula RM112,000
Untuk pasaran Malaysia, harga model 2026 bermula sekitar RM112,000, bergantung kepada model dan spesifikasi.
Peminat boleh melihat sendiri lineup ini bermula 26 April 2026 sempena National Dealer Open House di semua pengedar rasmi Harley-Davidson seluruh negara.
Touring Baru – Lebih Mewah, Lebih Berkuasa

Antara sorotan utama adalah Street Glide Limited dan Road Glide Limited.
Kedua-dua model ini direka untuk tunggangan jarak jauh dengan fokus kepada keselesaan maksimum untuk rider dan pembonceng.
Ia dikuasakan enjin Milwaukee-Eight VVT 117, dengan anggaran output sekitar:
- 107 HP
- 175 Nm tork
Gabungan ini memberikan karakter tork besar yang sesuai untuk cruising jarak jauh dengan beban penuh.
Teknologi, Keselesaan
Model touring ini turut dilengkapi pelbagai ciri premium seperti:
- Sistem infotainment Skyline OS dengan navigasi
- Skrin sentuh warna penuh
- Sistem audio premium Rockford Fosgate
- Grand Tour-Pak (storage besar untuk touring)
- Semua ini menjadikan pengalaman touring lebih moden dan selesa.
Cruiser 2026 – Gaya Berbeza, Jiwa Sama

Selain touring, Harley turut memperkenalkan barisan cruiser seperti:
- Low Rider S
- Low Rider ST
- Heritage Classic
- Breakout
- Fat Boy
- Street Bob
Setiap model hadir dengan karakter tersendiri, daripada gaya klasik hingga prestasi lebih agresif.
Walaupun berbeza gaya, semuanya menggunakan enjin Milwaukee-Eight 117, tetapi dengan talaan berbeza dari segi intake, ekzos dan ride mode.

CVO – Level Paling Atas Harley
Untuk mereka yang mahukan eksklusiviti maksimum, Harley turut membawa model Custom Vehicle Operation (CVO).
Antara model utama:
- CVO Street Glide ST
- CVO Road Glide ST
Model ini merupakan versi paling premium dengan produksi terhad, menampilkan kemasan khas, teknologi terkini dan prestasi lebih tinggi.

Boleh Tunggang Uji, Kustom
Harley-Davidson Malaysia turut membuka peluang kepada pelanggan untuk:
- Test ride model 2026
- Pilih aksesori dan customization
- Dapatkan info apparel dan produk rasmi
- Semua ini boleh dibuat di pengedar rasmi seluruh negara.
Tiga Kunci Penting
Lineup Harley-Davidson 2026 jelas fokus kepada tiga perkara utama: prestasi, keselesaan dan eksklusiviti. Dari cruiser klasik sampai touring mewah dan CVO ekstrem, semua segmen ada pilihan. Kalau pembaca peminat Harley, ini antara lineup paling lengkap dan ‘serius’ untuk pasaran Malaysia setakat ini.























































