Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Apa Kata Rossi Tentang Lorenzo yang Kini Jadi Jurulatih Yamaha
Auto Terkini

Apa Kata Rossi Tentang Lorenzo yang Kini Jadi Jurulatih Yamaha

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KADANGkala realiti melangkaui fantasi. Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo terkenal apabila mereka berdua digandingkan dalam satu garaj sama dan tahun ini dua nama besar itu dilihat bekerjasama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam ujian pramusim MotoGP 2020.

Lorenzo dilihat memantau aksi Rossi di trek dan kemudian berhenti untuk berbual serta memberikan nasihat, sesuai dengan peranan baharunya dalam Yamaha, sebagai jurulatih dan penunggang uji pasukan pengilang itu.

Situasi yang memang pelik, apatah lagi The Doctor dilihat langsung tidak mengeluh atau merungut dan seakan akur saja apa dikatakan mantan seteru dan rakan pasukannya itu.

Rossi berkata;

Jorge masih cergas, baik dan sangat santai. Nampaknya bila hang dan berhenti main race, karakter hang akan jadi semakin baik dan harapnya benda macam tu jadi kat aku juga.

“Serius, aku selesa bersembang dengan dia kerana apa yang dia komen selalunya menarik. Itu memang aku dah tau. Hari ini (ujian pramusim SIC), dia beri tunjuk ajar tambahan, kadang-kadang rasa kekok juga tengok dia pakai baju biasa dan aku masih sarung sut lumba, tapi dia memang sangat kool.”

BACA >>> Jarvis: Yamaha Mahu Kalahkan Marquez Musim Ini!

Rossi juga ditanya beberapa perkara tentang Lorenzo dan prestasinya dalam ujian pramusim di Sepang lalu.

APAKAH PANDANGAN ANDA TENTANG LORENZO?

Aku sudah sembang banyak dengan Lorenzo sejak beberapa hari ini dan ada banyak perkara menarik dia beritahu. Kehadiran Lorenzo di litar penting kerana dia boleh bantu Yamaha bangunkan motosikal.

BAGAIMANAKAH HARI KEDUA UJIAN PRAMUSIM DENGAN YZR-M1 2020?

Sangat kagum kerana semua pelumba laju, tetapi aku tidak terlalu jauh daripada kelompok terbaik. Hari kedua lebih baik daripada hari pertama sebab aku banyak berlumba dengan motor baru tanpa guna langsung motor lama.

Logiknya, kami perlukan lebih kilometer, tapi kami dah jumpa sesuatu yang bagus untuk tingkatkan cengkaman. Aku dapat kekalkan kelajuan dengan tayar haus, ini sangat baik.

ANDA DI KEDUDUKAN KE-10 DENGAN MASA 0.544 SAAT DI BELAKANG QUARTARARO, PUAS HATI?

Sebenarnya aku dah buat terbaik dengan tayar medium dan itu bukan ‘time attack’ sebenar. Aku tak selesa dengan tayar lembut. Tayar tu lembut sangat sebelah kanan dan apabila tak guna, tidaklah beri kelebihan sangat. Sudut positif, kami semakin baik apabila tayar sudah haus.

ANDA YAKIN DENGAN JENTERA BAHARU?

Yamaha M1 ada potensi lebih baik berbanding 2019, tetapi kami harus kekal bekerja kerana kami masih boleh memanfaatkan situasi tersebut, dan pesaing kami juga bertambah baik. Tapi kami sedang menuju hala tuju yang betul.

APA KEUTAMAAN ANDA SEKARANG?

Aku rasa kami perlu selesaikan isu top speed, tetapi kami juga ada beberapa masalah dengan cengkaman. Frem baharu sedang menuju kepada misi ini walaupun tayar baharu Michelin banyak membantu, tetapi semua pelumba guna tayar sama.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Lorenzo Bersara

SUMBER: GPone

2020 MotoGP Auto Terkini Jorge Lorenzo Maverick Viñales MotoGP MotoGP 2020 peranti peranti holeshot roda2 sukan permotoran Ujian Pramusim MotoGP 2020 Ujian Pramusim Sepang 2020 Valention Rossi Yamaha Yamaha Factory Racing MotoGP Team
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    PHEV

    Denza B8 Rasmi DIlancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    21/05/2026
    Auto Terkini

    Malaysia Terima ATR 72-600 ‘Business Class’ Pertama Di Dunia Milik Berjaya Air

    21/05/2026
    Puspakom lancar insurans dalam talian
    Auto Terkini

    Bukan Setakat Periksa Kereta, Puspakom Kini Jual Insurans Motor dalam Talian

    21/05/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build, Tunjuk Keupayaan Overlanding Dengan 3.8L V6

    21/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.