Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Alex Rins Sertai Yamaha, Jadi Rakan Pasukan Quartararo dalam MotoGP 2024
Auto Terkini

Alex Rins Sertai Yamaha, Jadi Rakan Pasukan Quartararo dalam MotoGP 2024

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ALEX Rins secara rasmi diumumkan sebagai pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP untuk musim MotoGP 2024, menggantikan pelana Franco Morbidelli sebagai rakan sepasukan Fabio Quartararo.

Rins yang membantu Suzuki mencatat juara kali kelima menyertai pasukan LCR Honda musim ini selepas pengeluar yang berpangkalan di  Hamamatsu itu menarik diri dari Kejuaraaan MotoGP.

Pencapaian terbaik Rins bersama LCR Honda adalah membantu pasukan itu muncul juara GP Amerika 2023.

Bagaimanapun, karier pelumba berumur 27 tahun itu merudum selepas patah kaki di Mugello selain lambat menerima komponen baharu untuk kegunaan pasukan satelit seperti LCR Honda.

Rins sebenarnya terikat perjanjian dua musim bersama HRC, tetapi memilih memanfaat klausa yang membenarkan beliau meninggalkan LCR Honda jika ada tawaran daripada pasukan pengilang (factory) lain.

Sama seperti Suzuki GSX-RR, jentera Yamaha YZR-M1 juga menggunakan konfigurasi 4-silinder sebaris berbanding V4 seperti Honda, Ducati, KTM dan Aprilia.

Pengarah Urusan Yamaha Racing, Lin Jarvis berkata;

Kami gembira dengan penyertaan Alex dalam barisan pelumba Yamaha dan kami mengalukan kedatangannya ke grup Yamaha MotoGP.

“Kami juga mengharapkan Alex menjadi aset hebat. Beliau berpengalaman luas sebagai pelumba MotoGP dan memiliki bakal semula jadi serta pernah muncul pemenang kelas MotoGP.

“Rins sudah ada pengalaman bersama dua pasukan GP (Suzuki dan Honda) dan menunggang jentera dengan karakter hampir sama seperti YZR-M1 yang memudahkan dia sesuaikan diri dengan jentera Yamaha.”

Kontrak Rins dengan Yamaha cuma setahun sebelum bebas menyertai pasukan lain pada akhir musim 2023. Sementara itu, Morbidelli pula dikatakan bakal menyertai pasukan satelit Ducati musim depan.

SUMBER: Crash

2023 MotoGP 2024 MotoGP Alex Rins Auto Terkini Fabio Quartararo franco morbidelli Lin Jarvis Monster Yamaha Racing Factory MotoGP MotoGP 2024
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    02/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Terokai’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    02/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP: ‘Kerusi Muzikal’ Musim 2027 Sudah Bermula, Siapa Sudah Duduk, Siapa Masih Berdiri?

    02/07/2026
    MotoGP Malaysia di SIC
    MotoGP

    #MotoGP: Malaysia Kekal dalam Kalendar MotoGP Hingga 2031

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.