Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Akur Bayar Denda kepada Dorna, Suzuki Sah Keluar MotoGP, EWC!
Auto Terkini

Akur Bayar Denda kepada Dorna, Suzuki Sah Keluar MotoGP, EWC!

WahidBy Wahid13/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUZUKI mengesahkan menarik diri daripada Kejuaraan Dunia MotoGP pada penghujung musim 2022, termasuk juga Kejuaraan Enduran Dunia (EWC).

Polemik tercetus sejak Mei tahun ini apabila pelumba pasukan itu dimaklumkan tentang keputusan tersebut ketika berlangsung pusingan perlumbaan GP di Sepanyol. Berita itu nyata mengejutkan kerana Suzuki baru saja menjadi juara dunia dua tahun lalu selepas dua dekad sepi dalam perlumbaan dunia. Pengeluar itu juga menjadi juara EWC untuk dua tahun berturut-turut pada 2020 dan 2021.

BACA >>> Kontrak Sah Hingga 2023, Dorna Mahu Jumpa, Tak Gembira Hasrat Suzuki Keluar MotoGP
BACA >>> Sah! Suzuki Bincang dengan Dorna Hasrat Tinggalkan MotoGP Akhir Musim Ini

Awalnya, pengendali MotoGP, Dorna tidak bersetuju dengan mengeluarkan kenyataan sesebuah pasukan dalam MotoGP sudah sedia memeterai perjanjian supaya kekal dalam kejuaraan itu hingga tamat kontrak pada 2026. Dorna nampak seperti mengugut mahu mengenakan penalti ke atas Suzuki jika berkeras mahu menarik diri.

Suzuki kemudian menukar kenyataan kepada ‘mahu berhenti’.

Namun keputusan terbaharu mengesahkan Suzuki akan meninggalkan MotoGP dengan membayar pampasan kepada Dorna. Mungkin pasukan itu berpendapat pampasan itu lebih murah berbanding kos menyertai MotoGP dan EWC.

Dalam kenyataan dikeluarkan Wakil Pengarah dan Presiden, Toshihiro Suzuki berkata;

Suzuki sudah memutuskan menarik diri daripada MotoGP dan EWC kerana keperluan memperuntukkan sumber kepada inisiatif lain demi kesinambungan. Perlumbaan motosikal selalunya menjadi cabaran untuk inovasi teknikal, termasuk kesinambungan dan perkembangan sumber manusia.

“Keputusan ini bermaksud kami akan menyahut cabaran untuk membina operasi bisnes motosikal baharu dengan menyalurkan kemampuan teknologi dan sumber manusia melalui pengalaman diperoleh dalam perlumbaan motosikal supaya dapat  mencari jalan terbaik untuk masyarakat yang lebih mampan.”

“Saya ingin menzahirkan perasaan terima kasih kepada semua peminat, pelumba, dan pemegang saham yang menyokong kami sepenuh hati sejak kami kembali berlumba dalam MotoGP.

“Saya akan tetap menyokong usaha Joan Mir, Alex Rins, pasukan Suzuki Ecstar dan Yoshimura SERT Motul dalam baki musim ini.”

BACA >>> Joan Mir Juara MotoGP 2020! Julang Suzuki Selepas 20 Tahun!
BACA >>> Tempahan Banyak Sangat, Suzuki Henti Tawaran 18 Warna Khas untuk Hayabusa

Auto Terkini Kejuaraan Dunia MotoGP MotoGP MotoGP 2022 Suzuki Ecstar Toshihiro Suzuki
Wahid

Artikel Berkaitan

JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.