Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Albert Biermann – Orang Kuat i30 N dan Stinger Kini Dilantik Ketua R&D Hyundai-Kia!
Auto Terkini

Albert Biermann – Orang Kuat i30 N dan Stinger Kini Dilantik Ketua R&D Hyundai-Kia!

Abang HirataBy Abang Hirata15/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WALAUPUN Hyundai dan Kia sudah lama menambat hati pengguna umum di seluruh pelusuk dunia, tetapi masih sukar  memuaskan hati peminat kereta prestasi.

Hyundai misalnya sudah lama terlibat dalam sukan permotoran menerusi Kejohanan Rali Dunia (WRC) dengan mempertaruhkan Accent dan terbaharu, i30. Malah, pengeluar dari Korea itu juga berkali-kali mencuba menembusi pasaran niche melalui model coupe dan kemudian, Veloster. Kia pula menawarkan Forte Koup dan Cee’d GT yang sedikit sebanyak menambat hati kelompok itu.

BACA >>> Anugerah Majalah Top Gear: Hyundai Diiktiraf Pengeluar Automotif Terbaik 2018

Suasana tiba-tiba jadi hening apabila Hyundai dan Kia masing-masing melancarkan model disegani ramai. Model dimaksudkan itu ialah Hyundai i30 N dan Kia Stinger. Antara faktor kenapa model tersebut dipandang tinggi ialah kehadiran tokoh di sebalik pembangunan model hebat itu.

NAIK PANGKAT

Albert Biermann ialah Naib Presiden Kejuruteraan BMW M sebelum menyertai Hyundai Motor Group pada 2015 untuk projek N dan Stinger. Beliau juga terlibat dalam program jenama mewah Genesis. Kedua-dua model, Hyundai i30 N dan Kia Stinger ada ditayangkan kepada pengunjung Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumput (KLIMS) 2018, baru-baru ini.

Program model prestasi Hyundai kemudian diteruskan lagi melalui beberapa model susulan seperti Veloster N dan i30 Fastback N.

BACA >>> Veloster N Lebih Bagus, VW Golf GTI Tidak Cukup Trek – Bos Hyundai N

Nampaknya projek prestasi Hyundai-Kia dan Genesis memberi tuah kepada Biermann, yang kini Presiden Ujian Kenderaan dan Pembangunan Prestasi Tinggi Hyundai-Kia, selepas diberikan jawatan Ketua Divisyen Kajian dan Penyelidikan (R&D) Hyundai Motor Group. Biermann juga warga bukan Korea pertama yang memegang jawatan tersebut.

Lantikan tersebut bermakna Hyundai-Kia mahu Biermann melakukan sesuatu untuk kereta mereka supaya ada ‘jiwa’ dan bukan sekadar kereta biasa. Perkembangan itu juga nampaknya sejajar dengan perubahan model pesaing seperti Toyota yang kini tampil agresif.

ROMBAKAN PENGURUSAN

Selain Biermann, Hyundai Motor Group turut membuat beberapa rombakan pengurusan di pelbagai peringkat kumpulan. Naib Presiden Eksekutif, Sung Hwan Cho dilantik Naib Presiden Divisyen R&D untuk membantu Biermann. Ketua Inovasi Kumpulan dan Ketua Divisyen Strategi dan Teknologi, Youngcho Chi pula dinaikkan pangkat menjadi Presiden dalam meneruskan strategi masa depan kumpulan untuk menjadi penyelia Penyelesaian Mobiliti Pintar.

Menurut laporan Reuters, kesan daripada rombakan dan lantikan baharu itu, saham Hyundai Motor Co meningkat 9 peratus dan tertinggi sejak 10 Oktober 2018. Ini perkembangan menarik dan kami pasti ramai ternanti-nanti  produk Hyundai-Kia daripada era kepimpinan baharu Biermann.

BACA >>> Hyundai-Kia Lantik Pereka BMW M

Kia Stinger 2018 Malaysia
Albert Biermann Auto Terkini hyundai Hyundai i30 N Hyundai Motor Group Kejohanan Rali Dunia (WRC) Kia Kia Motors Kia Stinger WRC
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.