• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyundai-Kia Lantik Pereka BMW M

Hyundai-Kia Lantik Pereka BMW M

September 18, 2017 By Han Othman Leave a Comment

501
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMUA sedia maklum bahawa Hyundai-Kia memang menggunakan kepakaran pereka dari Eropah dalam menghasilkan rekabentuk produk automobil. Kini, kumpulan konglomerat dari Korea Selatan itu menambah seorang lagi pereka ternama Eropah, Pierre Leclercq.

Dilahirkan di Belgium dan mendapat pendidikan di California, Amerika Syarikat, Leclercq memulakan karier dengan firma Zagato dan Ghia Ford di Itali sebelum menyandang jawatan pertama di BMW sebagai pereka luaran di Los Angeles, sebelum ke Munich, Jerman sebagai ketua pereka untuk divisi 'M Performance'.

BERGABUNG DENGAN PETER SCHREYER

PIERRE LECLERCQ
PETER SCHREYER
LUC DONCKERWOLKE
ALEXANDER SELIPANOV
ALBERT BIERMANN

Leclercq kemudian meninggalkan pengeluar dari Jerman itu pada 2013 selepas menerima tawaran ketua pereka untuk Great Wall Motors. Kini, selepas empat tahun berbakti, beliau memutuskan meninggalkan pengeluar dari China itu untuk menyertai Kia sebagai ketua penggayaan. Di sana, beliau bekerja di bawah ketua pereka Hyundai-Kia, Peter Schreyer (bekas pereka Volkswagen Group).

Hyundai-Kia juga merekrut Luc Donckerwolke untuk mengetuai jabatan rekabentuk Genesis, dan bekas pereka Bugatti, Alexander Selipanov untuk bekerja dengannya. Malah, Hyundai-Kia baru-baru ini melantik bekas ketua jurutera BMW M, Albert Biermann untuk menyelia sub jenama, 'N Performance'.

Schreyer berkata, pemahaman unik Leclercq dalam rekabentuk kenderaan global, berserta pengalaman dan kepakaran akan membantu menguatkan identiti rekabentuk Kia dalam tahun-tahun mendatang.

Rekabentuk memainkan peranan penting dalam transformasi jenama Kia, dan Leclercq akan membantu memastikan pendekatan rekabentuk kami kekal konsisten merentasi model baharu yang dilancarkan dalam segmen baharu."

- PETER SCHREYER, Ketua Pereka Hyundai-Kia

Dalam tugasan baharu yang bermula bulan ini, Leclercq akan menguruskan strategi rekabentuk Kia dan menyelaras studio rekabentuk di Korea, China, Eropah dan AS.

pierre-leclercq-1
pierre-leclercq-2
pierre-leclercq-3
pierre-leclercq-4
pierre-leclercq-5

SUMBER: Car Scoops

 

Related

501
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, hyundai, Hyundai-Kia, Kia, perekan Hyundai-Kia, Pierre Leclercq, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev