• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Anugerah Majalah Top Gear: Hyundai Diiktiraf Pengeluar Automotif Terbaik 2018

Anugerah Majalah Top Gear: Hyundai Diiktiraf Pengeluar Automotif Terbaik 2018

November 27, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

724
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIAPA yang tidak kenal majalah automotif Top Gear? Selain hadir dengan konten menarik, anugerah tahunan majalah tersebut juga ditunggu-tunggu ramai peminat dan pemerhati dunia permotoran.

Antara keistimewaan anugerah tahunan TopGear ialah tidak pilih bulu, model jenama apa pun boleh terpilih sebagai contoh Fiat Multipla yang menang pada 2000. Kini Anugerah tahunan popular itu kembali lagi dan sekali lagi hadir dengan keputusan menarik.

BACA >>> Hyundai Group Lantik Pereka Lambo, Bentley Sebagai Ketua Pereka Baharu

Hyundai Motor terpilih sebagai Pengeluar Tahunan Terbaik Majalah BBC TopGear 2018. Apakah faktor pengeluar automotif dari Korea Selatan ini terpilih?

HYUNDAI - PENGELUAR TERBAIK 2018

pandu uji hyundai ioniq

Menurut BBC Top Gear, Hyundai menjadi pilihan disebabkan perkembangan pantas ditunjukkan pengeluar itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini selain kepelbagaian produk ditawarkan daripada i30N, IONIQ hingga KONA Electric.

Keunikan Hyundai juga dapat dilihat di Malaysia apabila kita sudah tidak sukar untuk melihat Ioniq dipandu atas jalan. Tidak dinafikan Kia lebih popular di pasaran tempatan, tetapi di peringkat global seperti Eropah, Hyundai begitu aktif menerokai industri automotif sama ada dalam teknologi hijau atau ke sukan permotoran seperti Kejuaraan Rali Dunia (WRC).

Pengiktirafan Top Gear itu mempunyai makna besar dan menjadi perakuan betapa Hyundai sudah setaraf dengan jenama global lain. Hyundai kini mempunyai portfolio produk begitu luas, daripada kereta urban, penumpang, hot hatch, SUV besar dan kecil serta kepelbagaian teknologi melibatkan enjin biasa, hibrid, elektrik dan kuasa hidrogen.

Hyundai kini bukan saja pengeluar automotif tetapi sudah menjadi rumah teknologi, termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hyundai Motor UK, Tony Whitehorn berkata;

"Untuk menerima pengiktirafan majalah BBC TopGear ialah perakuan kepada perjalanan jauh kami dalam dekad lalu. Pada 2008, kami hanya jual 28,000 unit kenderaan di UK dan ia semata-mata sebab harga.

"Kemudian tahun ini kami tersenarai dalam 10 pengeluar teratas UK dan bakal mencapai jualan lebih 90,000 unit sebelum hujung tahun. Faktor utama pilihan pelanggan ialah rekabentuk kenderaan. Jenama kami terus berevolusi dan kami begitu bangga kerana dapat menawarkan kepada pelanggan pelbagai pilihan model berbanding sebelum ini."

Tahniah diucapkan kepada Hyundai dan semoga terus memberikan alternatif terbaik kepada pelanggan. Khabarnya,  Hyundai i30 N bakal ditawarkan untuk pasaran Malaysia dan kami memang tidak sabar untuk menanti waktu tersebut!

BACA >>> Hyundai i30 Fastback N - Satu Lagi Magis Hyundai

Related

724
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Anugerah, BBC TopGear, hyundai, Hyundai Motor, Majalah Top Gear, Pengeluar Terbaik Tahunan Top Gear 2018, Tony Whitehorn, Top Gear, Top Gear Award

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my