Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Akademi SuperKIP Racing Bakal Berentap di Kejuaraan Cub Prix Musim 2018
Auto Terkini

Akademi SuperKIP Racing Bakal Berentap di Kejuaraan Cub Prix Musim 2018

Abang GYLBy Abang GYL20/12/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Akademi SuperKIP RacingWALAUPUN sibuk dengan jadual padat dalam saingan kejuaraan MotoGP, tetapi itu tidak menghalang pelumba Moto2 negara, Khairul Idham Pawi untuk mencurah ilmu dengan melatih pelumba-pelumba muda menerusi penubuhan Akademi SuperKIP Racing.

Selain memberi latihan, akademi yang berpusat di Kampung Gajah, Perak itu turut melangkah jauh dengan membuat keputusan untuk beraksi dalam pentas perlumbaan profesional negara, kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bermula 2018 dalam kategori CP115 dan Wira.

Antara barisan pelumba muda yang bakal membawa cabaran Akademi SuperKIP Racing terdiri daripada adiknya, Anuar Ibrahim Pawi, Md Afizat Supaat, Md Amer Rossi Amidi dan gandingan adik beradik, Md Hazim dan Md Haziq Rosmaza.

“Pemilihan pelumba sudah dilakukan sejak pertengahan musim kejuaraan Cub Prix 2017, di mana kami melihat dan menilai mereka yang berpotensi bersaing.

“Selepas menyenaraikan beberapa pelumba, kami menjemput mereka untuk menjalani sesi latihan bersama sebaik kejuaraan Cub Prix berakhir di Johor, November lalu.

“Kami juga melakukan pendekatan berbeza yang mana pelumba perlu menjalani latihan intensif, manakala tempat tinggal turut disediakan,” jelas pelumba berusia 19 tahun itu.

BACA >>> Kasma Daniel Juara Keseluruhan CP150 Cub Prix 2017 – Yamaha Y15ZR Terbukti Pantas!

kasma danielSASARAN AWAL

Mengulas mengenai sasaran terhadap kesemua pelumba, Khairul berkata, “ ini tahun pertama pasukan bersaing di Cub Prix manakala pelumba juga beraksi buat pertama kali di dalam kelas lebih tinggi.

” Kami tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi. Cukup jika dapat menempatkan diri di kelompok lima pelumba terbaik, dan satu pencapaian membanggakan jika mereka dapat menaiki podium.

“ Saingan sangat sukar. Tambahan pula terpaksa berdepan pasukan dan pelumba lebih berpengalaman termasuk bekas pasukan saya, Idemitsu Kozi Yam Honda Racing. Saingan pastinya hebat dan saya harap pelumba dapat menimba pengalaman berguna pada tahun ini,” ujarnya semangat.

Akademi SuperKIP RacingBAPA SEBAGAI PENGURUS PASUKAN

Sementara itu, bapa Khairul, Pawi Omar bertindak sebagai pengurus pasukan berkata, rancangan menubuhkan akademi ini timbul selepas kejayaan Khairul memenangi perlumbaan Moto3 di Argentina dan Jerman.

“Pada peringkat awal, Akademi SuperKIP Racing diwujudkan untuk memberi tunjuk ajar kepada remaja setempat yang berminat dengan perlumbaan sebelum membuat keputusan untuk pergi lebih jauh.

“Cara bagaimana kami membentuk Khairul selama ini akan digunakan pula kepada pelumba lain. Paling penting, sokongan keluarga pelumba itu sendiri.

“Kami gembira kerana keluarga pelumba yang ada dalam akademi ini memberi sokongan sepenuhnya, dan sanggup melepaskan anak mereka untuk tinggal bersama kami bagi menjalani latihan dan persediaan menghadapi perlumbaan Cub Prix nanti,” jelas Pawi lagi.

Akademi SuperKIP Racing Anuar Ibrahim Pawi CUB PRIX Cub Prix 2018 jadual cub prix 2018 Kejuaraan Cub Prix 2018 Khairul Idham Pawi Md Afizat Supaat Md Amer Rossi Amidi Md Hazim Md Haziq Rosmaza Pawi Omar SuperKIP
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97 Susut 30 Sen, RON95, Diesel Turun 20 Sen Seliter

    04/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Lancar UCar-e, Aplikasi Sewa Kereta Dalam Kampus untuk Pelajar, Kakitangan Universiti

    03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    30/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.