Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»AIR4 – Kereta Terbang yang Betul-Betul Macam Kereta, Sempena Model Klasik Renault 4
Auto Terkini

AIR4 – Kereta Terbang yang Betul-Betul Macam Kereta, Sempena Model Klasik Renault 4

Abang HirataBy Abang Hirata30/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KINI sudah banyak model konsep dan prototaip kereta terbang diperkenalkan. Bezanya, sesetengah kereta terbang tidak lagi menyerupai kereta, tetapi lebih kepada helikopter atau pesawat dengan kipas di tepi.

Dari segi istilah, kereta terbang ialah bahasa panggilan mudah dan popular kepada eVTOL (electric vertical take-off and landing). Dalam erti kata lain, ia tidak semestinya kenderaan berupa kereta, tetapi merujuk kepada kenderaan yang boleh berlepas dan mendarat secara vertikal dan menggunakan kuasa elektrik.

BACA >>> Hyundai Mahu Fokus Jualan Kenderaan Tenaga Bersih, Kereta Terbang

Jadi apa masalahnya jika dibuat dalam bentuk kereta dan boleh terbang? Dengan trenkuasa elektrik, sesebuah eVTOL perlu cekap menggunakan tenaga dan fungsi aerodinamik memainkan peranan penting. Namun, itu tidak bermakna eVTOL tidak boleh dibuat dalam bentuk kereta yang boleh terbang.

Inilah dilakukan Renault dan firma rekabentuk, TheArsenale dari Perancis apabila menghasilkan kereta terbang AIR4.

Apa yang istimewa tentang AIR4?

  • Dibuat mengikut kereta sebenar, Renault 4 sempena meraikan sambutan ulang tahun ke-60 model ikonik tersebut.
  • Dari segi sejarah, 4L dikeluarkan dari 1961 hingga 1992 dengan jualan lebih 8 juta unit di lebih 100 negara.
  • Renault 4 ialah model ringkas, cekap dan versatil dengan ciri kereta ikonik lain dalam sejarah automotif.

  • Rekabentuk AIR4 ialah tafsiran moden Renault 4 (foto atas). Keseluruhan badan kereta terbang dibuat daripada gentian karbon dengan garis dan bentuk berdasarkan model asal.

  • Menghasilkan AIR4 bukan setakat memasangkan kipas di tepi dan terus terbang, tetapi melibatkan banyak kiraan dan lukisan, termasuk kecerdasan buatan (AI) digunakan bagi menghasilkan sejumlah data untuk menjadikan ia realiti.
  • Menggunakan bilah kipas jenis empat-dua (dua bilah, empat sudut) dengan badan kereta di tengah frem (rota frame).

BACA >>> Kereta Terbang AirCar Buat Penerbangan 35 Minit, Setinggi 2,500 Meter

  • Dijana bateri litium polimer dengan output 90,000mAh. AIR4 boleh diterbangkan hingga kelajuan 26 meter per saat pada kedudukan melintang dengan sudut condong 45º hingga maksimum 70º.
  • Boleh terbang setinggi 700 meter dengan kelajuan berlepas 14 meter per saat yang dihadkan kepada 4 meter per saat untuk keselamatan dan halaju mendarat 3 meter per saat.
  • Setiap bilah kipas menghasilkan daya tujah menegak 95kg dengan daya penuh 380kg.

Dengan pengenalan AIR4, adakah Renault bakal menawarkan kereta terbang itu secara komersial? Mungkin tidak buat masa sekarang, tetapi ia sebenarnya model konsep menarik tentang bagaimana sebuah kereta betul-betul boleh terbang.

AIR4 akan ditayangkan di beberapa lokasi antarabangsa seperti Paris, Miami, New York dan Macau.

BACA >>> Renault Arkana – SUV Coupé dengan Harga Orang Kebanyakan?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Dacia Boleh Jual Kereta dengan Harga Murah?

Air4
Renault 4
AIR4 Kereta Terbang Renault Renault 4 TheArsenale
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    02/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Terokai’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    02/07/2026
    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante – Kini Lebih Ringan, Super SUV Paling Pantas Dunia!

    02/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.