Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Abang Gan, Rhys William Naik Volkswagen Tiguan Pergi Makan Belut!
Auto Terkini

Abang Gan, Rhys William Naik Volkswagen Tiguan Pergi Makan Belut!

DeeBy Dee03/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

NIAT asal nak ‘meracun’ mat saleh ni beli Volkswagen Tiguan, tapi akhirnya Abang Gan yang terpedaya dan dipaksa makan belut. Fuh.. untuk orang yang geli dengan belut, memang ngeri kalau itulah kali pertama memancing dan makan haiwan berbadan licin itu.

Baru-baru ini, Abang Gan dan Youtuber terkenal, Rhys William (alah… orang putih yang fasih cakap Melayu tu) berpeluang memandu Tiguan JOIN ke Kuala Selangor untuk mencari makanan eksotik.

Sepanjang perjalanan ke Kuala Selangor, Abang Gan sempat bercerita kepada Rhys tentang kelebihan dan keistimewaan Tiguan JOIN sampai mat saleh tu jatuh hati dan kena ‘racun’ untuk beli SUV serba mantap ini.

1. SUV JIMAT MINYAK

Antara perkara wajib yang setiap orang ingin tahu, mestilah penjimatan bahan api. Tiguan menawarkan penjimatan bahan api pada kadar 6.7 liter per 100km atau anggaran jarak perjalanan kira-kira 800km sebelum isian semula. Memang sangat jimat untuk sebuah jentera SUV bersaiz besar seperti Tiguan.

2. CIRI KESELAMATAN LENGKAP

Tidak dapat dinafikan, Volkswagen memang tidak pernah kompromi mengenai bab keselamatan. Tiguan hadir dengan ciri keselamatan seperti enam beg udara (dua depan, dua sisi dan dua tirai), Perlindungan Pejalan Kaki Bonet Aktif (ABPP), Sistem Brek Anti-Kunci (ABD) dengan Bantuan Brek (BA), pautan kerusi ISOFIX, sistem imobiliser, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC),  Sistem Respon Rempuhan Pintar (ICRS), sistem brek multirempuhan, stereng kuasa elektromekanikal sensitif halaju, tali keledar kerusi belakang 3-poin, dan tali keledar depan 3-poin dengan prapenegang dan pelaras tinggi.

3. CUKAI JALAN MURAH

Selain penjimatan bahan api dan sistem keselamatan canggih, pemilik Tiguan memang beruntung kerana cukai jalan untuk kereta ini hanya RM70 setahun. Sebagai makluman, SUV ini dikuasakan enjin berkapasiti 1.4L TSI. Jadi, tidak hairanlah harga cukai jalan kereta semurah itu.

4. SEMUA BOLEH SETTLE SECARA ONLINE

Bagi ketenagan minda dan menjaga keselamatan pelanggan, Volkswagen kini menerima tempahan secara atas talian. Ini membolehkan pelanggan membuat tempahan secara atas talian menerusi Volkswagen e-showroom (tekan pautan ini untuk tengok) dan menikmati rebat tambahan bernilai RM4,000. Bukan itu saja, anda boleh memilih sama ada mahu mengambil kenderaan di bilik pameran atau Volkswagen juga akan *menghantarnya terus ke rumah.

* Dalam radius 20 km dari bilik pameran terpilih

5. KHIDMAT SELEPAS JUALAN KINI LEBIH SELAMAT

Semua pemilik Volkswagen juga dinasihatkan membuat tempahan servis secara atas talian menerusi laman web rasmi. Dalam memastikan keselamatan pelanggan, Volkswagen mengamalkan prosedur tanpa sentuhan yang mana semua proses dilakukan secara digital.

Tiguan JOIN ditawarkan pada harga RM172,108, iaitu harga baharu tanpa cukai jualan yang berkuat kuasa 15 Jun lalu hingga 31 Disember tahun ini. Semua Volkswagen dipakejkan dengan waranti tanpa had perbatuan selama 5 tahun bersama bantuan jalan raya secara percuma. Bukan itu saja, Volkswagen juga bagi servis percuma selama tiga tahun.

6. TAK PAYAH BAYAR SELAMA ENAM BULAN

Jika anda menempah Tiguan sebelum 31 Julai 2020, Volkswagen menawarkan insentif ansuran enam bulan percuma. Ya, anda tak perlu bayar apa-apa bagi enam bulan pertama.

Nak tahu apa jadi kat Abang Gan yang kena paksa memancing dan makan belut? Jom kita layan video kat atas. Mohon jangan kecam. Harap badan saja besar, dengan belut pun takutkan. Hmmm… 🤭😅

Harga Volkswagen Tiguan 2020 kereta jimat minyak Pandu Uji BMW X1 sDrive 20i Pandu Uji Volkswagen Tiguan SUV jimat minyak Volkswagen Volkswagen E Showroom Volkswagen Malaysia volkswagen tiguan Volkswagen Tiguan Highline Volkswagen Tiguan Join
Dee

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.