Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: O-Ring atau X-Ring? Kenali Jenis Rantai Motosikal Anda
Autotainment

#TahukahAnda: O-Ring atau X-Ring? Kenali Jenis Rantai Motosikal Anda

ZYBy ZY25/08/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELALU dipandang remeh, tetapi rantai motosikal memainkan peranan yang sangat penting dalam menghubungkan kuasa daripada enjin kepada roda belakang. Rantai yang tidak diberi penyenggaraan bukan hanya memberikan impak buruk ke atas prestasi motosikal, malah berisiko kemalangan kerana boleh terputus bila-bila masa saja ketika sedang menunggang.

Jika anda antara penunggang yang baru menaik taraf motosikal lama kepada versi lebih berkuasa (bermula 150cc ke atas), anda mungkin pernah terbaca tentang rantai gelang-O atau O-ring standard tidak perlu kerap disenggara seperti mana kapcai.

Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan O-ring dan apakah perbezaannya dengan rantai biasa?

1. RANTAI 0-RING

Tidak seperti rantai biasa yang ada pada motosikal terdahulu atau bersesaran rendah, rantai O-ring mempunyai gelang getah kecil yang diselitkan antara penutup pautan luar (outside link covers) dan penutup gulung dalam (inside roller covers) pada setiap sambungan rantai, seperti ditunjukkan dalam gambarajah di bawah. Kelebihannya, cincin O-ring mampu mengekalkan kehadiran gris dalam setiap pin pautan rantai, dan pada masa sama menghalang masuk bendasing seperti habuk dan pasir daripada melekat di celahan sambungan rantai.

Perbezaan rantai O-ring (atas) dan rantai biasa (bawah).

Jadi, rantai jenis O-ring mampu mengekalkan ketegangan dan mengekalkan prestasi motosikal lebih lama. Tetapi, tetap bergantung kepada cara tunggangan dan penjagaan. Rantai jenis ini mampu bertahan hingga tempoh perbatuan 30,000km sebelum perlu ditukar baharu.

Walaupun mempunyai jangka hayat panjang, ia tetap memberi impak terhadap prestasi jentera. Geseran yang terhasil daripada gelang O-ring dan permukaan plat rantai menyebabkan kehilangan kuasa parasitik. Melainkan motosikal anda digunakan untuk berlumba, kelebihan yang ada pada rantai O-ring sudah cukup dapat memuaskan hati.

2. RANTAI X-RING

Bagaimana pula jika mahu mengekalkan prestasi untuk tujuan perlumbaan, dan pada masa sama mahu jangka hayat rantai yang lebih panjang?

Rantai gelang-X atau X-ring adalah jawapannya.

Seperti rantai O-ring, rantai X-ring turut mempunyai susunan gelang getah antara pautan rantai. Bezanya, gelang digunakan itu datang dalam bentuk keratan rentas X. Kelebihannya, luas permukaan sentuhan antara rantai dan gelang adalah lebih kecil, dan ini mengurangkan permukaan geseran, sekali gus mengurangkan kehilangan kuasa.

Perbezaan prestasi tidaklah terlalu ketara, tetapi dalam perlumbaan yang mana setiap saat begitu berharga, penggunaan rantai X-ring mungkin penyelesaian yang anda perlukan.


Namun seperti mana-mana produk yang dibina untuk tujuan perlumbaan, harga rantai jenis X-ring adalah lebih mahal, menjangkau dua hingga tiga kali ganda berbanding rantai O-ring berjenama sama. Jika motosikal anda sekadar ditunggang untuk tujuan praktikal, lebih berbaloi kekalkan saja rantai O-ring sedia ada.

autotainment cara penjagaan rantai jenis rantai o-ring rantai motosikal roda2 tahukah anda tip tip jaga rantai motosikal x-ring
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

13/03/2026
Roda2

Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

10/03/2026
Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026

2 Comments

  1. zack on 16/05/2018 11:19

    mcm mana kita nak tahu dari segi panjang rantai pada brand motor y digunakan. contoh 520 120 L atau 520 104L. kalau pergi ke kedai sparepart untuk beli rantai saja .

    Reply
  2. Mohd Kitt on 14/11/2021 01:35

    Sebenarnya punca penyebab Spoket cepat haus adalah daripada spoket atau rantai ?
    sebab saya ada cuba rantai RKM dengan Sproket RKM . boleh la tahan 5 bulan
    pastu gigi spoket mula tajam2
    tapi bila guna spoket cap ayam + o-ring . lama giler baru gigi spoket tu jadi tajam.

    boleh sesiapa explain ?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

By Han Othman13/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.