Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»7 Fakta Pantas: Volvo S60 T8 R-Design (CKD) Kini di Malaysia, Harga RM295k
Roda4

7 Fakta Pantas: Volvo S60 T8 R-Design (CKD) Kini di Malaysia, Harga RM295k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLVO Car Malaysia (VCM) memperkenalkan sedan mewah S60 T8 R-Design versi pemasangan tempatan (CKD) dengan harga kekal sama seperti model import (CBU), RM295,888, termasuk duti eksais dan cukai jalan, tetapi tanpa insuran.

Tiada pengurangan harga kerana ketika model CBU diperkenalkan, harga ditawarkan sudah sebaris model CKD. Berikut 7 fakta pantas tentang S60 T8 (CKD) di Malaysia:

BACA >>> Volvo S60 Polestar Engineered Dilancarkan, Sedan PHEV dengan Enjin Berkuasa 405hp!

1.  Sama seperti model CBU, S60 T8 (CKD) cuma didatangkan dalam satu varian, T8 R-Design.

2. Dikuasakan enjin hibrid plug-in (PHEV) T8 Twin Engine e-AWD, model ini mampu meledakkan kuasa setinggi 407hp dan tork 640Nm yang diperoleh daripada paduan motor elektrik (87hp, 240Nm) dan enjin petrol Drive-E supercas dan pengecas turbo (320hp, 400Nm). Pecutan 0-100kmj mampu dicapai sepantas 4.4 saat.

3. Kemasan kerusi menggunakan material kulit Nappa Charcoal Fine, manakala sistem audio dipadukan unit Harman Kardon dengan 14 pembesar suara yang dihubungkan terus kepada sistem infotainment Sensus Connect. Hasilnya adalah alunan muzik terbaik seperti berada dalam dewan orkestra.

4. Sistem infotainment dilengkapkan ciri konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto. Juga ada kawalan intuitif antaramuka skrin sentuh gaya tablet dengan paparan fungsi kereta, navigasi dan aplikasi hiburan dalam kereta.

5.  Aspek keselamatan S60 T8 (CKD) menawarkan ciri City Safety dengan teknologi brek automatik (Autobrake) untuk mengurangkan risiko perlanggaran depan. Sistem bantuan pemandu, Pilot Assist pula menyokong pemanduan menerusi input stereng, pecutan dan brek ketika memandu dengan halaju hingga 130kmj. Volvo turut menambah baik aspek prestasi membelok.

6. Ciri keselamatan lain ialah Mitigasi Lencong Jalan (Run-off Road Mitigation), Mitigasi Langgar Depan (Oncoming Lane Mitigation), Amaran Trafik Lintas (Cross Traffic Alert). 

7. Volvo S60 didatangkan dalam pilihan warna putih, merah, hitam dan kelabu  dengan waranti 5 tahun dan PHEV 8 tahun.

BACA >>> Volvo S60 T6 Terima Insentif EEV – Harga Turun RM42,000
BACA >>> Geely XingYue Lancar di China, Dibina Atas Platform Volvo XC40 dengan Ciri Imbas Wajah

GALERI
autoterkini Roda4 Sedan sedan mewah Volvo Volvo Car Malaysia VOLVO Car Malaysia (VCM) volvo s60 Volvo S60 T8
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    PHEV

    #AutoChina2026: Jetour T2 di China Ada Versi Hibrid, Bakal Masuk Malaysia?

    29/04/2026
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz GLC Electric L dan CLA 260 L Lebih Panjang Untuk China

    28/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z Tampil Di China, Lebih 1,000 ps, 0-100 km/j Tak Sampai 2 Saat!

    28/04/2026
    Roda4

    LEPAS Debut Global di Auto China 2026 – Perkenal Strategi NEV dan Model L6 EV, L4 EV

    27/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.