Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volvo S60 Polestar Engineered Dilancarkan, Sedan PHEV dengan Enjin Berkuasa 405hp!
Auto Terkini

Volvo S60 Polestar Engineered Dilancarkan, Sedan PHEV dengan Enjin Berkuasa 405hp!

Abang HirataBy Abang Hirata22/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL-model diperkenalkan Volvo Cars sejak dulu mewakili dua spektrum berbeza, iaitu yang menumpukan aspek teknologi keselamatan dan satu  lagi, prestasi menerusi edisi khas seperti R-Design atau Polestar.

Jadi, berdasarkan jenis kereta Volvo yang dimiliki, anda boleh dipandang sebagai individu yang mementingkan keselamatan, dan menyeronokkan dengan edisi prestasi.

Ini satu lagi model prestasi Volvo, iaitu S60 Polestar Engineered yang turut diperkenalkan bersama V60 dan XC60 T8 Polestar Engineered, juga dalam famili sama.

BACA >>> Volvo V60 R-Design – Wagon Premium Minimalis dalam Gaya Sporty

Trenkuasa digunakan ketiga-tiga model itu terdiri adalah enjin jenis hibrid plug-in T8 Twin Engine berkuasa 390hp, yang juga paling berkuasa dalam siri 60. Dengan penalaan Polestar, kuasa asal enjin 4-silinder 2.0L ditingkatkan daripada 303hp kepada 318hp.

Tambahan 87hp daripada motor elektrik menjadikan kuasa mutlak model ini 405hp, manakala pecutan 0-100kmj mengambil masa 4.4 saat sahaja, sekali gus menjadikan famili siri 60 ini sebagai unit pengeluaran Volvo paling pantas pernah dibina.

Perubahan pada perisian transmisi automatik menjadikan tukaran gear lebih pantas dan jitu. Kereta ini dihentikan menggunakan sistem brek Brembo (Akebono untuk XC60) dengan cakera liang dan kaliper signatur Polestar berwarna emas.

Bahagian suspensi model Polestar Engineered menggunakan absorber Öhlins boleh laras 2-injap bagi mendapatkan keseimbangan antara pemanduan sporty dan keselesaan. Bar strut pula dipasangkan di tengah dua suspensi depan bagi menambah baik respons stereng dan pengendalian.

Bahagian roda menggunakan rim jenis aloi ringan corak ‘Y’ dengan lima rongga bersaiz 19 inci untuk S60, dan V60, manakala XC60, 21 inci.

Dari segi gaya, model Polestar Engineered tampil sangat sederhana dengan hanya emblem Polestar tertera depan dan belakang kereta, frem gril hitam berkilat dan muncung ekzos krom hitam.

Ruang dalaman dilengkapi stereng dengan ciri pemanas, sistem audio premium Harman Kardon, tali keledar emas dan kemasan sulaman pada panel instrumen. Edisi Polestar Engineered sebenarnya adlah varian lebih tinggi daripada R-Design dan begitu juga dengan harga.

S60 Polestar Engineered edisi Britain dijual pada harga £56,105 (RM305,120), V60: £57,205 (RM311,110) dan XC60: £64,545 (RM351,020).

Kepada peminat tempatan, Volvo khabarnya bakal melancarkan sedan S60 sedikit masa lagi. Seperti sebelum ini, model ini akan bersaing dengan BMW 3 Series, Mercedes-Benz C-Class dan Audi A4.

BACA >>> Volvo-Geely Rancang Tubuh Syarikat Baharu Bangunkan Enjin Petrol, Hibrid

GALERI
PHEV Polestar Polestar Engineered Polester Roda4 Volvo Volvo Cars volvo s60
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    PHEV

    #AutoChina2026: Jetour G700 Bakal Masuk Tahun Depan? Harga Anggaran RM250,000

    29/04/2026
    PHEV

    #AutoChina2026: Jetour T2 di China Ada Versi Hibrid, Bakal Masuk Malaysia?

    29/04/2026
    Auto Terkini

    Jacar Lancar Di Malaysia – Platform Penjagaan Kereta Telus, Tiada Caj Tersembunyi

    29/04/2026
    Auto Terkini

    KTM 450 Rally Replica 2027: Jentera Ala Juara Dakar Kini Ke Garaj Peminat!

    29/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.