Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»6 Fakta Pantas Tentang BMW X2 (2018), Lancar di Malaysia Hari Ini – Harga RM320k
Roda4

6 Fakta Pantas Tentang BMW X2 (2018), Lancar di Malaysia Hari Ini – Harga RM320k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/03/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW meraikan ketibaan perdana model BMW X2 baharu, Mac ini dengan menampilkan rekabentuk unik setiap sudut dan tetapan suspensi sporty untuk lebih keseronokan pemanduan. Kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak mewah ini disasarkan kepada golongan eksekutif muda, urban dan bergaya hidup aktif yang mahu menterjemahkan karakter diri di jalan raya.

BMW X2 ialah jentera terbaharu dalam portfolio pengeluar automotif premium dari Jerman itu yang diletakkan dalam kelas baharu BMW – Sports Activity Coupes. Model ini dibangunkan khas untuk mentransformasikan segmen kenderaan subkompak premium. Seperti apakah model yang sekian lama dinantikan peminat BMW ini?

Ada 6 fakta pantas yang perlu anda tahu tentang BMW X2:

1. PENGENALAN VARIAN BMW X2 sDRIVE20i M SPORT

BMW X2 diperkenalkan menerusi variasi BMW X2 sDrive20i M Sport. SUV ini menawarkan prestasi cukup memberangsangkan daripada enjin 4-silinder 2.0L TwinPower Turbo, iaitu dengan teknologi pengecas turbo twin-scroll  dan Valvetronic, dua VANOS dan Suntikan Ketepatan Tinggi (High Precision Injection – HPI).

Dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan Steptronic Sport, BMW X2 mampu mencapai kelajuan maksimum 227kmj. Prestasi enjin itu mampu menghasilkan kuasa 192hp dan tork 280Nm, manakala pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 7.7 saat.

Respon pemanduan juga boleh disesuaikan semudah menekan suis Driving Experience Control dengan pilihan mod COMFORT, ECO PRO dan SPORT. BMW X2 turut dilengkapi suis Performance Control yang membolehkan pengawalan enjin dan ubahan brek ketika membelok.

2. EKSPRESI DINAMIK

Secara keseluruhan, rekabentuk BMW X2 memberikan ekspresi dinamik menerusi bentuk badan lebih kompak, diunjurkan bumbung coupe dan imej tingkap yang langsing.

Gril buah pinggang atau kidney menjadi komponen paling sinonim dengan BMW. Rekabentuk bukaan gril BMW X2 dibuat lebih lebar di bawah berbanding atas. BMW X2 ialah model BMW moden pertama yang menampikan rekabentuk itu, sekali gus memberikan SUV tersebut penampilan lebih berbeza dan sporty.

Bawah gril, permukaan heksagon yang terletak pada bampar menyerlahkan penampilan jentera. Gril kidney semestinya mewujudkan ekspresi visual BMW X2 yang berkelas tinggi. Jeriji gril disalut warna hitam berkilat dengan kemasan krom sekelilingnya.

Rekabentuk lampu depan BMW X2 mengukuhkan lagak sporty, manakala padanan ciri LED pada lampu siang (DRL) dan lampu kabus menawarkan bantuan pencahayaan untuk keselamatan. Lambang BMW pada pilar-C di penjuru tingkap belakang seakan memberi penghormatan tinggi kepada tradisi penciptaan coupe sports premium BMW.

3. PAKEJ ‘BMW M AERODYNAMIC’

Pakej BMW M Aerodynamic turut ditawarkan BMW X2 dengan trim tayar dan pelapik plastik pelindung pada semua pintu kereta. Selain spoiler, BMW X2 juga dipasangkan  suspensi BMW M Sport yang direndahkan 10mm. Imej BMW X2 diserlahkan menerusi rim aloi M bersaiz 19-inci dengan ciri tayar run-flat dan skirt sisi.

4. KABIN SELESA, SISTEM INFOTAINMENT HEBAT, & CIRI KESELAMATAN TERKINI

Ruang kabin BMW X2 disirami ambien pencahayaan LED dalam lima pilihan warna: Orange (jingga), Lilac (ungu), Mint, Bronze (kuning), Blue (biru) dan White (putih). Keselesaan dalam kabin dimudahkan dengan kehadiran ciri kit bebas tangan dan Konektiviti Telefon Pintar Lanjutan yang menyambungkan fungsi Bluetooth antara telefon dan kereta. Tidak ketinggalan sistem navigasi Navigation Plus dengan paparan skrin sentuh 8.8-inci dengan fungsi paparan terpisah (split-view) bersama port USB. Set audio dipasangkan 4 pembesar suara dan 2 wufer asas.

BMW X2 menawarkan sistem Driver Assistance sebagai ciri keselamatan lengkap SUV ini seperti Kawalan Jelajah dengan Bantuan Brek, Bantuan Parkir; Kawalan Jarak Parkir (PDC) dan kamera pandang belakang. Maklumat perjalanan  pemandu dipaparkan pada paparan dongak (HUD) berwarna. Ruang but  juga luas, kapasiti 470 liter dengan konfigurasi lipatan 40:20:40 di kerusi belakang untuk tambahan ruang hingga 1,355 liter.

5. SISTEM BANTUAN PEMANDUAN – BMW CONNECTED

BMW X2 turut dilengkapkan dengan BMW Connected yang berfungsi sebagai sistem bantuan pemanduan menerusi akses servis seperti  Panggilan Kecemasan Pintar (Intelligent Emergency Call), Teleservis, Servis Bantuan (Concierge Services), BMW Online dan Servis Kawalan Jauh (BMW Remote Services).

6. ADA 4 PILIHAN WARNA, HARGA PREMIUM

BMW X2 menawarkan 3 warna baharu:

  • Galvanic Gold Metallic (emas)
  • Misano Blue Metallic (biru)
  • Sunset Orange Metallic (oren)

Upholsteri dalaman BMW X2 dipadankan trim sulaman kelabu.

Bagi BMW X2 warna Black Sapphire Metallic (hitam), pembeli diberikan kemasan upholsteri Magma Red yang dikontraskan dengan trim sulaman kelabu.

BMW X2 yang diimport itu kini boleh didapati di semua pengedar sah BMW seluruh negara mulai hari ini pada harga RM320,800.

GALERI
BMW Group Malaysia BMW X2 BMW X2 sDrive20i M Sport Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 Sports Activity Coupe SUV SUV subkompak mewah
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Benz Perkuat Pantai Timur: Autohaus Kuantan RM23 Juta Kini Dibuka, Terbesar Di Wilayah

    17/05/2026
    Roda4

    Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!

    14/05/2026
    Roda4

    Hyundai Grandeur 2027, Sedan Mewah dan Kemas Korea, 1.6L Turbo Hibrid dan 3.5L

    14/05/2026
    Auto Terkini

    Diesel Mahal? Toyota Hilux Masih Kebal!

    13/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.